print this page

TAKLIMAT & DAFTAR SMARTECH-Ri4 @PERAK


[POHON HEBAHKAN]
[KONGSIKAN MAKLUMAT]

Program SMARTECH-Ri4
Taklimat & Pendaftaran Untuk Belia di NEGERI PERAK
Taklimat & Pendaftaran Untuk Belia di NEGERI PERAK
Taklimat & Pendaftaran Untuk Belia di NEGERI PERAK

Tarikh: 18.01.2018 (Khamis)
Masa: 9 pagi - 12 t/hari
Tempat: Majlis Belia Negeri Perak, Aras Bawah, Kompleks Belia & Sukan Ipoh, Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh

#####################

PROJEK AGENDA SOSIAL BELIA
Inisiatif Bersama:
🔹Sekretariat 1Belia 1Kemahiran Majlis Belia Malaysia
🔹Federasi Kebangsaan Pekerja Belia
🔹Rakan Strategik Industri Pembuatan

“PROGRAM SMARTECH-Ri4”

HANYA UNTUK YANG KOMITED UNTUK BEKERJA SELEPAS JALANI LATIHAN SAHAJA!

Sektor industri di Malaysia kini ke arah Revolusi Industri 4.0 (Ri4). Hanya tenaga kerja berkemahiran, berpengetahuan dan mempunyai sikap terpuji akan kekal relevan dalam pekerjaan hari ini dan akan datang. Penglibatan industri di dalam latihan adalah penting. Latihan di alam pekerjaan sebenar adalah suatu keperluan utama. Justeru itu, golongan belia di seru untuk merebut peluang bagi mendapatkan latihan kemahiran di alam pekerjaan sebenar melalui PROGRAM SMARTECH-Ri4.

PROGRAM SMARTECH-Ri4 ialah LATIHAN KEMAHIRAN PERCUMA di dalam industri pembuatan dan diberi TAWARAN PEKERJAAN selepas tamat latihan.

▶SEKTOR INDUSTRI
🏭Jaminan Kualiti Industri
🏭Elektronik
🏭Pemesinan & Peralatan
🏭Perkhidmatan Logistik
🏭Industri Pembuatan Makanan
🏭Industri Pembungkusan
🏭Pembuatan Kenderaan
🏭Peruncitan Telekomunikasi

▶KUMPULAN SASARAN
Semua golongan belia berumur 18-40 tahun

▶TEMPOH LATIHAN
9 bulan
(1 bulan@Pusat Latihan) + 8 bulan@industri)

▶LOKASI LATIHAN & PEKERJAAN
Latihan Bulan Pertama di Seremban
Latihan Bulan Ke-2 hingga Ke-9 di Industri ditempatkan di seluruh negara

▶ELAUN LATIHAN (SEMASA DI DALAM INDUSTRI)
RM450.00 sebulan (minimum - sebarang penambahan bergantung kepada industri)

▶SYARAT KEMASUKAN
🇲🇾Warganegara Malaysia
👫Lelaki & Perempuan
👨‍👩‍👦‍👦Umur 18-40 tahun sahaja
🏋🏻‍♂Sihat tubuh badan
📚Boleh Membaca, Menulis dan Mengira

▶KEMASUKAN
📅Januari hingga hingga Disember 2018 (setiap bulan ada kemasukan)

▶DAPATKAN KETERANGAN LANJUT DI:
🌐 www.smartechri4.my
atau
🌐 www.1b1k.net

▶PERMOHONAN MELALUI ONLINE
Sila klik link di bawah:
📶 www.smartechri4.my
📶 www.smartechri4.my
📶 www.smartechri4.my

atau bolej klik terus:
📶 https://goo.gl/forms/ZY42N3cQVAXt5Bj53
📶 https://goo.gl/forms/ZY42N3cQVAXt5Bj53
📶 https://goo.gl/forms/ZY42N3cQVAXt5Bj53

######################

▶PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT
☎ 013-7733676
📞 019-7739476

🌐 Web 1: www.1b1k.net
🌐 Web 2: www.smartechri4.my
🌐 FB: www.fb.com/1belia1kemahiran
🌐 FB: www.fb.com/pekerjabelia
8 ulasan

PROGRAM SMARTECH-Ri4: PENJELASAN MENGENAI BAYARAN YURAN PENDAFTARAN



Assalamualaikum dan Salam Belia Negaraku

Pihak kami menerima panggilan telefon dan pertanyaan mengenai YURAN PENDAFTARAN. Sehubungan itu, kami mengambil kesempatan untuk memperjelaskan berkenaan hal berkaitan yuran-yuran yang perlu di fahami oleh ibubapa dan pemohon:


YURAN PENDAFTARAN
Yuran Pendaftaran yang dikenakan seperti berikut:
-Yuran Pengurusan/Pentadbiran: RM100.00
-Yuran Daftar Kemasukan: RM800.00
-Yuran Asrama RM100.00 (Bulan Pertama sahaja)

Semua bayaran di atas ini adalah perlu di jelaskan semasa lapor diri. Ini adalah tanggungan pemohon atau ibubapa/penjaga. Ianya juga adalah suatu komitmen daripada pemohon dan ibubapa terhadap tawaran jalani latihan dan pekerjaan yang telah kami sediakan.


YURAN LATIHAN/PENGAJIAN
a.  Yuran latihan/pengajian adalah PERCUMA di bawah penajaan Rakan Industri yang bekerjasama menjayakan Program SMARTECH-Ri4 ini.
b.  Latihan sepanjang 8 bulan di tempat kerja/industri memerlukan kesungguhan dan komited daripada peserta kerana anda telah menerima manfaat berikut:
-     Latihan percuma
-     Tidak perlu berhutang pinjaman pendidikan/kemahiran
-     Tidak perlu berdepan bayaran balik jika tamat latihan
-     Jaminan kerja tersedia
-     Mendapat bimbingan dari pakar industri
-     Tidak berdepan dengan masalah ketidaksepadanan latihan antara institusi dan majikan
-     Asrama percuma apabila berada di Bulan Ke-2 (latihan di tempat kerja) sehingga tamat latihan.
-     Elaun minimum RM450.00, jika ada lebih ianya bergantung kepada syarikat/majikan.
-     Tamat latihan akan menerima jawatan tetap dengan gaji awal RM1500.00
c.   Selalunya, latihan kemahiran yang ambil masa 6-9 bulan, yuran latihan yang dikenakan oleh institusi latihan ialah antara RM5000-7000, dimana peserta akan membuat pinjaman latihan kemahiran dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan syarat-syarat tertentu dan wajib membayar balik bagi tempoh tertentu.


BAGAIMANA PUN, kami memahami ada di kalangan ibubapa/penjaga atau pemohon mempunyai masalah kewangan atau peribadi dalam membuat bayaran Yuran Pendaftaran berkenaan. Oleh yang demikian, ibubapa/penjaga dan pemohon boleh hubungi kami untuk berbincang bagi memudahkan minat pemohon menyertainya.

BAGI PEMOHON DARI SABAH & SARAWAK, tiket penerbangana dalah tanggungan sendiri. Bagaimana pun, jika anda memerlukan bantuan, kami sedia membantu mendapatkan bantuan berupa tiket penerbangan dari pihak-pihak berkaitan di sana.


Sekian terima kasih.
8 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger