print this page

SMARTECH-Ri4 (MAKLUMAT YURAN)



MAKLUMAT MENGENAI YURAN/KEWANGAN

YURAN PENGAJIAN / LATIHAN
Yuran ini adalah PERCUMA. Ianya adalah penajaan dari syarikat industri yang menjadi Rakan Strategik Industri di bawah Program SMARTECH-Ri4.

YURAN PERSIJILAN
RM 100.00 

YURAN PENDAFTARAN
RM 800.00

YURAN ASRAMA
RM100.00 sebulan



NOTA:
Kami sentiasa memahami bahawa ada di kalangan kita yang sukar menyediakan sejumlah wang di atas. Anda tidak perlu terasa terbeban sebaliknya anda harus berkeyakinan ianya suatu pelaburan di masa hadapan. Jangan malu untuk berbincang dengan kami jika berhadapan dengan masalah menyediakan yuran di atas. Kami sedia membantu meringankannya.



9 ulasan

PROGRAM SMARTECH-Ri4


PROJEK AGENDA SOSIAL BELIA
Inisiatif Bersama:
-Sekretariat 1Belia 1Kemahiran Majlis Belia Malaysia
-Federasi Kebangsaan Pekerja Belia
-Rakan Strategik Industri Pembuatan


“PROGRAM SMARTECH-Ri4”

Sektor industri di Malaysia kini ke arah Revolusi Industri 4.0 (Ri4). Hanya tenaga kerja berkemahiran, berpengetahuan dan mempunyai sikap terpuji akan kekal relevan dalam pekerjaan hari ini dan akan datang. Penglibatan industri di dalam latihan adalah penting. Latihan di alam pekerjaan sebenar adalah suatu keperluan utama. Justeru itu, golongan belia di seru untuk merebut peluang bagi mendapatkan latihan kemahiran di alam pekerjaan sebenar melalui PROGRAM SMARTECH-Ri4.

PROGRAM SMARTECH-Ri4
LATIHAN KEMAHIRAN PERCUMA di dalam industri pembuatan dan diberi TAWARAN PEKERJAAN selepas tamat latihan.

SEKTOR INDUSTRI
·Jaminan Kualiti Industri
·Elektronik
·Pemesinan & Peralatan
·Perkhidmatan Logistik
·Industri Pembuatan Makanan
·Industri Pembungkusan
·Pembuatan Kenderaan
·Industri Komunikasi
·Peruncitan & Khidmat Pelanggan

KUMPULAN SASARAN
·Belia lepasan PMR/PT3 atau SPM; atau
·Belia tidak menamatkan persekolahan menengah; atau
·Belia menganggur; atau
·Belia yang pernah jalani pemulihan juvana/sekolah akhlak/perlindungan; DAN
·Berminat dalam industri pembuatan

TEMPOH LATIHAN
6-8 bulan (mengikut keperluan industri)

LOKASI LATIHAN & PEKERJAAN
Industri Sekitar Negeri Sembilan / Selangor / Kuala Lumpur
Lokasi untuk negeri-negeri lain akan dimaklumkan

ELAUN LATIHAN (SEMASA DI DALAM INDUSTRI)
RM450.00 sebulan (minimum - sebarang penambahan bergantung kepada industri)

SYARAT KEMASUKAN
·Warganegara Malaysia
·Lelaki & Perempuan
·Umur 18-40 tahun sahaja 
·Sihat tubuh badan
·Boleh Membaca, Menulis dan Mengira

KEMASUKAN
Disember 2017 hingga Disember 2018 (setiap bulan ada kemasukan)

MAKLUMAT MENGENAI YURAN/KEWANGAN
01. Yuran Pengajian/Latihan: PERCUMA 
02. Yuran Pentadbiran: RM100.00 
03. Yuran Daftar: RM800.00
04. Yuran Asrama: RM100.00 sebulan 


PERMOHONAN MELALUI ONLINE
Sila klik link di bawah:

######################
PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

JOHOR/MELAKA/NEGERI SEMBILAN
+6013-7733676 (En. Rizan Hassan)

KEDAH/PERLIS
+6013-7769476 (CIk Iezah)
+6016-3469645 (En. Azwan)

PERAK/PULAU PINANG
+6017-5855563 (En. Hazrul Hafizi)
+6011-12522411 (En. Zakiman)

KELANTAN/TERENGGANU
+60 17-9013101 (En. Hakimi)

PAHANG
+60 13-2504920 (En. Hasnul Haniff)

SELANGOR/KUALA LUMPUR
+6012-2800617 (En. Khairul)

SABAH/SARAWAK/LABUAN
+6019-5310068 (Ms. Yana)

######################
Alamat Pejabat:
Federasi Kebangsaan Pekerja Belia
No. 8-2, Jalan Puteri 2A/5, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor (Dekat TESCO Bukit Mahkota/Bandar Seri Putra
Web 1: www.1b1k.net
5 ulasan

KOLABORASI NGO CARI SOLUSI TANGANI ISU REMAJA BERISIKO


KOLABORASI NGO CARI SOLUSI TANGANI ISU REMAJA BERISIKO
17 Nov 2017; Rizan Hassan

Malaysia sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang semakin serius dan membimbangkan semua lapisan masyarakat. Kejadian salah laku remaja seperti bergaduh, menyerang, membunuh, membuli, membakar sekolah dan banyak lagi kerap dipaparkan di media cetak dan elektronik. Isu-isu ini turut melibatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), remaja perempuan dan kanak-kanak yang tidak lari dari terjerumus dalam kancah gejala sosial ini.

Menyedari keresahan ini, Forum Remaja Berisiko bertemakan menangani lebih baik dari menghukum akan diadakan hujung November ini dalam membincangkan solusi menangani isu remaja berisiko.

Penganjuran forum ini adalah kolaborasi Gabungan Institusi Latihan Kemahiran Swasta (GILKSB), Malaysian Community Care Foundation (MCCF), Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bakal menghimpunkan 300 orang peserta   membabitkan pelbagai NGO/NGI serta aktivis sosial di lapangan. Menariknya, ia bakal juga disertai oleh mereka yang pernah ada sisi gelap atau tercicir dari arus pendidikan formal  dan kini telah berjaya dalam bidang masing-masing untuk berkongsi idea dan pandangan. Forum ini turut mendapat sokongan media dari BERNAMA.

Hari ini telah berlangsungnya pertemuan dan perbincangan bersama YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang penganjuran forum ini. Turut hadir ialah YBhg Datuk Seri Azman Ujang (Pengerusi BERNAMA), En. Nordin Malek (Pengerusi GILKSB), En. Halim Bin Ishak (Pengerusi MCCF), En. Ali Dina (Felo Pendidikan MCCF) dan EN. Rizan Hassan (Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia).


|MBM / FKPB
4 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger