print this page

PENGAMBILAN UNTUK LEPASAN SPM 2015 DIBUKA



Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran

Seramai 440,682 orang calon yang akan mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 pada 3 Mac 2016 nanti perlulah dimaklumkan dengan jelas peluang yang ditawarkan dalam sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan menjadikan TVET sebagai aliran pendidikan pilihan utama. Untuk itu, pelajar perlu mempunyai akses kepada pelbagai program yang diterajui oleh Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta (ILKA/S) dan kolaborasi industri yang menawarkan latihan amali sama ada di tempat kerja atau simulasi persekitaran pekerjaan yang menyediakan pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar.

Untuk itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) berperanan sebagai platform kepada golongan belia lepasan SPM untuk mendapatkan maklumat yang tepat, terang dan jelas mengenai peluang-peluang latihan TVET dari peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) hinggalah Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Program 1B1K-MBM dilaksanakan dengan kerjasama 34 institusi latihan kemahiran yang dikenali sebagai Rakan Strategik 1B1K-MBM yang berada di seluruh negara. Kursus yang di tawarkan adalah kursus yang mempunyai peluang kerjaya masa depan yang cerah dan berpendapatan tinggi serta berpeluang membentuk diri menjadi usahawan muda.

Menyedari bahawa peluang ini perlu dibuka kepada semua, golongan belia yang tercicir juga berpeluang mendapat peuang kedua mengikuti kursus yang di tawarkan di bawah Program 1B1K-MBM. Maka, tiada alasan lagi kepada golongan belia untuk mengatakan bahawa peluang telah tertutup kerana keputusan peperiksaan yang lemah.

Pada masa sama kerajaan menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) turut menyediakan bantuan pinjaman latihan kemahiran kepada golongan belia yang berminat menceburi latihan kemahiran.

KINI, PENGAMBILAN TELAH DIBUKA. Semua Rakan Strategik 1B1K-MBM bersedia untuk menyambut kehadiran anda mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang anda minati.

Daftarlah secara online di WWW.MYTEVT.NET (Klik untuk daftar: DAFTAR SINI)

Sebarang maklumat lain boleh didapati menerusi:

Telefon:  
013-3630960 / 018-208 7956 / 018-2088963 / 013-7733676)

Facebook:


Senarai Kursus Yang DItawarkan:
01. Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta)
02. Jurukecantikan
03. Gaya Rambut
04. Jurufesyen (Jahitan)
05. Hospitaliti-Bird Conversations
06. Hospitaliti-Elephant Husbandry
07. Hospitaliti-Kaunter Hadapan
08. Hospitaliti-Pemandu Pelancong
09. Hospitaliti-Pembuat Pastri
10. Hospitaliti-Pembuatan Roti
11. Hospitaliti-Pengemasan (Housekeeping)
12. Hospitaliti-Penjagaan Kuda
13. Hospitaliti-Penyediaan Makanan (Chef)
14. Hospitaliti-Pramusaji (F&B)
15. Automasi Industri/Mekatronik
16. Elektronik Industri
17. Teknologi Elektrik 
18. Teknologi Kimpalan
19. Teknologi Penyaman Udara
20. Plastic Injection Moulding
21. Kawalan Mutu (Quality Control / Quality Assurance)
22. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
23. Pelukis Pelan Senibina
24. ICT-Pengurusan Pejabat
25. ICT-Sistem Komputer
26. ICT-Teknologi Multimedia-Visual & Animasi
27. ICT-Teknologi Rangkaian Komputer
28. Senireka Grafik
29. Video/Film Shooting
30. Pentadbiran Kredit
31. Perkhidmatan Sekuriti
32. Setiausaha Korporat
33. Electrical Plant Operation
34. Oil & Gas: Jurugegas Gas
35. Oil & Gas: Piping Fabrication Operation
36. Eksekutif Pengeluaran Perabot 
37. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
38. Jurumesin Kayu
39. Operasi Pembuatan Perabot 
40. Pengukiran Kayu Asas
41. Scaffolding 
42. Pemesinan Am 
43. Pentafsir Radiograf (Tahap 2) 
44. Pembantu Juruteknik Pemeriksaan Ultrasonik
45. Pengujian Partikel Magnetik
46. Pengujian Penyembusan- Pembinaan Terkimpal
47. Pegawai Latihan Vokasional


Sekian Terima Kasih.


MOHAMMAD RIZAN BIN HASSAN
Ketua Penerangan merangkap Ketua Sekretariat 1B1K
Majlis Belia Malaysia

Tel: 013-7733676
3 ulasan

INFO PENTING



01. Apakah itu Program BELIA MAHIR? 
Program BELIA MAHIR telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin (mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia) pada 15 Mei 2010 sempena Festival Belia Putrajaya. Program ini adalah inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam usaha mendekati dan membantu golongan belia tercicir untuk mendapatkan peluang kedua membiona kehidupan mereka dengan memilih pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) sebagai laluan kerjaya mereka. Golongan belia tercicir ini termasuklah yang tidak menamatkan persekolahan ke Tingkatan 5, pernah di buang sekolah atau pun pernah berada dalam pemulihan juvana atau perlindungan akhlak.

02. Siapa itu MBM?
MBM ialah Majlis Belia Malaysia yang merupakan sebuah badan tunggal atau badan induk pertubuhan belia yang menaungi semua pertubuhan belia di Malaysia. MBM adalah rakan kongsi kerajaan dalam konteks pembangunan belia merentasi pelbagai peringkat. 

03. Kursus apa yang di tawarkan?
Kursus yang ditawarkan ialah kursus bercorak pendidikan teknikal dan vokasional (TVET). Ianya terbuka kepada semua yang berminat. 

04. Adakah kursus itu diiktiraf kerajaan?
Semua kursus yang di tawarkan ialah kursus yang mematuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard) dan berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. 

05. Adakah institusi kemahiran itu  diiktiraf dan bertauliah?
MBM melantik beberapa Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. Ianya dikenali sebagai Rakan Strategik 1B1K-MBM. MBM sentiasa bekerjasama dengan JPK bagi memantau kualiti dan perkhidmatan Rakan Strategik 1B1K-MBM agar mematuhi semua piawaian dan standard yang ditetapkan.

06. Bagaimana Kaedah Persijilan?
Selepas tamat menjalani latihan, pelajar akan menerima persijilan masing-masing mengikut tahap seperti di bawah:

Tahap 1-3: Sijil Kemahiran Malaysia 
Tahap 4: Diploma Kemahiran Malaysia
Tahap 5: Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia 

07. Tempoh Latihan?
Tempoh latihan adalah berdasarkan kursus dan tahap yang diambil. Semua pelajar perlu bermula dari tahap yang paling rendah.

08. Dimanakah lokasi tempat latihan?
Sekretariat 1B1K-MBM sentiasa  berusaha membantu pelajar mendapatkan latihan di daerah atau negeri masing-masing. Namun begitu, tidak semua kursus atau institusi menawarkan kursus yang kita pohon di kawasan kita. Maka, pelajar perlulah bersedia untuk berhijrah dalam menujntut ilmu ke tempat lain. 

Untuk pengetahuan, pusat-pusat latihan yang tersearai sebagai Rakan Strategik 1B1K-MBM ada di seluruh negara.

09. Apakah syarat-syarat kemasukan?
Secara umumnya, syarat kemasukan ialah seperti di bawah:
-Warganegara Malaysia (Lelaki dan Perempuan)
-Berumur 16-30 tahun
-Sihat tubuh badan
-Boleh 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Bagaimana pun, kemungkinan beberapa kursus memerlukan syarat tambahan. Ianya bergantung kepada kursus berkenaan.

Bagi yang tidak menamatkan persekolahan menengah atau gagal dalam PT3/SPM, anda juga turut berpeluang menyertai kursus yang ditawarkan. Kursus adalah sepenuh masa sahaja

10. Adakah yuran pengajian, yuran pendaftaran, yuran asrama dan yuran pengangkutan diberikan secara percuma?

Yuran Pendaftaran 
~ yuran ini terpulang kepada pihak institusi latihan samada akan mengenakan caj yuran pendaftaran ataupun tidak. Bagaimana pun, semua pelajar adalah wajib membuat bayaran Yuran Pendaftaran JPK sebanyak RM100.00 setiap tahap

Yuran Penginapan`
~ kebanyakkan pihak institusi latihan menyediakan kemudahan asrama pelbagai bentuk seperti dormitory (dorm) dan rumah kediaman. Caj sewa dikenakan secara minimum beserta syarat-syarat tertentu yang wajib di patuhi oleh penghuni asrama.

Yuran Pengangkutan
~ selalunya kediaman asrama yang disediakan tidaklah jauh dari tempat pelajar menjalani latihan. bagaimana pun, jika kursus yang diikuti itu di sekitar Kuala Lumpur, kemungkinan penginapan di luar bandaraya kerana kos penginapan adalah mahal kalau di sekitar tempat latihan Ini mungkin menyebabkan pelajar ke tempat latihan menaiki pengangkutan berbayar yang disediakan atau pengangkutan awam yang lebih menjimatkan.

Yuran Pengajian
~ selalunya adalah standard dan di kawal oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Yuran Pengajian mendapat pembiayaan pinjaman latihan kemahiran menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Yuran pengajian adalah berdasarkan tahap-tahap yang diikuti. Permohonan pinjaman ini akan diuruskan oleh pihak institusi latihan.

11. Adakah elaun sarahidup disediakan?
Semua pelajar yang mendapat bantuan pembiayaan latihan kemahiran dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan menerima elaun sebanyak RM400 sebulan bagi setiap tahap yang diikuti sepanjang pengajian. 

12. Adakah makan dan minum disediakan?
Makan dan minum selalunya tidak disediakan. Bagaimana pun pelajar menerima elaun sebanyak RM400 setiap bulan dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) secara pinjaman. 

13. Bagaimana cara memohon kursus yang ditawarkan?
Permohonan mengikuti kursus yang ditawarkan bolehlah secara online menerusi www.mytevt.net. Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi 013-7733676

14. Bila tarikh kemasukan?
Tarikh kemasukan adalah ditentukan oleh pihak insitusi latihan. Permohonan yang diterima oleh Sekretariat 1B1K-MBM akan dihantar kepada pihak institusi latihan dan kemudian si pemohon akan dihubungi menerusi penggilan telefon atau alamat email yang diberikan. Segala maklumat akan diberikan selepas permohonan diterima dalam tempoh 3-4 minggu.





JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN LAIN, SILA HUBUNGI

PEJABAT SEKRETARIAT 1B1K-MBM
013-7733676 / 019-7739476 / 013-7769476 







2 ulasan

ISU DAN CABARAN – HUBUNGKAIT TVET, MAJIKAN/INDUSTRI, UPAH DAN GAJI, PENGANGGURAN BELIA DAN PEKERJA ASING


Cabaran YAB Timbalan Perdana Menteri agar golongan belia berani menceburi bidang 3D (Dirty Dangerous & Difficult) telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua pihak, termasuk ilmuwan akademik. Menariknya, kebanyakan yang memberi pandangan, kritikan, cemuhan dan hentaman tidak pernah langsung ada pengalaman di industry pembuatan dan seumpamanya, bahkan ridak memahami proses penyaluran tenaga kerja mahir dari system pendidikan teknik dan vokasional (TVET) ke alam pekerjaan berkemahiran rendah dan tinggi.
Malang sekali, keresahan mereka tidak disusuli dengan cadangan “apa yang perlu kerajaan buat”.
Kesempatan ini, penulis ingin berkongsi pengalaman dan memberi pendapat agar isu ini ditangani secara HOLISTIK yakni secara menyeluruh. Sebagai individu yang pernah memikul jawatan sebagai operator pengeluaran sehingga ke Factory Manager dan membuka kilang sendiri suatu ketika dulu, kemudian beralih kepada perkhidmatan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) rasanya penulis mempunyai pengalaman yang cukup bagi memberi sedikit pandangan. Kini penulis seorang aktivis belia yang juga turut tercabar dengan cabaran YAB TPM tempohari.
Isu Pekerjaan 3D, Pekerja Asing dan TVET sebenarnya mempunyai kaitan langsung yang cukup dekat. Sudah berkali-kali penulis sejak diberi peluang berada di Majlis Belia Malaysia (MBM) membangkitkan isu pembangunan belia berkemahiran yang akan memberi kesan kepada guna tenaga kerja di Malaysia menerusi apa saja platform seperti rundingan meja bulat, konsultasi bajet, Majlis Perundingan Belia Negara (MBPN), temubual radio dan televisyen serta penulisan di dada-dada akhbar.
ISU DAN CABARAN – HUBUNGKAIT TVET, MAJIKAN/INDUSTRI, UPAH DAN GAJI, PENGANGGURAN BELIA DAN PEKERJA ASING
BAHAGIAN 1: MENGUPAYAKAN TVET YANG DITERAJUI INDUSTRI
Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Sekretariat 1Belia 1Kemahiran MBM secara konsisten menyatakan isu yang berlaku hanya ada satu jalan keluar iaitu MENGUPAYAKAN TVET YANG DITERAJUI INDUSTRI.
Mengapa TVET penting kepada Malaysia?
Di bawah RMKe-11, sebanyak 60% daripada 1.5 juta pekerjaan yang akan diwujudkan dijangka memerlukan kelayakan berkaitan TVET. Bagi memenuhi keperluan ini, Malaysia perlu meningkatkan pengambilan pelajar setiap tahun secara berperingkat dari 164,000 pada tahun 2013 kepada 225,000 pada tahun 2020. Cabaran bukan hanya mencapai sasaran pengambilan sahaja. Maklumbalas daripada pihak industri mendapati wujud jurang antara pengetahuan, kemahiran dan sikap graduan berbanding dengan keperluan di tempat kerja.
Isu berkenaan kualiti dan kuantiti bukanl yang mudah untuk diselesaikan. Landskap TVET di Malaysia adalah tidak bersepadu, lebih daripada 1,000 institusi TVET awam dan swasta menawarkan program yang sama dengan standard yang berbeza. Kolaborasi antara pihak industri dengan penyedia TVET sukar mencapai tahap yang diperlukan bagi membangun program yang berkualiti tinggi. Selain itu, TVET masih dianggap sebagai aliran pendidikan yang tidak menarik oleh kebanyakan pelajar.
Cabaran yang menanti adalah getir. Justeru, usaha transformasi yang tepat adalah kritikal bagi memastikan matlamat Malaysia ke arah 2020 dicapai.
Apakah kejayaan yang boleh dicapai?
Sektor TVET yang cekap dan berkesan adalah :
a. Pemadanan penawaran dengan permintaan, dan mekanisme pengawalan kualiti yang dinamik bagi memastikan institusi TVET awam dan swasta memenuhi standard kualiti;
b. Industri dan penyedia TVET berkerjasama antara satu sama lain sepanjang rantaian nilai daripada pengambilan pelajar, reka bentuk kurikulum, penyampaian dan penempatan pekerjaan; dan
c. Pelajar dimaklumkan dengan jelas peluang yang ditawarkan TVET dan menjadikan TVET sebagai aliran pendidikan yang menarik. Pelajar mempunyai akses kepada pelbagai program inovatif yang diterajui oleh industri yang menawarkan latihan amali sama ada di tempat kerja atau simulasi persekitaran pekerjaan yang menyediakan pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar.
Bagaimana kejayaan ini dicapai?
Dalam mencapai aspirasi ini, sistem TVET perlu diharmonikan dan diperkemas untuk mengurangkan ketidakseragaman merentasi institusi TVET awam dan swasta. Di samping itu, program dan intervensi untuk menggalakkan TVET yang diterajui oleh industri akan dilaksanakan bagi memastikan graduan TVET adalah selaras dengan keperluan industri. Anjakan tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam paparan di kanan.
Strategi yang perlu dilaksanakan
MENGHAPUSKAN
- program-program latihan yang berimpak rendah
MENGURANGKAN
- keutamaan rendah bagi pelaburan infrastuktur yang baru
- program yang bertindan
MENAMBAHKAN
- Pembiayaan untuk TVET
- Promosi dan hebahan kesedaran TVET sebagai kerja pilihan utama
- Latihan untuk pemningkatan kompetensi pengajar
- Kurikulum yang dibangunkan oleh industry sendiri
MENCIPTA/MEWUJUDKAN
- Segera mengiktiraf ahli teknologis melalui Lembaga teknologis Malaysia (MBOT)
- Penyeragaman akreditasi TVET
- Sistem penarafan TVET yang tunggal
BAHAGIAN 2: UPAH DAN GAJI
a. STRUKTUR GAJI - Tahun 2014, sebanyak 77% daripada pekerja bwergaji menerima upah kurang daripada Rm 3,000 sebulan (merujuk Laporan RMK11-Kertas Strategi 8). Sebanyak 55% memperoleh upah antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan. Pada masa ini, tiada dasar tertentu untuk menambah baik struktur upah pekerja dalam kategori ini. Dasar gaji minimum yang diperkenalkan pada tahun 2012 hanya meliputi pekerja dengan upah bulanan sebanyak RM900 dan ke bawah.
b. JURANG UPAH MELUAS – Tahun 2013, kadar pertumbuhan upah pekerja mahir adalah 6.3% berbanding dengan 4.9% bagi pekerja separuh mahir dan 4.3% pekerja kurang mahir. Ini menyebabkan jurang upah antara kategori kemahiran semakin meluas
c. KEKURANGAN PEKERJAAN BERKEMAHIRAN TINGGI DAN PRODUKTIVITI BURUH YANG RENDAH – Tenaga kerja berkualiti dan pengwujudan peluang pekerjaan bergaji tinggi merupakan asas penting untuk menjadi Negara maju. Walaupun sejumlah besar pekerjaan baru diwujudkan, kualiti pekerjaan yang diwujudkan masih menjadi isu. Kebanyakan pekerjaan yang diwujudkan adalah dalam kategori separuh mahir. Tenaga kerja dalam kategori ini meningkat dari 7.3 juta atau 6.1% daripada jumlah tenaga kerja pada tahun 2010 kepada 8.4 juta atau 62% pada Tahun 2014.
d. PEKERJAAN BARU – Sebanyak 121,000 pengwujudan pekerjaan mahir semenjak 2010-2014, dan 8% daripadanya adalah pekerjaan baru. Tahun 2013, anggaran seramai 553,000 lepasan diploma dan ijazah dalam kategori pekerjaan separuh mahir dimana kemahiran yang tidak digunakan sepenbuhnya. Peratusan tenaga kerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi seperti pengurus, professional, juruteknik kanan dan professional bersekutu pula menurun daripada 27.6% kepada 25.2%.. Disamping itu, 553,000 pekerja yang mempunyai diploma atau kelulusan yang lebih tinggi bekerja dalam kategori separuh mahir yang menunjukkan kekurangan pengwujudan pekerjaan berkemahiran tinggi. Situasi ini menggambarkan ketidakpadanan penawaran dengan permintaan dalam pasaran buruh.
BAHAGIAN 3: MENANGANI PENGANGGURAN BELIA
a. PENGANGGURAN BELIA DALAM SENARIO GUNATENAGA PENUH - Walaupun mengalami guna tenaga penuh, sebanyak 57.5% daripada jumlah penganggur pada tahun 2013 merupakan belia berumur 15-24 tahun. Daripada jumlah ini, 5% adalah belia dalam umur persekolahan (15-17 tahun). Pada tahun 2013, kadar pengganguran dalam kalangan belia adalah 10% terutamanya disebabkan kelayakan yang rendah dan kekurangan pengalaman
b. KEPADA LATIHAN DAN PEKERJAAN TERSEDIA - Walaupun kadar pengangguran dalam kalangan belia di Malaysia adalah lebih rendah berbanding purata ASEAN dan dunia, kerajaan perlulah memastikan belia mendapat akses kepada peluang latihan sebelum menyertai pasaran buruh. Belia yang telah menyertai pasaran buruh juga akan diberikan peluang latihan kemahiran semula bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran yang sesuai yang lebih tinggi yang membolehkan mereka menerima upah yang lebih baik.
c.PELUANG DIBUKA KEPADA SEMUA BELIA - Usaha bagi menyediakan latihan dan penempatan pekerjaan akan dipergiat menerusi program seperti Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia (SKK1M) dan 1Malaysia Skills Training and Enhancement For The Rakyat (1MASTER). Namun begitu, janganlah ianya tertumpu kepada graduan university yang menganggur sebaliknya juga dibuka peluang kepada belia berkemahiran dari aliran TVET untuk menyertainya.
d. SLDN DIPERKASAKAN - Manakala program yang sebenarnya mampu mengurangkan kebergantungan industri kepada pekerja asing iaitu Sistem Latihan Dua Nasional (SLDN) perlulah diberi penekanan tegas dan serius oleh kerajaan dalam “memaksa” industri melaksanakannya. Latihan yang dikendalikan oleh industri ini dilihat boleh memberi keyakinan tinggi dan minat mendalam belia kepada bidang yang diceburi. Insentif yang menarik perlu diberikan kepada industri yang melaksanakan SLDN.
e. TIADA KECICIRAN PENDIDIKAN BAWAH 17TAHUN - Belia berumur 15-17 tahun akan digalakkan mendapat pendidikan pada tahap SPM dan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari termasuk dalam aliran TVET sebelum menyertai pasaran buruh. Kaunseling kerjaya di sekolah perlu dipergiat dan sektor swasta perlu diberi ruang sepenuhnya untuk menyertai pameran kerjaya.
BAHAGIAN 4: SUDUT PANDANG MAJIKAN/INDUSTRI
a. Pihak industri mahu kerajaan memastikan pekerjaan telah tersedia sebelum membenarkan kemasukan 1.5juta pekerja Bangladesh.
b. Pihak industri mahu jaminan bahawa proses pengambilan pekerja-pekerja asing akan telus dan cekap tanpa penglibatan atau pelantikan mana-mana ejen atau syarikat penyumberan luar (outsourcing) di Malaysia untuk membawa mereka masuk.
c. Pada masa lalu, pekerja telah dibawa masuk oleh syarikat-syarikat penyumberan luar (outsourcing) yang diluluskan tanpa pekerjaan terjamin yang membawa kepada banyak berakhir sebagai pendatang tanpa izin. Syarikat penyumberan luar yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan untuk mereka maka jalan keluar dengan menawarkan pekerja untuk mana-mana majikan yang memerlukan pekerja.
d. Majikan perlu terlibat dalam pengambilan langsung daripada pekerja dan membenarkan hak untuk memilih / menemubual pekerja sebelum proses pekerjaan yang sebenar.
e. Kerajaan perlu mengelakkan diri daripada membawa pekerja asing:
-tidak bertujuan untuk bekerja dalam sektor perkilangan
-tidak memiliki kemahiran yang sesuai untuk bekerja dalam sektor pembuatan
f. Majikan mahukan kerajaan bukan menerima kemasukan khusus untuk pekerja Bangladesh. Tambahan negara sumber baru dialu-alukan memandangkan pelbagai cabaran majikan hadapi dalam pengambilan pekerja asing dari beberapa negara sumber sedia ada seperti Nepal, Myanmar dan Indonesia.
g. Majikan meminta Kerajaan untuk secara holistik menangani pelbagai cabaran yang terlibat dalam pengambilan pekerja asing termasuk menghapuskan apa-apa yang tidak memberikan nilai proses dan penglibatan pembekal perkhidmatan pihak kettga yang tidak perlu.
BAHAGIAN 5: PEKERJA ASING
a. KEBERGANTUNGAN TINGGI KEPADA PEKERJA ASING BERKEMAHIRAN RENDAH - Kebanjiran pekerja asing berkemahiran rendah di negara ini menjejaskan produktiviti ekonomi dan mengakibatkan peningkatan pekali pekerjaan kepada KDNK. Pekerja asing berkemahiran rendah telah meningkat sebanyak 152% dalam tempoh 2000-2013. Pada tahun 2013, terdapat 2,000,000 pekerja aisng berdaftar atau 17% daripada jumlah guna tenaga terutamanya sector pembuatan (36%), pembinaan (20%) dan pertanian (23%). Peratusan ini dianggarkan lebih tinggi iaitu 27% daripada jumlah guna tenaga jika mengambil kira pendatang asing tapi izin (PATI).
b. PENGURUSAN DAN PENYELARASAN LEMAH - Pada masa ini, pengambilan pekerja asing diuruskan oleh pelbagai agensi, menyebabkan pertindihan dan penyelarasan yang lemah dalam pengurusan pekerja asing (KDN/KSM/JKPA-PATI/MKN). Di samping itu, ketiadaan dasar yang komprehensif dalam pengambilan pekerja asing dan pengambilan secara ad-hoc memburukkan lagi keadaan.
c. PKS TIDAK MAHU PERUBAHAN TEKNOLOGI - Perlaksanaan strategi untuk mengurangkan bilangan pekerja asing adalah mencabar memandangkan terdapat beberapa sector dan industry yang masih bergantung kepada pekerja asing berkemahiran rendah. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) masih belum bersedia untuk beralih kepada rantaian nilai yang lebih tinggi dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah. Proses penggajian pekerja asing yang mudah merupakan satu daripada halangan untuk industry melabur dalam automasi dan menaiktaraf peralatan dan teknologi.
d. PENGLIBATAN INDUSTRI - Kerajaan perlu memastikan dasar kemasukan dan pekerjaan bagi pekerja asing yang komprehensif perlu dibangunkan dengan mengabilkira keperluan industry dan kebajikan pekerja asing. Jalinan kerjaan dan industry dalam hal ini akan dapat mengenalpasti keperluan terhadap pekerja asing dan mengumpul input berkaitan bagi merangka strategi yang bersesuaian.
e. MENGHADAKAN PENGAMBILAN PEKERJA ASING - Kerajaan perlu menangani secara holistic kebergantungan tinggi kepada pekerja asing berkemahiran rendah, terutamanya dalam aktiviti ekonomi berintensifkan buruh. Peratusan pekerja asing dalam tenaga kerja perlu dihadkan kepada 15% pada tahun 2020.
f. PENGGUNAAN TEKNOLOGI TINGGI - Kerajaan juga perlu menggalakkan industry untuk melaksanakan aktiviti berintensifkan modal dan peralihan kepada aktiviti berasaskan pengetahuan dalam semua sektor ekonomi, terutamanya dalam sektor pertanian, pembuatan dan pembinaan yang pada masa ini menggaji daripada 30% pekerja asing.
g. PROSEDUR YANG JELAS – Kerajaan juga di cadangkan memperkemaskan proses pengambilan pekerja asing dimana meletakkannya di bawah satu bumbung. Faedah yang boleh diperolehi jika urusan di bawah satu bumbung ialah kita dapat menentukan keperluan pekerja asing mengikut sektor, mengesahkan dan meluluskan permohonan pengambilan asing, memantau dan memberikan maklum balas berhubung semua perkara berkaitan kebajikan pekerja asing, dan memastikan pekerja asing bekerja dalam sektor atau firma yang diluluskan. Maka, peranan syarikat outsourcing dan orang tengah akan dihapuskan
h. HUKUMAN KEPADA MAJIKAN - Penalti yang berat akan dikenakan kepada majikan yang didapati bersalah menggaji pendatang asing tanpa izin.
i. MENGKAJI BAYARAN LEVI – Mengkaji system levi yang sedia ada yang dilihat mesra majikan. Sistem levi seharusnya menyebabkan majikan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah.
Terima kasih.
6 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger