JELAJAH 1B1K @SMK DATO' BIJI WANGSA, TUMPAT, KELANTAN


Ibu bapa digesa untuk mengubah persepsi negatif terhadap pendidikan vokasional sebagai salah satu pilihan melanjutkan pelajaran.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat, Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail Jamaluddin berkata, pendidikan vokasional turut menawarkan kerja dan gaji yang lumayan serta setanding dengan pendidikan akademik lain.

Menurutnya, kerajaan menerusi pelbagai kementerian sentiasa berusaha membuka sebanyak mungkin peluang untuk meningkatkan kualiti tenaga kerja di Malaysia.

"Persepsi negatif mengenai pendidikan vokasional dan latihan teknikal perlu diubah terutamanya kepada ibu bapa di Malaysia”, katanya ketika merasmikan Jelajah Pameran Pendidikan 1Belia 1Kemahiran (1B1K) di SMK Dato’ Biji Wangsa, Tumpat, Kelantan pagi tadi.

Pameran ini adalah inisiatif bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Kelantan (MBK) yang akan di adakan di beberapa lokasi bermula hari ini. Turut hadir ialah Encik Zulkifli Ismail selaku Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dato’ Biji Wangsa, Encik Mazmadi Hj Mohamad, Timbalan Presiden FEMAC Malaysia, Saudara Mohammad Rizan Hassan (Ketua Penerangan MBM), Saudara Hasnul Hanif Harun (Exco MBM) dan Saudara Hakimi Hussain (Exco MBM merangkap EXCO Majlis Belia Kelantan).

Menurut Encik Zulkifli, pameran begini seharusnya lebih banyak di adakan di seluruh sekolah di negeri Kelantan bagi memberi kefahaman bahawa pendidikan teknikal dan vokasional bukanlah sebagai pilihan kedua sebaliknya setara dengan aliran akademik. Ianya juga menjanjikan peluang kerjaya yang bergaji lumayan dan secara tidak langsung akan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat.

Ini ditekankan oleh oleh Encik Mazmadi bahawa menerusi pendidikan vokasional dan latihan teknikal bukan saja menjanjikan peluang kerjaya yang bagus dan bergaji lumayan tetapi turut membuka peluang keusahawanan kerana mereka mempunyai kemahiran yang melayakkan diri digelar usahawan muda.

Seramai hamper 500 orang pelajar hadir menyaksikan pameran dan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco MBM manakala sebanyak 20 institusi latihan kemahiran dari seluruh Negara yang menawarkan pelbagai bidang kemahiran hadir menjayakan pameran kali ini.



PENERANGAN MBM
Tumpat, Kelantan
21 Mac 2016





















Share this article :

+ ulasan + 1 ulasan

29 Mei 2016 1:46 PG

Saya Ibu Queen Daniel, A pemberi pinjaman uang, saya meminjamkan uang kepada indaividu atau perusahaan yang ingin mendirikan sebuah bisnis yang menguntungkan, yang menjadi periode utang lama dan ingin membayar. Kami memberikan segala jenis pinjaman Anda dapat pernah memikirkan, Kami adalah ke kedua pinjaman pribadi dan Pemerintah, dengan tingkat suku bunga kredit yang terjangkau sangat. Hubungi kami sekarang dengan alamat email panas kami: (queendanielloanfirm@gmail.com) Kebahagiaan Anda adalah perhatian kami.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger