print this page

PROGRAM SMARTECH-Ri4: SENARAI BARANGAN KEPERLUAN PERIBADI


Assalamualaikum dan Salam Belia Negaraku

Kami amat mengambil berat segala pertanyaan dan pandangan para ibubapa/penjaga dan peserta mengeni program yang di tawarkan.

Berkenaan dengan senarai barangan keperluan peribadi yang WAJIB disediakan oleh peserta, sila semak butiran di bawah:

  •      2 (dua) helai seluar ‘slack’ jenis kain sekolah menengah berwarna hitam
  •      2 (dua) helai Baju-T berkolar warna putih
  •      1 (satu) helai seluar sukan
  •      1 (satu) helai baju sukan
  •      Sejadah (peserta beragama Islam)
  •      Safety Boot (low cut)


Diingatkan bahawa senarai di atas adalah yang WAJIB di sediakan oleh peserta. Bagi barangan keperluan peribadi adalah ditentukan oleh peserta

Selamat Melapor Diri pada 8 Januari 2018!
Jumpa anda nanti!


Terima kasih
3 ulasan

LAPOR DIRI BATCH 01/2018


PROGRAM SMARTECH-Ri4: TAWARAN & LAPOR DIRI

Assalamualaikum dan Salam Belia Negaraku

Pertama sekali di ucapkan terima kasih kerana telah membuat permohonan untuk menyertai Program SMARTECH-Ri4, sebuah projek Agenda Sosial Belia dalam menawarkan latihan kemahiran PERCUMA  dan tawaran PEKERJAAN selepas jalani latihan kemahiran di tempat kerja sebenar.

Tahniah juga di ucapkan kerana permohonan anda secara online di www.1b1k.net / www.smartechri4.my telah diterima dan maklumat lapor diri adalah seperti  berikut:

Tarikh Lapor Diri: 8 Januari 2018 (Isnin)
Masa: 9 pagi
Tempat: Sekretariat SMARTECH-Ri4, d/a Kolej Kemahiran Pure Technic,  3673, Jalan Rasah Jaya 6/6, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia 

TEMPOH LATIHAN
  • Kemahiran Insaniah: 1 bulan @Institusi
  • Kemahiran Teknikal: 8 bulan @industri –tempat kerja sebenar

ELAUN
  • Elaun tidak diberikan semasa Latihan Kemahiran Insaniah di bulan pertama.
  • Elaun sebanyak RM450.00 (minimum) diberikan apabila mula menjalani Latihan Kemahiran Teknikal selama 8 bulan di industri (tempat kerja sebenar).

KELEBIHAN PROGRAM:
  • Syarat kemasukan yang terbuka untuk belia berumur 18-40 tahun
  • Tidak memerlukan kelayakan akademik
  • Tidak perlu membuat pinjaman untuk latihan
  • Tidak mempunyai hutang selepas tamat latihan
  • Pekerjaan disediakan
  • Peserta akan ada kemahiran menyeluruh tentang operasi di dalam industri (kepelbagaian kemahiran – multitasking)
  • Latihan kemahiran insaniah (softskills) disediakan
  • Tenaga pengajar adalah orang berpengalaman di dalam industri



Bagi tujuan pendaftaran, sila bawa dokumen di bawah:
  • Dua (2) salinan kad pengenalan peserta
  • Dua (2) salinan sijil kelahiran
  • Dua (2) keping gambar berukuran passport
  • Dua (2) salinan sijil berhenti sekolah (jika ada)
  • Dua (2) salinan sijil akademik (jika ada)
  • Dua (2) salinan kad pengenalan bapa atau penjaga
  • Dua (2) salinan kad pengenalan ibu atau penjaga


Bagi tujuan bayaran YURAN PENGAJIAN / LATIHAN adalah PERCUMA di bawah Penajaan Industri yang bekerjasama.

Bagi tujuan bayaran YURAN PENDAFTARAN adalah seperti berikut:

Yuran Pengurusan/Pentadbiran: RM100.00
Yuran Daftar: RM800.00
Yuran Asrama: RM100.00 (Bulan Pertama sahaja)

(Nota: Jika ada masalah kewangan dalam menyediakan sejumlah wang di atas, sila berbincang dengan pihak kami. Kami bersedia membantu)

UNTUK PESERTA DARI SABAH & SARAWAK
Bagi urusan tiket penerbangan, ianya adalah tanggungan sendiri. Bagaimana pun, jika ada masalah dan memerlukan bantuan, sila berbincang dengan pihak kami. Kami akan membantu mendapatkan bantuan daripada pihak berkaitan di Sabah/Sarawak. 


Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami:

Website :

Facebook:

Pejabat (Isnin-Jumaat; 9 pagi – 4 petang)
03-8912 0061

Pegawai Bertugas:
PAHANG/KELANTAN/TERENGGANU
+60 13-2504920 (En. Hasnul Haniff)

KEDAH/PERAK/PERLIS/PULAU PINANG
+6016-3469645 (En. Azwan)

JOHOR/MELAKA/NEGERI SEMBILAN
+013-7733676 (En. Rizan)

KUALA LUMPUR/SELANGOR
+6012-2800617 (En. Khairul)

SABAH/SARAWAK
 +6019-5310068 (Ms. Yana)

ALAMAT PEJABAT:
No. 8-2, Jalan Puteri 2A/5, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor (berdekatan TESCO Bukit Mahkota/Bandar Seri Putera)


Sekian.
Tahniah dan Terima Kasih.
3 ulasan

SMARTECH-Ri4: PERKARA PENTING ANDA PERLU FAHAM



SMARTECH-Ri4: PERKARA PENTING ANDA PERLU FAHAM

01
APAKAH PROGRAM SMARTECH-Ri4?
Program SMARTECH-Ri4 membawa maksud “SMART TECHNICIAN IN REVOLUTION INDUSTRY 4.0”. Ianya adalah sebuah latihan kemahiran PERCUMA dan peserta akan diberi peluang pekerjaan dengan syarikat/industri yang bekerjasama di dalam program ini.

02
APAKAH OBJEKTIF PROGRAM
Objektif SMARTECH-Ri4 ialah membantu kerajaan dalam menjayakan Agenda Sosial Belia di mana mampu menyelesaikan beberapa isu sosial seperti pengangguran di kalangan belia, keciciran akademik, peluang lanjutan belajar walaupun pencapaian akademik rendah, pendidikan percuma dan banyak lagi.

03
SIAPAKAH YANG BOLEH MEMOHON?
Warganegara Malaysia di kalangan belia Malaysia yang berumur 18-40 tahun tanpa mengira bangsa dan agama. Keutamaan adalah yang sihat tubuh badan. Bagi golongan Orang Kurang/Kelainan Upaya (OKU), tawaran khas akan diiklankan dan diberikan apabila ada peluang pekerjaan di industri yang bekerjasama.

04
APAKAH KONSEP LATIHAN?
Peserta program akan menjalani latihan kemahiran secara percuma selama 9 bulan seperti pembahagian di bawah:
1 bulan: Pusat Latihan di Seremban
8 bulan: Syarikat/Industri yang bekerjasama di seluruh negara

Pengisian Latihan 1 Bulan: Pembangunan Insaniah (Keselamatan/Komunika/Etika Kerja dan lain-lain)
Pengisian Latihan 8 Bulan: Latihan Kemahiran ditempat kerja sebenar berasaskan keperluan industri

05
BIDANG KURSUS/SEKTOR INDUSTRI?
·           Jaminan Kualiti Industri
·           Elektronik
·           Pemesinan & Peralatan
·           Perkhidmatan Logistik
·           Industri Pembuatan Makanan
·           Industri Pembungkusan
·           Pembuatan Kenderaan
·           Industri Telekomunikasi
·           Peruncitan & Khidmat Pelanggan

06
YURAN
Tiada Yuran Latihan / Yuran Pengajian. Ianya adalah PERCUMA.
Bagaimana pun, Yuran Daftar dikenakan sebagai komitmen peserta.

Maklumat Yuran Pendaftaran:
Pendaftaran: RM800.00
Asrama: RM100.00 (Bulan Pertama semasa Pembangunan Insaniah)
Pentadbiran: RM100.00

07
PENGINAPAN & PENGANGKUTAN
Bulan 1
Penginapan di sediakan dengan bayaran RM100.00 sebulan termasuk pengangkutan.

Bulan 2-9 (8 bulan)
Penginapan dan Pengangkutan disediakan oleh industri/majikan. Andaikata tidak disediakan oleh industri/majikan, pihak penyelaras akan membantu berbincang dengan industri/majikan bagi tujuan penambahan elaun*

(*tertakluk kepada syarat, terma dan perubahan)


08
TEMPOH LATIHAN
Tempoh latihan adalah selama 9 bulan seperti di bawah:
1 bulan: Pusat Latihan di Seremban
8 bulan: Syarikat/Industri yang bekerjasama di seluruh negara

09
MAKAN & MINUM
Makan dan minum tidak disediakan sepanjang program.

10
ELAUN LATIHAN
Pelatih akan menerima elaun seperti di bawah:
Bulan 1: Tiada Elaun
Bulan 2-9: Minima RM450.00 (Penambahan bergantung kepada industri/majikan)

11
WAKTU LATIHAN
Ianya bergantung kepada industri/majikan

12
JAMINAN PEKERJAAN
Semua peserta akan di tawarkan pekerjaan selepas tamat 9 bulan latihan  sepenuh masa dan terampil penilaian pengetahuan, kemahiran dan sikap.

13
PERSIJILAN
Semua peserta akan menerima Sijil Kompeten Industri  dalam sector industri masing-masing dari industri/majikan masing-masing serta Surat Pengesahan Kemahiran yang telah di capai sepanjang menjalani latihan.

14
KEMASUKAN / PERMOHONAN
Permohonan dan Kemasukan di buka sepanjang tahun.




10 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger