ISU DAN CABARAN – HUBUNGKAIT TVET, MAJIKAN/INDUSTRI, UPAH DAN GAJI, PENGANGGURAN BELIA DAN PEKERJA ASING


Cabaran YAB Timbalan Perdana Menteri agar golongan belia berani menceburi bidang 3D (Dirty Dangerous & Difficult) telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua pihak, termasuk ilmuwan akademik. Menariknya, kebanyakan yang memberi pandangan, kritikan, cemuhan dan hentaman tidak pernah langsung ada pengalaman di industry pembuatan dan seumpamanya, bahkan ridak memahami proses penyaluran tenaga kerja mahir dari system pendidikan teknik dan vokasional (TVET) ke alam pekerjaan berkemahiran rendah dan tinggi.
Malang sekali, keresahan mereka tidak disusuli dengan cadangan “apa yang perlu kerajaan buat”.
Kesempatan ini, penulis ingin berkongsi pengalaman dan memberi pendapat agar isu ini ditangani secara HOLISTIK yakni secara menyeluruh. Sebagai individu yang pernah memikul jawatan sebagai operator pengeluaran sehingga ke Factory Manager dan membuka kilang sendiri suatu ketika dulu, kemudian beralih kepada perkhidmatan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) rasanya penulis mempunyai pengalaman yang cukup bagi memberi sedikit pandangan. Kini penulis seorang aktivis belia yang juga turut tercabar dengan cabaran YAB TPM tempohari.
Isu Pekerjaan 3D, Pekerja Asing dan TVET sebenarnya mempunyai kaitan langsung yang cukup dekat. Sudah berkali-kali penulis sejak diberi peluang berada di Majlis Belia Malaysia (MBM) membangkitkan isu pembangunan belia berkemahiran yang akan memberi kesan kepada guna tenaga kerja di Malaysia menerusi apa saja platform seperti rundingan meja bulat, konsultasi bajet, Majlis Perundingan Belia Negara (MBPN), temubual radio dan televisyen serta penulisan di dada-dada akhbar.
ISU DAN CABARAN – HUBUNGKAIT TVET, MAJIKAN/INDUSTRI, UPAH DAN GAJI, PENGANGGURAN BELIA DAN PEKERJA ASING
BAHAGIAN 1: MENGUPAYAKAN TVET YANG DITERAJUI INDUSTRI
Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Sekretariat 1Belia 1Kemahiran MBM secara konsisten menyatakan isu yang berlaku hanya ada satu jalan keluar iaitu MENGUPAYAKAN TVET YANG DITERAJUI INDUSTRI.
Mengapa TVET penting kepada Malaysia?
Di bawah RMKe-11, sebanyak 60% daripada 1.5 juta pekerjaan yang akan diwujudkan dijangka memerlukan kelayakan berkaitan TVET. Bagi memenuhi keperluan ini, Malaysia perlu meningkatkan pengambilan pelajar setiap tahun secara berperingkat dari 164,000 pada tahun 2013 kepada 225,000 pada tahun 2020. Cabaran bukan hanya mencapai sasaran pengambilan sahaja. Maklumbalas daripada pihak industri mendapati wujud jurang antara pengetahuan, kemahiran dan sikap graduan berbanding dengan keperluan di tempat kerja.
Isu berkenaan kualiti dan kuantiti bukanl yang mudah untuk diselesaikan. Landskap TVET di Malaysia adalah tidak bersepadu, lebih daripada 1,000 institusi TVET awam dan swasta menawarkan program yang sama dengan standard yang berbeza. Kolaborasi antara pihak industri dengan penyedia TVET sukar mencapai tahap yang diperlukan bagi membangun program yang berkualiti tinggi. Selain itu, TVET masih dianggap sebagai aliran pendidikan yang tidak menarik oleh kebanyakan pelajar.
Cabaran yang menanti adalah getir. Justeru, usaha transformasi yang tepat adalah kritikal bagi memastikan matlamat Malaysia ke arah 2020 dicapai.
Apakah kejayaan yang boleh dicapai?
Sektor TVET yang cekap dan berkesan adalah :
a. Pemadanan penawaran dengan permintaan, dan mekanisme pengawalan kualiti yang dinamik bagi memastikan institusi TVET awam dan swasta memenuhi standard kualiti;
b. Industri dan penyedia TVET berkerjasama antara satu sama lain sepanjang rantaian nilai daripada pengambilan pelajar, reka bentuk kurikulum, penyampaian dan penempatan pekerjaan; dan
c. Pelajar dimaklumkan dengan jelas peluang yang ditawarkan TVET dan menjadikan TVET sebagai aliran pendidikan yang menarik. Pelajar mempunyai akses kepada pelbagai program inovatif yang diterajui oleh industri yang menawarkan latihan amali sama ada di tempat kerja atau simulasi persekitaran pekerjaan yang menyediakan pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar.
Bagaimana kejayaan ini dicapai?
Dalam mencapai aspirasi ini, sistem TVET perlu diharmonikan dan diperkemas untuk mengurangkan ketidakseragaman merentasi institusi TVET awam dan swasta. Di samping itu, program dan intervensi untuk menggalakkan TVET yang diterajui oleh industri akan dilaksanakan bagi memastikan graduan TVET adalah selaras dengan keperluan industri. Anjakan tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam paparan di kanan.
Strategi yang perlu dilaksanakan
MENGHAPUSKAN
- program-program latihan yang berimpak rendah
MENGURANGKAN
- keutamaan rendah bagi pelaburan infrastuktur yang baru
- program yang bertindan
MENAMBAHKAN
- Pembiayaan untuk TVET
- Promosi dan hebahan kesedaran TVET sebagai kerja pilihan utama
- Latihan untuk pemningkatan kompetensi pengajar
- Kurikulum yang dibangunkan oleh industry sendiri
MENCIPTA/MEWUJUDKAN
- Segera mengiktiraf ahli teknologis melalui Lembaga teknologis Malaysia (MBOT)
- Penyeragaman akreditasi TVET
- Sistem penarafan TVET yang tunggal
BAHAGIAN 2: UPAH DAN GAJI
a. STRUKTUR GAJI - Tahun 2014, sebanyak 77% daripada pekerja bwergaji menerima upah kurang daripada Rm 3,000 sebulan (merujuk Laporan RMK11-Kertas Strategi 8). Sebanyak 55% memperoleh upah antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan. Pada masa ini, tiada dasar tertentu untuk menambah baik struktur upah pekerja dalam kategori ini. Dasar gaji minimum yang diperkenalkan pada tahun 2012 hanya meliputi pekerja dengan upah bulanan sebanyak RM900 dan ke bawah.
b. JURANG UPAH MELUAS – Tahun 2013, kadar pertumbuhan upah pekerja mahir adalah 6.3% berbanding dengan 4.9% bagi pekerja separuh mahir dan 4.3% pekerja kurang mahir. Ini menyebabkan jurang upah antara kategori kemahiran semakin meluas
c. KEKURANGAN PEKERJAAN BERKEMAHIRAN TINGGI DAN PRODUKTIVITI BURUH YANG RENDAH – Tenaga kerja berkualiti dan pengwujudan peluang pekerjaan bergaji tinggi merupakan asas penting untuk menjadi Negara maju. Walaupun sejumlah besar pekerjaan baru diwujudkan, kualiti pekerjaan yang diwujudkan masih menjadi isu. Kebanyakan pekerjaan yang diwujudkan adalah dalam kategori separuh mahir. Tenaga kerja dalam kategori ini meningkat dari 7.3 juta atau 6.1% daripada jumlah tenaga kerja pada tahun 2010 kepada 8.4 juta atau 62% pada Tahun 2014.
d. PEKERJAAN BARU – Sebanyak 121,000 pengwujudan pekerjaan mahir semenjak 2010-2014, dan 8% daripadanya adalah pekerjaan baru. Tahun 2013, anggaran seramai 553,000 lepasan diploma dan ijazah dalam kategori pekerjaan separuh mahir dimana kemahiran yang tidak digunakan sepenbuhnya. Peratusan tenaga kerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi seperti pengurus, professional, juruteknik kanan dan professional bersekutu pula menurun daripada 27.6% kepada 25.2%.. Disamping itu, 553,000 pekerja yang mempunyai diploma atau kelulusan yang lebih tinggi bekerja dalam kategori separuh mahir yang menunjukkan kekurangan pengwujudan pekerjaan berkemahiran tinggi. Situasi ini menggambarkan ketidakpadanan penawaran dengan permintaan dalam pasaran buruh.
BAHAGIAN 3: MENANGANI PENGANGGURAN BELIA
a. PENGANGGURAN BELIA DALAM SENARIO GUNATENAGA PENUH - Walaupun mengalami guna tenaga penuh, sebanyak 57.5% daripada jumlah penganggur pada tahun 2013 merupakan belia berumur 15-24 tahun. Daripada jumlah ini, 5% adalah belia dalam umur persekolahan (15-17 tahun). Pada tahun 2013, kadar pengganguran dalam kalangan belia adalah 10% terutamanya disebabkan kelayakan yang rendah dan kekurangan pengalaman
b. KEPADA LATIHAN DAN PEKERJAAN TERSEDIA - Walaupun kadar pengangguran dalam kalangan belia di Malaysia adalah lebih rendah berbanding purata ASEAN dan dunia, kerajaan perlulah memastikan belia mendapat akses kepada peluang latihan sebelum menyertai pasaran buruh. Belia yang telah menyertai pasaran buruh juga akan diberikan peluang latihan kemahiran semula bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran yang sesuai yang lebih tinggi yang membolehkan mereka menerima upah yang lebih baik.
c.PELUANG DIBUKA KEPADA SEMUA BELIA - Usaha bagi menyediakan latihan dan penempatan pekerjaan akan dipergiat menerusi program seperti Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia (SKK1M) dan 1Malaysia Skills Training and Enhancement For The Rakyat (1MASTER). Namun begitu, janganlah ianya tertumpu kepada graduan university yang menganggur sebaliknya juga dibuka peluang kepada belia berkemahiran dari aliran TVET untuk menyertainya.
d. SLDN DIPERKASAKAN - Manakala program yang sebenarnya mampu mengurangkan kebergantungan industri kepada pekerja asing iaitu Sistem Latihan Dua Nasional (SLDN) perlulah diberi penekanan tegas dan serius oleh kerajaan dalam “memaksa” industri melaksanakannya. Latihan yang dikendalikan oleh industri ini dilihat boleh memberi keyakinan tinggi dan minat mendalam belia kepada bidang yang diceburi. Insentif yang menarik perlu diberikan kepada industri yang melaksanakan SLDN.
e. TIADA KECICIRAN PENDIDIKAN BAWAH 17TAHUN - Belia berumur 15-17 tahun akan digalakkan mendapat pendidikan pada tahap SPM dan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari termasuk dalam aliran TVET sebelum menyertai pasaran buruh. Kaunseling kerjaya di sekolah perlu dipergiat dan sektor swasta perlu diberi ruang sepenuhnya untuk menyertai pameran kerjaya.
BAHAGIAN 4: SUDUT PANDANG MAJIKAN/INDUSTRI
a. Pihak industri mahu kerajaan memastikan pekerjaan telah tersedia sebelum membenarkan kemasukan 1.5juta pekerja Bangladesh.
b. Pihak industri mahu jaminan bahawa proses pengambilan pekerja-pekerja asing akan telus dan cekap tanpa penglibatan atau pelantikan mana-mana ejen atau syarikat penyumberan luar (outsourcing) di Malaysia untuk membawa mereka masuk.
c. Pada masa lalu, pekerja telah dibawa masuk oleh syarikat-syarikat penyumberan luar (outsourcing) yang diluluskan tanpa pekerjaan terjamin yang membawa kepada banyak berakhir sebagai pendatang tanpa izin. Syarikat penyumberan luar yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan untuk mereka maka jalan keluar dengan menawarkan pekerja untuk mana-mana majikan yang memerlukan pekerja.
d. Majikan perlu terlibat dalam pengambilan langsung daripada pekerja dan membenarkan hak untuk memilih / menemubual pekerja sebelum proses pekerjaan yang sebenar.
e. Kerajaan perlu mengelakkan diri daripada membawa pekerja asing:
-tidak bertujuan untuk bekerja dalam sektor perkilangan
-tidak memiliki kemahiran yang sesuai untuk bekerja dalam sektor pembuatan
f. Majikan mahukan kerajaan bukan menerima kemasukan khusus untuk pekerja Bangladesh. Tambahan negara sumber baru dialu-alukan memandangkan pelbagai cabaran majikan hadapi dalam pengambilan pekerja asing dari beberapa negara sumber sedia ada seperti Nepal, Myanmar dan Indonesia.
g. Majikan meminta Kerajaan untuk secara holistik menangani pelbagai cabaran yang terlibat dalam pengambilan pekerja asing termasuk menghapuskan apa-apa yang tidak memberikan nilai proses dan penglibatan pembekal perkhidmatan pihak kettga yang tidak perlu.
BAHAGIAN 5: PEKERJA ASING
a. KEBERGANTUNGAN TINGGI KEPADA PEKERJA ASING BERKEMAHIRAN RENDAH - Kebanjiran pekerja asing berkemahiran rendah di negara ini menjejaskan produktiviti ekonomi dan mengakibatkan peningkatan pekali pekerjaan kepada KDNK. Pekerja asing berkemahiran rendah telah meningkat sebanyak 152% dalam tempoh 2000-2013. Pada tahun 2013, terdapat 2,000,000 pekerja aisng berdaftar atau 17% daripada jumlah guna tenaga terutamanya sector pembuatan (36%), pembinaan (20%) dan pertanian (23%). Peratusan ini dianggarkan lebih tinggi iaitu 27% daripada jumlah guna tenaga jika mengambil kira pendatang asing tapi izin (PATI).
b. PENGURUSAN DAN PENYELARASAN LEMAH - Pada masa ini, pengambilan pekerja asing diuruskan oleh pelbagai agensi, menyebabkan pertindihan dan penyelarasan yang lemah dalam pengurusan pekerja asing (KDN/KSM/JKPA-PATI/MKN). Di samping itu, ketiadaan dasar yang komprehensif dalam pengambilan pekerja asing dan pengambilan secara ad-hoc memburukkan lagi keadaan.
c. PKS TIDAK MAHU PERUBAHAN TEKNOLOGI - Perlaksanaan strategi untuk mengurangkan bilangan pekerja asing adalah mencabar memandangkan terdapat beberapa sector dan industry yang masih bergantung kepada pekerja asing berkemahiran rendah. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) masih belum bersedia untuk beralih kepada rantaian nilai yang lebih tinggi dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah. Proses penggajian pekerja asing yang mudah merupakan satu daripada halangan untuk industry melabur dalam automasi dan menaiktaraf peralatan dan teknologi.
d. PENGLIBATAN INDUSTRI - Kerajaan perlu memastikan dasar kemasukan dan pekerjaan bagi pekerja asing yang komprehensif perlu dibangunkan dengan mengabilkira keperluan industry dan kebajikan pekerja asing. Jalinan kerjaan dan industry dalam hal ini akan dapat mengenalpasti keperluan terhadap pekerja asing dan mengumpul input berkaitan bagi merangka strategi yang bersesuaian.
e. MENGHADAKAN PENGAMBILAN PEKERJA ASING - Kerajaan perlu menangani secara holistic kebergantungan tinggi kepada pekerja asing berkemahiran rendah, terutamanya dalam aktiviti ekonomi berintensifkan buruh. Peratusan pekerja asing dalam tenaga kerja perlu dihadkan kepada 15% pada tahun 2020.
f. PENGGUNAAN TEKNOLOGI TINGGI - Kerajaan juga perlu menggalakkan industry untuk melaksanakan aktiviti berintensifkan modal dan peralihan kepada aktiviti berasaskan pengetahuan dalam semua sektor ekonomi, terutamanya dalam sektor pertanian, pembuatan dan pembinaan yang pada masa ini menggaji daripada 30% pekerja asing.
g. PROSEDUR YANG JELAS – Kerajaan juga di cadangkan memperkemaskan proses pengambilan pekerja asing dimana meletakkannya di bawah satu bumbung. Faedah yang boleh diperolehi jika urusan di bawah satu bumbung ialah kita dapat menentukan keperluan pekerja asing mengikut sektor, mengesahkan dan meluluskan permohonan pengambilan asing, memantau dan memberikan maklum balas berhubung semua perkara berkaitan kebajikan pekerja asing, dan memastikan pekerja asing bekerja dalam sektor atau firma yang diluluskan. Maka, peranan syarikat outsourcing dan orang tengah akan dihapuskan
h. HUKUMAN KEPADA MAJIKAN - Penalti yang berat akan dikenakan kepada majikan yang didapati bersalah menggaji pendatang asing tanpa izin.
i. MENGKAJI BAYARAN LEVI – Mengkaji system levi yang sedia ada yang dilihat mesra majikan. Sistem levi seharusnya menyebabkan majikan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah.
Terima kasih.
Share this article :

+ ulasan + 6 ulasan

18 Februari 2016 2:57 PTG

Avoid any political issues on TVET blaming, finger pointing, getting popular votes etc but politicise the issues for a solution that really benefiting the RAKYAT

18 Februari 2016 2:58 PTG

Avoid any political issues on TVET blaming, finger pointing, getting popular votes etc but politicise the issues for a solution that really benefiting the RAKYAT

18 Februari 2016 7:50 PTG

Hebat

18 Februari 2016 7:50 PTG

Hebat

29 Mei 2016 1:40 PG

Saya Ibu Queen Daniel, A pemberi pinjaman uang, saya meminjamkan uang kepada indaividu atau perusahaan yang ingin mendirikan sebuah bisnis yang menguntungkan, yang menjadi periode utang lama dan ingin membayar. Kami memberikan segala jenis pinjaman Anda dapat pernah memikirkan, Kami adalah ke kedua pinjaman pribadi dan Pemerintah, dengan tingkat suku bunga kredit yang terjangkau sangat. Hubungi kami sekarang dengan alamat email panas kami: (queendanielloanfirm@gmail.com) Kebahagiaan Anda adalah perhatian kami.

22 Julai 2017 12:04 PG

Sebelumnya perkenalkan nama saya Pak Beny Sutejo di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yang paling susah dikampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yang mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama Mbah Sinto dan dia memberikan nomer Mbah Sinto ,dia juga bilan kepada saya kalau Mbah Sinto bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi Mbah Sinto dengan senan hati Mbah Sinto ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya Mbah atas bantuanya jasa Mbah tak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya hubungi/sms Mbah Sinto di: 0823 3737 6471 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan Mbah Sinto kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger