print this page

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN (GERAN) KEPADA GOLONGAN B40



Sekretariat Satu Belia Satu Kemahiran Majlis Belia Malaysia (1B1K-MBM) dengan kerjasama beberapa Rakan Strategik 1B1K-MBM mempelawa para belia untuk menyertai latihan kemahiran di bawah PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN B40 yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mampu mendapat pekerjaan atau mengusahakan perniagaan yang akhirnya memberikan pendapatan lebih baik dan tinggi .

PERMOHONAN KINI DIBUKA. Sila klik link ini:  

CARA PERMOHONAN
~Isi maklumat yang diperlukan di dalam system daftar online 1B1K 
~Pastikan alamat EMAIL pemohon adalah betul.
~Pihak kami akan mengirimkan Borang Pendaftaran selepas menerima permohonan melalui online 
~Isi Borang Pendaftaran dan lengkapkan keperluan dokumen sokongan/tambahan
~Semua okumen hendaklah di kirimkan kepada kami menerusi POSLAJU atau PERKHIDMATAN 
KOURIER ke alamat di bawah:

SEKRETARIAT 1B1K-MBM
MAJLIS BELIA MALAYSIA
WISMA MBM
NO. 1, JALAN TASIK PERMAISURI 2
BANDAR TUN RAZAK
56000 KUALA LUMPUR
TEL: 013-7733676

PERTANYAAN: 013-776 9476


Berikut adalah MAKLUMAT TAWARAN KURSUS:

[ TAWARAN 01 ]
PUSAT LATIHAN: IMPERIA ACADEMY OF TOURISM, GAMBANG, PAHANG
NAMA KURSUS
·      Bird Conservation (SKM 3)
·      Horse Care (SKM 3)
·      Elephants Husbandry (SKM 3)
TEMPOH: 12 bulan
BILANGAN KUOTA: 10 kekosongan setiap kursus
UMUR PESERTA: 18-30 tahun
SYARAT-SYARAT LAIN: Tiada
TARIKH LAPOR DIRI: September
JUMLAH ELAUN: RM300 sebulan
YURAN PENDAFTARAN: RM 100 sahaja
YURAN ASRAMA: RM 100 setiap bulan

[ TAWARAN 02 ]
PUSAT LATIHAN: ILLIC MANAGEMENT & TECHNICAL ACADEMY, IPOH, PERAK
NAMA KURSUS
·      Masakan (SKM 2)
·      Elektrik (SKM 2)
·      Jahitan (SKM 2)
·      Komputer (SKM 2)
TEMPOH: 12 bulan
BILANGAN KUOTA: 20 kekosongan setiap kursus
UMUR PESERTA: 16-30 tahun
SYARAT-SYARAT LAIN: Tiada
TARIKH LAPOR DIRI: 28 Ogos 2017
JUMLAH ELAUN: RM400.00 sebulan
YURAN PENDAFTARAN: RM550.00
YURAN ASRAMA: Percuma

[ TAWARAN 03 ]
PUSAT LATIHAN: MIRAJ ACADEMY, AMPANG, SELANGOR
NAMA KURSUS: Operasi Servis Makanan & Minuman (SKM 2)
TEMPOH: 6 bulan
BILANGAN KUOTA: 12 kekosongan
UMUR PESERTA: 17-23 tahun
SYARAT-SYARAT LAIN: Tiada
TARIKH LAPOR DIRI: 20 Ogos 2017
JUMLAH ELAUN: RM300.00 sebulan
YURAN PENDAFTARAN: RM200.00
YURAN ASRAMA: RM200.00 sebulan

[ TAWARAN 04 ]
PUSAT LATIHAN: MYBUSINESS ACADEMY, PUCHONG, SELANGOR
NAMA KURSUS: Dandanan Rambut (SKM 2)
TEMPOH: 6 bulan
BILANGAN KUOTA: 14 kekosongan
UMUR PESERTA: 18-33 tahun
SYARAT-SYARAT LAIN: Tiada
TARIKH LAPOR DIRI: 17 Ogos 2017
JUMLAH ELAUN: RM300.00 sebulan
YURAN PENDAFTARAN: Percuma
YURAN ASRAMA: RM150.00 sebulan (Deposit RM150.00)


DISCLAIMER/PENAFIAN
Jika anda menerima mesej atau tawaran menggunapakai nama SATU BELIA SATU KEMAHIRAN atau 1BELIA 1KEMAHIRAN atau 1B1K, pastikan nombor telefon rasmi kami ialah 013-7733676 / 013-7769476 / 019-7739476 dan web kami ialah www.1b1k.net atau www.belia.org.my dan FB Rasmi www.facebook.com/1belia1kemahiran Selain dari itu, pihak kami tidak akan bertanggungjawab dan ianya tiada kaitan dengan kami. Hara panda berhati-hati dan tidak terpedaya.


6 ulasan

TERKINI MENGENAI KURSUS JAMINAN KUALITI INDUSTRI


PEMBERITAHUAN
TERKINI MENGENAI KURSUS JAMINAN KUALITI INDUSTRI
KERJASAMA DENGAN KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNIC

Sebanyak 250 permohonan di terima. Maklumbalas telah kami berikan melalui email bermula 01/08/2017.  Bagaimana pun, banyak alamat email pemohon adalah tidak betul. Sila semak email masing-masing dan ambil tindakan segera untuk proses pendaftaran selanjutnya. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 07/08/2017.

Terima kasih.

RIZAN HASSAN
KETUA SEKRETARIAT 1B1K
MAJLIS BELIA MALAYSIA
01.08.2017
5 ulasan

NOTIS KEPADA PEMOHON KURSUS JAMINAN KUALITI INDUSTRI



Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran

Bagi pihak Sekretariat Satu Belia Satu Kemahiran Majlis Belia Malaysia (1B1K-MBM), saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda kerana berusaha untuk mencuba mempertingkatkan potensi diri melalui permohonan menyertai Program Latihan Kemahiran 1B1K-MBM bagi bidang/kursus JAMINAN KUALITI INDUSTRI (QA/QC) menerusi kerjasama Rakan Strategik 1B1K-MBM iaitu KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNIC.

MAKLUMAT ASAS PROGRAM
-Yuran Latihan adalah PERCUMA
-Elaun DISEDIAKAN sebanyak RM300.00 sebulan
-Yuran Pendaftaran RM800.00
-Yuran Asrama sebanyak RM100.00 sebulan
-Tempoh Latihan selama  6 bulan sepenuh masa
-Tamat Latihan akan menerima SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TAHAP 2
-Semua pelatih akan ditawarkan pekerjaan selepas tamat 6 bulan latihan

SYARAT KEMASUKAN
-Warganegara Malaysia (Lelaki & Perempuan)
-Umur 18-25 tahun
-Boleh Membaca, Menulis dan Mengira

1B1K-MBM telah menerima permohonan anda. Bagaimana pun, memandangkan kesukaran banyak pihak untuk hadir temuduga yang dijalankan baru-baru ini, pendekatan baru diambil menerusi langkah-langkah mudah seperti dinyatakan di bawah.


LANGKAH 01
Sila ‘bank-in” deposit bagi Yuran Pendaftaran sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja) ke akaun di bawah:

Nama Akaun: PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN PURE TECHNIC SDN BHD
Bank: CIMB Berhad
No. Akaun: 800-444-6378


LANGKAH 02
Simpan “Bank-In Slip” dengan baik.
Rakam gambar (snap) “Bank-In Slip” tersebut dan berikan kami maklumat di bawah menerusi Aplikasi WhatsApp melalui nombor telefon di bawah:

<NAMA PEMOHON>
<NO. KAD PENGENALAN>
<NO. TELEFON>
<ALAMAT EMAIL> Wajib ada!

Nombor Telefon/WhatsApp: 013-7733676


LANGKAH 03
Selepas pengesahan bayaran, dalam tempoh 24 jam pihak kami akan mengirimkan Dokumen Pendaftaran beserta Surat Tawaran kepada anda menerusi email.

LANGKAH 04 (Terakhir)
Sila hadir melapor diri dengan membawa Dokumen Pendaftaran serta baki bayaran Yuran Pendaftaran sebanyak RM600.00 (Ringgit Malaysia: Enam Ratus Sahaja)
***Yuran Pendaftaran Penuh: RM800.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Ratus Sahaja)

Jika anda tidak hadir melaporkan diri pada tarikh yang akan di tetapkan, bayaran deposit Yuran Pendaftaran sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja) TIDAK AKAN DIPULANGKAN.


PERHATIAN!
Jika selepas LANGKAH 02 anda tidak menerima Pengesahan Bayaran samada melalui Panggilan Telefon atau WhatsApp atau Email dalam tempoh 24 jam, SEGERA hubungi kami di talian 013-7733676.

TARIKH TUTUP PEDAFTARAN & PEMBAYARAN DEPOSIT:
7 Ogos 2017 (Isnin) jam 12.00 tengahari

PERTANYAAN? Hubungi:
Nombor Telefon: 013-7733676 (Mohammad Rizan Hassan)

Terima kasih.


IKUTI PERKEMBANGAN KAMI DI:
Web: www.1b1k.net
5 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger