KONVO: KERTAS PENERANGAN UNTUK GRADUAN




KERTAS PENERANGAN UNTUK GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN BELIA MAHIR
KALI KE-5 TAHUN 2018



TUJUAN kertas penerangan ini adalah untuk memastikan kelancaran majlis, pohon para graduan sedia maklum dan mematuhi segala perkara utama di bawah:

1. PENDAFTARAN AMBIL JUBAH
a)    Pendaftaran ambil jubah akan dibuka pada 21 Julai 2018 (Sabtu) bermula jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Sila hadir dalam tempoh waktu ini sahaja.
b)    Graduan akan diberikan satu set lengkap jubah dan dua pas masuk dewan.
c)    Lokasi pengambilan jubah di Bangi Avenue Convention Centre,  No. 3, Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Taman Bangi Avenue, Kajang, Selangor
d)    Sila bawa kad pengenalan
e)    Sila bawa salinan Borang Jawapan Penyertaan Majlis Konvokesyen

2. TAKLIMAT
a)    Taklimat akan di adakan pada 21 Julai 2018 (Sabtu) jam 2.00 petang bertempat di Bangi Avenue Convention Centre,  No. 3, Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Taman Bangi Avenue, Kajang, Selangor
b)    Semua graduan di wajibkan menepati masa dan berada di dalam dewan 15 minit lebih awal.

3. RAPTAI
a)    Raptai penuh akan di adakan pada 21 Julai 2018 (Sabtu) jam 2.00 petang bertempat di Bangi Avenue Convention Centre,  No. 3, Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Taman Bangi Avenue, Kajang, Selangor
b)    Semua graduan adalah wajib untuk menyertai raptai ini bagi mengelakkan masalah semasa hari sebenar majlis di jalankan.
`
4. PENDAFTARAN / LAPOR DIRI KEHADIRAN
a)    Para graduan diminta membuat pendaftaran lapor diri kehadiran pada 22 Julai 2018 bermula jam 7.00 pagi hingga 8.00 pagi
b)    Graduan diminta telah siap memakai jubah dan bersedia untuk majlis berkenaan.
c)    Graduan wajib berada di dalam dewan utama pada jam 8.15 pagi

5. KEHADIRAN IBUBAPA /  WAKIL
a)    Hanya ibubapa atau wakil yang mempunyai Pas Masuk akan dibenarkan masuk ke dalam dewan
b)    Setiap graduan akan dibekalkan dengan 2 (dua) keping Pas Masuk
c)    Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk.
d)    Ibubapa atau wakil yang mempunyai Pas Masuk di wajibkan masuk ke dalam dewan utama pada jam 8 pagi.

6. PAKAIAN GRADUAN LELAKI
a)    Jubah telah disediakan. Wajib memakai jubah sepanjang majlis berlangsung.
b)    Sepasang Baju Melayu berbutang dan bersamping, atau
c)    Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam, atau
d)    Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang hitam.
e)    Kasut kulit (jika ada yang memakai selipar akan dihalang menyertai majlis)
f)     Jika ada yang memakain seluar jeans dan baju kemeja T tidak akan dibenarkan menyertai majlis)

7. PAKAIAN GRADUAN PEREMPUAN
a)    Jubah telah disediakan. Wajib memakai jubah sepanjang majlis berlangsung.
b)    Baju kurung moden / labuh atau kebaya bandung / labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
c)    Sarung kebaya tanpa belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan
d)    Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
e)    Kasut bertumit
f)     Sekiranya memakai sarung tangan, sila pastikan ianya dipakai kedua-dua belah tangan dengan warna hitam ataupun mengikut warna kulit
g)    Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali
h)    Pakaian gaun atau skirt melebih paras lutut, blouse tanpa lengan, kemeje-T, kain pario dan seluar dalah tidak dibenarkan menyertai majlis


8. MAJLIS BERMULA
a)    Majlis akan bermula jam 9 pagi
b)    Pintu semua akan ditutup dan tiada lagi sebarang pergerakan keluar masuk dewan sepanjang majlis


9. PERUBAHAN & PINDAAN
a)    Sebarang perubahan dan pindaan adalah bergantung kepada keperluan semasa.
b)    Kerjasama semua amatlah penting.



SEKIAN TERIMA KASIH

Share this article :

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger