print this page

HEBAHAN TERKINI: TEMUDUGA PROGRAM BOOTCAMP KAPTEN BAS



HEBAHAN TERKINI (TERMASUK SABAH & SARAWAK)

Temuduga Bootcamp Kapten Bas KBS - Prasarana Malaysia Berhad Siri 2 Tahun 2016

Tarikh: 1 Ogos 2016 (temuduga diadakan secara serentak di seluruh negara)
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang

Sila berpakaian pejabat dan sertakan:
1.Salinan kad pengenalan
2.Salinan lesen memandu
3.Salinan akademik
4.Gambar bersaiz passport (2 keping)

Syarat kelayakan:
1.Warganegara malaysia
2.Berumur 21 hingga 40 tahun
3.Lepasan PMR/SPM
4.Mempunyai lesen memandu kelas D penuh (sekurang-kurangnya 3 tahun)
5.Tiada rabun warna
6.Tiada rekod jenayah
7.Ketinggian melebihi 154cm

Sebarang pertanyaan boleh Telefon/WhatsApp/SMS pegawai bertugas sepertimana di lampiran.


Sekian, terima kasih.
9 ulasan

200716: JELAJAH 1B1K @SMK BUKIT GAMBIR, TANGKAK


Golongan belia khususnya yang masih berada di bangku sekolah menengah perlu memahami bahawa dalam setiap perkara yang ingin dilakukan, perancangan yang teliti perlu ada dan jelas.
“Jika kita gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal”, kata Saudara Jufitri Joha, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) di hadapan hampir 500 orang pelajar dari 4 buah sekolah menengah di daerah Tangkak iaitu SMK Bukit Gambir, SMK Tengku Temenggong Ahmad, SMK Tun Sri Lanang dan SM Agama Shamsuddiniah.
“Sebenarnya perancangan adalah gambaran awal apa tindakan yang perlu kita lakukan. Lebih tepat ianya teori yang sepatutnya kita lakukan nanti. Ianya penting agar kita tidak lari dari landasan hala tujuan kita”, ujar beliau yang juga merupakan Tokoh Belia Negara 2014 dan Tokoh Belia ASEAN 2014.
Beliau hadir dalam sesi Bicara Tokoh sempena Jelajah Pameran Pendidikan dan Kemahiran 1Belia 1Kemahiran (1B1K) KOMPETEN BELIA JOHOR di SMK Bukit Gambir, Tangkak.
Sebanyak 20 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta institusi latihan kemahiran awam dan swasta hadir menyertai pameran ini.

SEKRETARIAT 1B1K-MBM
20.07.2016




















5 ulasan

19/07/16:JELAJAH 1B1K @SMK TENGKU MAHMOD ISKANDAR, TANGKAK


KEPENTINGAN DAN KESEDARAN TVET
Golongan belia di sekolah yang berusia 15-18 tahun perlu mendapat pendedahan awal mengenai bidang teknikal dan vokasional (TVET) perlu dilakukan secara menyeluruh untuk memastikan bidang tersebut menjadi pilihan utama.
“Saya mengakui bidang profesional masih menjadi pilihan utama masyarakat. Namun saya ingin menegaskan bahawa kerjaya melibatkan bidang teknikal dan vokasional (TVET) turut menawarkan pendapatan lumayan,” kata Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) semasa perkongsian pengalaman di hadapan 500 orang para pelajar dari 4 buah sekolah di Tangkak hari ini. Sekolah yang terlibat dalam program Jelajah Pameran Pendidikan dan kemahiran 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Kompeten Belia Johor ialah SMK Tengku Mahmud Iskandar, SMJK Pei Hwa, SM Agama Darul Ulum dan SM Agama Lughatul Arabiah.
"Saya melihat ibubapa dan masyarakat luar bandar atau pinggir bandar masih belum cukup peka tentang bidang TVET, jadi tidak wajar mereka dipersalahkan jika masih menganggap bidang profesional lebih baik bagi anak-anak mereka berbanding teknikal dan vokasional”, katanya lagi.
"Contohnya, mereka yang bekerja dalam industri minyak dan gas diberikan gaji yang cukup tinggi walaupun ia bukanlah satu kerjaya popular tetapi skop kerja sangat meluas," ujar beliau.
Rizan juga berkata banyak peluang pendidikan dalam TVET ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini, sekali gus membuktikan ia amat diperlukan dalam pasaran kerja tempatan.
Justeru, semua pihak harus bekerjasama ini termasuk badan bukan kerajaan untuk mempromosikan bidang ini agar dan masyarakat tidak memandang rendah bidang berkenaan.

MOTIVASI DIRI
Belajar memang sangat penting, selain dapat menambah wawasan, seseorang pelajar itu juga akan mendapatkan berbagai macam ilmu yang nantinya juga akan sangat berguna untuk diri sendiri.
Ini dikongsikan oleh Saudara Mohd Fared Mohd Khalid, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) di hadapan para pelajar yang hadir.
Katanya lagi, Sikap positif adalah aset berharga dalam belajar. Ilmu tanpa budi adalah kerapuhan jiwa. Ilmu juga bagaikan kunci emas bagi sebuah kehidupan

BICARA TOKOH
Saudara Jufitri Joha, Naib Presiden MBM yang juga Tokoh Belia Negara dan ASEAN 2014 dalam perkongsian pengalamannya menyatakan bahawa Pendidikan adalah tiket ke masa depan. Hari esok dimiliki oleh orang-orang yang mempersiapkan dirinya sejak hari ini.
“Seseorang yang berhenti belajar adalah orang lanjut usia, meskipun umurnya masih remaja. Seseorang yang tidak pernah berhenti belajar akan selamanya menjadi pemuda,” katanya yang mendapat perhatian para pelajar.
Katanya lagi, anak muda yang berhenti belajar akan menjadi pemilik masa lalu. Anak muda yang masih terus belajar, akan menjadi pemilik masa depan.
Program yang berlangsung di SMK Tengku Mahmud Iskandar ini turut di hadiri oleh Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco MBM, Saudara Mohammad Khairul Izzat bin Datuk Hj Ariss, Naib Presiden MBNJ.

SEKRETARIAT 1B1K-MBM
19 JULAI 2016






















3 ulasan

SOKONGAN TEAM ASC MALAYSIA DARI TANGKAK



Team 1B1K-MBM kini meneruskan penjelajahannya ke Daerah Tangkak sambil membantu mempromosikan mempromosikan Asean Skills Competition 2016 (ASC2016) dan Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2016 (KEKK) yang bakal berlangsung pada 24-26 September 2016 di MAEPS Serdang, Selangor
Lokasi promosi kali ini ialah di SMK Parit Bunga, Tangka. Turut hadir sama ialah para pelajar dari SM Sains Muar, SM Agama Lughatul Quran dan SMK Persisiran Perdana.
Informasi lanjut mengenai ASC2016 dan KEKK2016 layariwww.facebook.com/SkillsMalaysia
SEKRETARIAT 1B1K-MBM











2 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger