180716:JELAJAH 1B1K @SMK PARIT BUNGA, TANGKAK



18 Julai 2016; Tangkak

Kini telah tiba masanya golongan belia di Johor khususnya dan Malaysia amnya mengikis persepsi bahawa Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (TVET) hanya layak untuk golongan yang tidak cemerlang akademik. Jika tidak berbuat demikian, negara ini mungkin perlu mendapatkan sumber pekerja berkelayakan dari negara-negara lain untuk mengisi beribu-ribu jawatan kosong yang bakal wujud dalam tempoh lima tahun akan datang ketika negara ini menuju ke arah mencapai status negara maju, kata Mohammad Rizan Hassan, Ketua Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia (MBM) ketika sesi perkongsian pengalaman di SMK Parit Bunga, Tangkak hari ini.

Katanya, kira-kira 1.3 juta pekerjaan teknikal dan vokasional dijangka diwujudkan menjelang 2020, namun beliau menyatakan keraguan bahawa Malaysia mempunyai jumlah rakyat berkelayakan yang cukup bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut jika masih di tahap pemikiran masa kini.

“Sudah tiba masanya untuk golongan belia menyedari akan potensi TVET, memandangkan skop pekerjaan dalam bidang teknikal dan vokasional adalah sangat luas. Kebanyakan daripada pekerjaan terbabit meliputi bidang perkhidmatan, pembuatan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). TVET juga terbuka luas kepada pelajaraliran sains termasuk bidang agama”, katanya.

Beliau hadir memberi perkongsian pengalaman sempena Jelajah Pameran Pendidikan & Kemahiran 1B1K-MBM “KOMPETEN-Belia Johor Terampil di hadapan kira-kira 500 orang pelajar  dari pelbagai sekolah. Sekolah-sekolah yang terbabit ialah SM Sains Muar, SM Agama Lughatul Quran, SMK Persisiran Perdana dan SMK Parit Bunga. Turut hadir ialah Saudara Hasnul Hanif Harun<Exco MBM dan Saudara Kannan Sanjavee, Setiausaha Kerja Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ).

Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hajah Tarmidah Binti Mastuti, pengetua SMK Parit Bunga. Dalam ucapannya, beliau turut bersetuju bahawa  negara kita memerlukan khidmat mereka yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional

“Amat malang sungguh ada stigma terhadap kursus-kursus teknikal, jadi pelajar kelihatan lebih cenderung untuk memilih bidang profesional," katanya.

“Berapa lamakah ibu bapa dan pelajar akan terus mengabaikan peluang-peluang kerjaya yang wujud dalam bidang TVET, yang sudah bertahun-tahun ditumpukan kepada golongan yang lemah pencapaian akademik di sekolah? Maka saya tegaskan disini bahawa rebutlah peluang yang ada dalam latihan TVET dan kerjaya bidang TVET. Anda tidak akan rugi”, ujar beliau penu semangat.

Sebanyak 15 institusi latihan kemahiran awam dan swasta telah menyertai pameran hari ini. Jelajah akan berakhir pada 21 Julai di Tangkak sebelum beralih ke Batu Pahat minggu depan.


SEKRETARIAT 1B1K-MBM

18 JULAI 2016












Share this article :

+ ulasan + 2 ulasan

21 Julai 2017 7:21 PG

Sebelumnya perkenalkan nama saya Pak Beny Sutejo di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yang paling susah dikampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yang mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama Mbah Sinto dan dia memberikan nomer Mbah Sinto ,dia juga bilan kepada saya kalau Mbah Sinto bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi Mbah Sinto dengan senan hati Mbah Sinto ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya Mbah atas bantuanya jasa Mbah tak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya hubungi/sms Mbah Sinto di: 0823 3737 6471 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan Mbah Sinto kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

21 Oktober 2017 12:14 PTG

Halo,
Apakah Anda mencari pinjaman? Anda memerlukan Pinjaman Usaha, Pinjaman Pribadi, Pinjaman Perumahan, Atau apakah Anda menolak pinjaman bank atau lembaga keuangan untuk satu atau lebih alasan? Kamu disini Perusahaan pinjaman Eva Molska kami terbatas untuk memberikan pinjaman kepada perusahaan dan individu dengan tingkat bunga rendah dan terjangkau sebesar 2%. Silahkan hubungi kami melalui e-mail hari ini via evamolska12@gmail.com

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1B1K - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger