print this page

30032016: JELAJAH 1B1K @SMK JENGKA PUSAT



30 Mac 2016
SMK Jengka Pusat, Pahang 

Jelajah Pameran Pendidikan dan Kemahiran 1B1K-MBM bagi peringkat Negeri Pahang telah berakhir di lokasi SMK Jengka Pusat. Seramai hampir 400 orang belia sekolah ini yang berusia 15-18 tahun berpeluang menyaksikan peluang-peluang lanjutan pendidikan khususnya dalam bidang kemahiran TVET yang kini semakin popular danmendapat tempat di kalangan generasi muda.

Perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Hasman Abd KArim, Guru Penolong Kanan (HEM). Turut hadir sama ialah Saudara Khairul Amin Osman, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Saudara Zafril bin Nasir (Exco MBNP), Saudara Ridzuan bin Mat Amin ( Timb. Pengerusi MDB Maran), Saudara Faizal Muhammad (EXCO MBD Maran) dan Saudari Feeznaelia Binti Abd Rahman (EXCO MDB Maran)

Sebanyak 10 buah institusi latihan kemahiran awam dan swasta menyertainya. Sebelum ini, jelajah turut singgah di SMK Maran dan SMK Desa Jaya.
















1 ulasan

290316: JELAJAH 1B1K @SMK DESA JAYA, MARAN, PAHANG



Semua pelajar SMK Desa Jaya, Maran, Pahang hari ini berpeluang menyaksikan Pameran Pendidikan 1Belia 1Kemahiran yang di adakan di sekolah berkenaan hasil kerjasama padu Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP)

Sebanyak 11 institusi latihan kemahiran awam dan swasta menyertai pameran ini yang telah disempurnakan perasmiannya oleh  Encik Zainuddin bin Yazid, Pengetua SMK Desa Jaya.

Selain dari pengisian pameran, ceramah motivasi halatuju kerjaya juga di adakan dan disampaikan oleh Saudara Muhammad Fayyadh Bin Haji Azmi (Exco Majlis Belia Daerah Rompin merangkap Exco Gerakan Belia 4B Kawasan Rompin).

Turut hadir ialah Saudara Khairul Amin Osman (Presiden Majlis Belia Negeri Pahang), Saudara Nik Megat Nik Mat (Bendahari Kehormat MBNP ), Saudara Zafril Nasir (Exco MBNP), En Ridzuan bin Mat Amin ( Timb. Pengerusi Majlis Belia Daerah Maran), Cik Zuriana (SUK Majlis Belia Daerah Maran), Pn Nurul (Penolong Setiausaha Majlis Belia Daerah Maran)  dan  Cik Feeznaelia binti Abd Rahman (Exco MBD Maran)
















64 ulasan

28032016: JELAJAH 1B1K @SMK MARAN, PAHANG


Jelajah Pameran Pendidikan 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Perinigkat Pahang di adakan di SMK Maran dengan disertai sebanyak 13 instiyusi latihan kemawahiran awam dan swasta.

Seramai hamper 400 orang pelajar sekolah ini mendapat peluang mengetahui lebih dekat peluang latihan dan kerjaya dalam bidang TVET. Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Mazmai Radin, Pengetua SMK Maran.

Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco  MBM telah hadir menyampaikan ceramah motivasi halatuju lepas SPM nanti kepada para pelajar.

Turut hadir En Zafril Nasir (Exco MBN Pahang), Ridzuan Mat Amin (Timb. Pengerusi MBD Maran), Cik Zuriana (Setiausaha Kerja MBD Maran) dan Puan Nurul (Pen. Setiausaha MBD Maran)



PENERANGAN MBM

























2 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger