print this page

060416: JELAJAH 1B1K @SMK TAMAN MEDAN




06 April 2016
@SMK Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor

Golongan belia khususnya yang di sekolah menengah perlu yakin diri bahawa kegagalan itu bagai hujan, dan kejayaan itu bagaikan matahari, maka saling memerlukan keduanya untuk melihat pelangi yang indah. Anda tidak harus khuatir untukberdepan dengan segala halangan. Ini di kongsikan oleh Saudara Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis belia Malaysia di hadapan lebih 300 orang pelajar Tingkatan 5 SMK Taman Medan dalam Program Pameran Pendidikan dan Kemahiran 1Belia 1Kemahiran anjuran bersama Majlis belia Malaysia dan Majlis belia Selangor hari ini.

“Menjadi orang yang sukses itu bukan keutamaan, tapi berusaha menjadi sukses itu suatu kewajipan. Mengenai hasilnya kita tawakal kepada Allah, kerana Dia penentu segala-galanya”, katanya dalam usaha membangkitkan semangat para pelajar sekolah ini.

“Hidup itu maju ke depan, bukan mundur ke belakang. Lupakan yang telah berlalu, jadikan ia sebagai cermin untuk lebih baik di masa depan. Yang menentukan masa depan kita bukanlah kekayaan, kedudukan dan berbagai kemenangan yang kita capai, tetapi ke arah mana kita akan membawa semua itu”, katanya lagi.

Golongan belia yang masih menuntut ilmu di sekolah perlu yakin bahawa tidak ada yang mampu mengubah masa lalu, tapi diri sendiri dapat merosak masa depan dengan menangisi masa lalu dan merisaukan masa depan.

Menurutnya lagi, “Apa yang kita lakukan hari ini, merupakan kunci kebaikan ataupun juga kehancuran hari esok. Untuk itu lakukanlah yang terbaik untuk hari ini. Saat kita menatap ke belakang sesungguhnya kita telah tertinggal dengan orang yang merangkak ke depan. Masa lalu adalah guru bagi kita untuk menatap dan membangun masa depan. Berduka, berkabung dan menyesali tak kan pernah mampu mengubah keadaan. Hanya bergerak, melangkah dan bergerak ke depan yang mampu menggantikan kedukaan menjadi kebahagiaan. Jadikanlah masa lalu sebagai pengalaman dan pelajaran, masa yang sedang berjalan isilah dengan amal dan perbuatan, dan masa depan janganlah terlalu diangan-angankan. Nikmatilah kehidupan ini”.


Turut hadir ialah Tuan Haji Ahmad Kassim, Penetua SMK Taman Medan, Encik Johari Maarop (YDP PIBG SMK Taman Medan) dan Saudara Azwan Mat Yasir (Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor).

Foto Penuh: www.facebook.com/1belia1kemahiran


















2 ulasan

040416: JELAJAH 1B1K @SMK BANDAR, KOTA TINGGI, JOHOR



04 April 2016
@SMK Bandar, KotaTinggi, Johor

Golongan belia hari ini harus mempunyai idealisme tinggi untuk mencapai kejayaan kerana tanpanya, tamadun dan kehidupan mereka tidak akan maju dan sukar untuk mencapai kejayaan cemerlang, kata Saudara Mohd Fadzli Hassan, Exco Majlis Belia Malaysia ketika sesi perkongsian pengalaman bersama 400 orang pelajar SMK Bandar, Kota Tinggi, Johor semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Sahabat AKRAB Majlis Belia Negeri Johor turut menggariskan empat (4) cabaran utama yang akan dihadapi oleh para belia menjelang Malaysia sebagai sebuah Negara maju berpendapatan tinggi iaitu Cabaran teknologi maklumat, Cabaran pemikiran dan budaya, Cabaran Mrntal dan Emosi dan Cabaran Moral dan Sosial.

Menurut beliau, antara yang paling merisaukan ialah Cabaran Pemikiran dan Budaya dan Cabaran Moral dan Sosial.

“Pemikiran dan pandangan beberapa individu dan sesetengah negara terutamanya negara maju yang lebih bersifat menjajah dan menakluk menjadi lebih dominan dalam alaf ini. Contoh seperti pemikiran globalisasi, pembelaan alam sekitar dan isu hak asasi manusia yang lebih subjektif sifatnya sehingga menimbulkan persengketaan dan perang mulut. Namun, masalah penerimaan dalam keterpaksaan terus berlaku kerana kesan ancaman politik dan ekonomi serta ketenteraan yang akan timbul kelak. Sementara pengaruh budaya lebih bersifat menjajah ekoran kebebasan dan pengaruh media dan teknologi maklumat,” katanya.

“Cabaran mental dan emosi pula adalah terlalu subjektif. Tetapi, dalam apa juga tamaddun dan kehidupan manusia, individu yang merasakan dirinya kekurangan, tidak mampu dan kurang upaya atau ketinggalan daripada individu dan masyarakat lain akan menerima tekanan mental dan emosi yang lebih hebat lagi. Seterusnya, tekanan mental dan emosi akan menjadi lebih ketara lagi apabila sesebuah tamaddun manusia itu semakin maju dalam pelbagai aspek kehidupan. Ini dapat dilihat dari status gejala sosial, seperti kes rompakan, peras ugut, pembunuhan dan bunuh diripenyalahgunaan dadah dan alkohol serta (penyakit mental), dan lain-lain di kalangan generasi muda,” ujar kebimbangan beliau

Beliau menyampaikan ceramah sempena Pameran KOMPETEN-Belia Johor  Terampil yang masuk hari kedua yang di adakan di SMK Bandar, Kota Tinggi, Johor. Prgram adalah kolaborasi antara Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ dan UMNO Bahagian Tenggara.

Turut hadir ialah Saudara Manndzri Hj Nasib, Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dan barisan kepimpinan MBNJ serta Biro Pendidikan UMNO Bahagian Tenggara.






















2 ulasan

050416: JELAJAH 1B1K @SMK BANDAR TENGGARA, JOHOR



05 April 2016
@SMK Bandar Tenggara, Johor

Golongan belia di Malaysia perlu menginsafi diri bahawa kita dilahirkan dengan pelbagai keupayaan, bakat atau pun potensi dan setiap dari kalangan kita juga mempunyai tahap keupayaan, keserlahan bakat dan potensi yang berbeza dari satu dengan yang lain.

Ini dinyatakan oleh Suadara Khairullah, pengasas Usahawan BUdak Sekolah ketika menyampaikan ceramahnya di hadapan 300 orang pelajar SMK Bandar Tenggara 1, Kulai, Johor.

“Kita mungkin sedar dan mungkin juga tidak tentang keupayaan, bakat dan potensi kita.  Itu bukan menjadi masalah sebenarnya.  Apa yang penting ialah bagaimana kita dapat mengasah atau menggilap keupayaan, bakat dan potensi yang dimiliki itu untuk kebaikan diri, masyarakat, organisasi kita  dan seterusnya negara yang kita cintai ini,” katanya.

Ceramah ini adalah sempena Program KOMPETEN-Belia Johor Terampil yang masuk hari terakhir anjuran bersama Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dan UMNO Bahagian Tenggara.

Turut hadir ialah Saudara Manndzri Hj Nasib, Presiden MBNJ, Saudara Rizan Hassan (Ketua Penerangan MBM) dan barisan pimpipnan MBNJ dan UMNO Bahagian Tenggara.















2 ulasan

030416:JELAJAH 1B1K @SMK SULTAN ALAUDDIN, KULAI, JOHOR



03 April 2016
@SMK Sultan Alauddin, Kulai 

Golongan awal belia semuda ausia 15-18 tahun harus memiliki motivasi diri bangkit dari kegagalan atau akan terpuruk terus dalam sumur kegagalan, kata Saudara Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia ketika menyampaikan sesi Perkongsian Pengalaman di hadapan 300 orang pelajar Tingkatan 4 & 5 di SMK Sultan Alauddin, Kulai.

“Siapa yang tidak pernah gagal? Semua orang pernah gagal. Bahkan, saya selalu mengatakan ini, manusia yang paling agung dan kekasih Allah pun pernah gagal. Sila renung dan lihat sirah Nabi, kita melihat banyak kegagalan”, katanya.

“Apalah kita, manusia biasa yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Gagal adalah makanan kita sehari-hari bagi. Anda yang bertindak. Ada yang mengatakan, hanya orang yang tidak bertindaklah atau tidak berbuat apa-apa yang tidak pernah gagal.  Alasannya kerana dia tidak berbuat apa-apa, hanya melihat. ITU SALAH, saya tidak sependapat dengan itu”, tegasnya. 

Menurutnya lagi, orang yang tidak bertindak, bukan tidak pernah gagal, tetapi dia terus berada dalam kumbahan kegagalan itu dan tidak pernah bangkit.

Rizan turut menyeru anak-anak muda yang sedang mengalami kegagalan, untuk bangkit dari masa lalu. Golonagn belia hari ini harus memiliki motivasi diri bangkit dari kegagalan. Atau, jika tidak memiliki motivasi, bersedialah menikmtai kegagalan berterusan.

Sesi perkongsian ini di adakan adalah sempena Pameran KOMPETEN Belia Johor Terampil anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM), majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dan UMNO Bahagian Tenggara.

Pameran selama 3 hari dilokasi berbeza bermula hari ini, dan esok akan diadakan di SMK Bandar Kota Tinggi dan seterusnya ke SMK Bandar Tenggara 1.

Turut hadir ialah Saudara Manndzri Hj Nasib (Presiden Majlis Belia Negeri Johor), Saudara Mahadir Mohd Taha (MBD Kota Tinggi), Puan Hajah Mahizan binti Mohammud (Pengetua SMK Sultan Alauddin), dan barisan pimpinan UMNO Bahagian tenggara.












2 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger