KONVO: PERINGATAN AM KEPADA PL




MAJLIS KONVOKESYEN BELIA MAHIR KALI KE-5
MAJLIS BELIA MALAYSIA
22.07.2018 | AHAD | 8.30 PAGI

PERINGATAN AM

Assalamualaikum & Salam Belia Mahir
Saya, RIZAN HASSAN, Ketua Sekretariat BELIA MAHIR Majlis Belia Malaysia. Saya ingin menarik perhatian Pengurusan/Wakil Pengurusan  Penyedia Latihan  mengenai apa yang telah saya perjelaskan dan ingatkan pada Mesyuarat Penyelarasan bertarikh 10 Julai 2018 bertempat di MBM.

01 | BORANG 005 BORANG SENARAI NAMA PENERIMA SIJIL & DIPLOMA
Saya telah menetapkan bahawa semua PL perlu gunapakai format MS EXCEL yang telah saya berikan dan hendaklah lengkap diisi dan dikembalikan kepada pejabat saya pada 13.07.2018 (JUMAAT) namun sebilangan besar masih tidak melaksanakannya. Saya merayu jasa baik PENGURUSAN PL akan melihat perkara ini dan sila kembalikan selewat-lewatnya pada 16.07.2018 SEBELUM JAM 12 TENGAHARI.

02 | TAMBAHAN NAMA GRADUAN
Mesyuarat telah bersetuju dan dimaklumkan bahawa lanjutan pemberian nama tambahan graduan beserta dengan bayaran ialah pada 16.07.2018 (ISNIN). Selepas itu tidak ada lagi penambahan graduan/peserta di benarkan. Tambahan nama ini hendaklah diserahkan kepada pejabat saya dengan menggunakan BORANG 005 yang berasingan pada 16.07.2018 (ISNIN) SEBELUM JAM 12 TENGAHARI.

03 | BAYARAN PESERTA/GRADUAN
Masih ada PL yang belum membuat bayaran bagi pihak peserta/graduan sebanyak RM150.00 kepada pejabat saya. Jasa baik dan keprihatinan PENGURUSAN PL dapat menyelesaikannya pada 16.07.2018 (ISNIN) SEBELUM JAM 12 TENGAHARI.

04 | NAMA / BIODATA RINGKAS / GAMBAR GRADUAN  CEMERLANG
Mesyuarat juga telah memaklukan agar setiap PL memilih seorang pelatih untuk di anugerahkan PELATIH TERAMPIL CEMERLANG. PL juga diminta memberikan biodata ringkas penerima (50-100 patah perkataan) beserta dengan gambar beliau situasi bebas (format jpeg/png) untuk penyediaan bahan cetakan/video kami.  Namun sebilangan besar masih belum menyerahkannya. Pohon jasa baik PENGURUSAN PL melihat perkara ini dan menyerahkan kepada pejabat saya pada 16.07.2018 (ISNIN) SEBELUM JAM 12 TENGAHARI.

05 | LOGO PENYEDIA LATIHAN
Sebilangan besar PL juga masih belum menyerahkan kepada pejabat saya LOGO RASMI PL dan pohon jasa baik PENGURUSAN PL melihat perkara ini dan menyerahkannya kepada pejabat saya pada 16.07.2018 (ISNIN) SEBELUM JAM 12 TENGAHARI.

06 | VIDEO KORPORAT PL
Mesyuarat menetapkan bahawa mana-mana PL yang ada VIDEO KORPORAT, bolehlah serahkan kepada pejabat saya untuk kita paparkan di majlis itu nanti. Ada beberapa PL hadapi masalah untuk mengirimkannya melalui email. Justeru, saya cadangkan UPLOAD di dalam YOUTUBE dan berikan link/pautan kepada kami untuk kami DOWNLOAD dari sana. Jika ada,  sila serahkan kepada pejabat saya pada 16.07.2018 (ISNIN) SEBELUM JAM 12 TENGAHARI.

Kerjasama semua tentang perkara yang saya bangkitkan ini amatlah di hargai. Pohon jasa baik PENGURUSAN PL melihat perkara ini dan pastikan semuanya telah sampai ke pejabat saya pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Bersamalah kita memainkan peranan dalam menjayakan “hari penghormatan kepada pelajar kita yang telah kita latih sehabis baik”.

Terima kasih.


MOHAMMAD RIZAN HASSAN
15.07.2018

Share this article :

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger