print this page

LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK BELIA SABAH



Assalamualaikum
Salam 1Belia 1Kemahiran

BUAT BELIA NEGERI SABAH
Berikut adalah kursus kemahiran yang di tawarkan di bawah Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Rakan Strategik 1B1K-MBM:

  • ·         Hospitaliti-Penyediaan Makanan (Chef)
  • ·         Hospitaliti-Pembuat Pastri
  • ·         Hospitaliti-Pemandu Pelancong
  • ·         Hospitaliti-Pramusaji (F&B)
  • ·         Hospitaliti-Kaunter Hadapan
  • ·         Hospitaliti-Pengemasan (Housekeeping)
  • ·         ICT-Pengurusan Pejabat
  • ·         Binaan Bangunan
  • ·         Teknologi Elektrik
  • ·         Teknologi Automotif
  • ·         Teknologi Penyaman Udara
  • ·         Teknologi Kimpalan/Welding
  • ·         Gaya Rambut
  • ·         Jurukecantikan


Pendaftaran boleh di buat secara online, sila klik: < DI SINI > 

Info lanjut boleh layari:
www.1B1K.net 
www.facebook.com/1belia1kemahiran 


199 ulasan

INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN DI SABAH



Assalamualaikum
Salam 1Belia 1Kemahiran
BUAT BELIA NEGERI SABAH
Berikut adalah kursus kemahiran yang di tawarkan di bawah Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Rakan Strategik 1B1K-MBM:

ASIAN TOURISM INTERNATIONAL COLLEGE – ATI (KOTA KINABALU)
Hospitaliti-Penyediaan Makanan (Chef)
Hospitaliti-Pembuat Pastri
Hospitaliti-Pemandu Pelancong
Hospitaliti-Pramusaji (F&B)

ASCOT ACADEMY (KOTA KINABALU)
Hospitaliti-Penyediaan Makanan (Chef)
Hospitaliti-Kaunter Hadapan

KOLEJ TEKNIKAL YAYASAN SABAH (KOTA KINABALU)
ICT-Pengurusan Pejabat
Binaan Bangunan
Teknologi Elektrik
Teknologi Automotif
Teknologi Penyaman Udara
Teknologi Kimpalan/Welding
Hospitaliti-Pembuat Pastri
Hospitaliti-Pengemasan (Housekeeping)
Hospitaliti-Kaunter Hadapan
Hospitaliti-Penyediaan Makanan (Chef)

INSTITUT LATIHAN UMS-LINK (KOTA KINABALU)
ICT-Pengurusan Pejabat

INSTITUT KECANTIKAN NUVIS SABAH (KOTA KINABALU)
Gaya Rambut
Jurukecantikan

GAIN FORLIFE ACADEMY (KOTA KINABALU)
Hospitaliti-Pengemasan (Housekeeping)
Hospitaliti-Pramusaji (F&B)
13 ulasan

LATIHAN KEMAHIRAN BELIA SARAWAK



Assalamualaikum
Salam 1Belia 1Kemahiran

BUAT BELIA NEGERI SARAWAK
Berikut adalah kursus kemahiran yang di tawarkan di bawah Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Rakan Strategik 1B1K-MBM:

Juruelektrik 
Hospitaliti-Kaunter Hadapan
Hospitalilty-Pramusaji (F&B)
Hospitaliti-Pembuat Roti
Pelukis Pelan Kejuruteraan Awam
Teknologi Automotif
ICT-Teknologi Rangkaian Komputer
ICT_Pengurusan Pejabat
ICT-Sistem Komputer
Kimpalan/Welding
Automasi Industri/Mekatronik
Elektronik Industri
Senireka Grafik
Teknologi Penyaman Udara

Permohonan menyertainya kini dibuka secara online. Sila KLIK < DI SINI >

Informasi lanjut layari:
www.1B1K.net
www.facebook.com/1belia1kemahiran

Sekian terima kasih.
19 ulasan

INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN DI SARAWAK



Assalamualaikum
Salam 1Belia 1Kemahiran

Golongan belia di Sarawak yang berminat menyertai Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia kini boleh mendapatkan latihan kemahiran di beberapa institusi latihan kemahiran yang menawarkan kerjasama Rakan Strategik 1B1K-MBM seperti berikut:

KOLEJ AITC (KUCHING)
Juruelektrik  
Hospitaliti-Kaunter Hadapan
Pelukis Pelan Kejuruteraan Awam
Teknologi Automotif
ICT-Teknologi Rangkaian Komputer
Kimpalan/Welding

AUTOMOTIVE AND WELDING INSTITUTE OF SARAWAK (KUCHING)
Kimpalan/Welding
Teknologi Automotif

I-SYSTEM TRAINING CENTRE (MIRI)
ICT-Teknologi Rangkaian Komputer
ICT-Pengurusan Pejabat

MIRI TECHNICAL COLLEGE (MIRI)
Automasi Industri/Mekatronik

PUSAT KEMAHIRAN SARAWAK (MIRI)
Elektronik Industri
Automasi Industri/Mekatronik
ICT-Pengurusan Pejabat
Teknologi Elektrik
ICT-Sistem Komputer

PUSAT KEMAHIRAN SARAWAK (MUKAH)
Teknologi Elektrik
ICT-Sistem Komputer
Jurufesyen

PUSAT KEMAHIRAN SARAWAK (KUCHING)
Senireka Grafik
Elektronik Industri
Automasi Industri/Mekatronik
Pelukis Pelan Mekanikal

SMI TRAINING CENTRE SEGI SARAWAK (KUCHING)
Hospitaliti-Kaunter Hadapan

AKADEMI HOSPITALITY DAN PELANCONGAN SAUJANA (KUCHING)
Hospitalilty-Pramusaji (F&B)
Hospitaliti-Pemandu Pelancong
Hospitaliti-Pembuat Pastri
Hospitaliti-Pembuat Roti
Hospitaliti-Penyediaan Makanan (Chef)

HARINA CONSULTANCY SERVICES (KUCHING)
Teknologi Elektrik
Teknologi Penyaman Udara
Jurufesyen
ICT-Pengurusan Pejabat
Hospitaliti-Kaunter Hadapan
Teknologi Automotif

HARINA CONSULTANCY SERVICES (BINTULU)
Teknologi Elektrik
Jurufesyen
Hospitaliti-Kaunter Hadapan
Teknologi Penyaman Udara

ETHOS ACADEMY OF SKILLS DEVELOPMENT (KUCHING)
Hospitaliti-Kaunter Hadapan
Hospitalilty-Pramusaji (F&B)

YAHOS SDN BHD (KUCHING)
Hospitaliti-Penyediaan Makanan (Chef)
Automasi Industri/Mekatronik


Sekian terima kasih

SEKRETARIAT 1B1K-MBM

26.09.2016
4 ulasan

PROGRAM KHAS KERJASAMA MBNJ & SKILLS JOHOR

Assalamualaikum 
Salam 1Belia 1Kemahiran

Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) menerusi gerakan KOMPETEN BELIA JOHOR kini telah melebarkan sayap kerjasama dengan SKILLS JOHOR dalam usaha memartabatkan pembangunan BANGSA JOHOR BANGSA BERKEMAHIRAN & BERKEMAJUAN khususnya di kalangan Belia Johor.

Untuk itu, MBNJ mempelawa mereka dari kumpulan sasar di bawah untuk menyertai program-program di bawah dalam usaha membantu mempertingkatkan kemahiran seterusnya menyediakan peluang kerjaya dan pendapatan tinggi.


PROGRAM 1 
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN & PENEMPATAN PEKERJAAN (PEKERJA YANG DIBERHENTIKAN KERJA)
Terbuka kepada individu yang telah diberhentikan kerja. Mereka akan diberi latihan secara percuma dan diberi penempatan pekerjaan (peluang kerja) dalam bidang yang dilatih
PENDAFTARAN, SILA KLIK SEBELAH <KLIK SINI> 


PROGRAM 2
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN UNTUK GRADUAN MENGANGGUR
Terbuka kepada graduan berkelulusan Diploma atau Ijazah yang masih menganggur. Mereka akan diberi latihan secara percuma dan diberi penempatan pekerjaan (peluang kerja) dalam bidang yang dilatih
PENDAFTARAN, SILA KLIK SEBELAH <KLIK DISINI>


PROGRAM 3
PERSIJILAN KEMAHIRAN UNTUK PEKERJA INDUSTRI
Terbuka kepada individu yang sedang bekerja tetapi tidak mempunyai apa-apa sijil kemahiran. Menerusi program ini, kemahiran dan pengalaman pekerja industri berkenaan akan diiktiraf menerusi persijilan kemahiran yang bersesuaian
PENDAFTARAN, SILA KLIK SEBELAH <KLIK DISINI>


PROGRAM 4
PENDAFTARAN SEBAGAI PAKAR INDUSTRI
Terbuka kepada individu yang mempunyai pengalaman kerja dan berkemahiran tinggi serta pengamal (practitioner) di dalam industri pembuatan/perkhidmatan dari pelbagai bidang
PENDAFTARAN, sila emailkan “resume” anda ke mytevt@gmail.com


Penyertaan semua program di atas adalah PERCUMA.
Peluang pekerja tersedia kepada yang terpilih menyertai Program 1-2

Jangan lepaskan peluang istimewa ini.

*Tertakluk kepada terma dan syarat



5 ulasan

PENTING UNTUK ANDA TAHU PROGRAM 1B1K-MBM



01. Apakah itu Program 1B1K-MBM?
Program 1B1K-MBM dilancarkan oleh YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin (mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia) pada 2010 sempena Festival Belia Putrajaya. Program ini adalah inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam usaha mendekati dan membantu golongan belia tercicir untuk mendapatkan peluang kedua membiona kehidupan mereka dengan memilih pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) sebagai laluan kerjaya mereka. Golongan belia tercicir ini termasuklah yang tidak menamatkan persekolahan ke Tingkatan 5, pernah di buang sekolah atau pun pernah berada dalam pemulihan juvana atau perlindungan akhlak.

02. Siapa itu MBM?
MBM ialah Majlis Belia Malaysia yang merupakan sebuah badan tunggal atau badan induk pertubuhan belia yang menaungi semua pertubuhan belia di Malaysia. MBM adalah rakan kongsi kerajaan dalam konteks pembangunan belia merentasi pelbagai peringkat. 

03. Kursus apa yang di tawarkan?
Kursus yang ditawarkan ialah kursus bercorak pendidikan teknikal dan vokasional (TVET). Ianya terbuka kepada semua yang berminat. 

04. Adakah kursus itu diiktiraf kerajaan?
Semua kursus yang di tawarkan ialah kursus yang mematuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard) dan berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. 

05. Adakah institusi kemahiran itu  diiktiraf dan bertauliah?
MBM melantik beberapa Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. Ianya dikenali sebagai Rakan Strategik 1B1K-MBM. MBM sentiasa bekerjasama dengan JPK bagi memantau kualiti dan perkhidmatan Rakan Strategik 1B1K-MBM agar mematuhi semua piawaian dan standard yang ditetapkan.

06. Bagaimana Kaedah Persijilan?
Selepas tamat menjalani latihan, pelajar akan menerima persijilan masing-masing mengikut tahap seperti di bawah:

Tahap 1-3: Sijil Kemahiran Malaysia 
Tahap 4: Diploma Kemahiran Malaysia
Tahap 5: Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia 

07. Tempoh Latihan?
Tempoh latihan adalah berdasarkan kursus dan tahap yang diambil. Semua pelajar perlu bermula dari tahap yang paling rendah.

08. Dimanakah lokasi tempat latihan?
Sekretariat 1B1K-MBM sentiasa  berusaha membantu pelajar mendapatkan latihan di daerah atau negeri masing-masing. Namun begitu, tidak semua kursus atau institusi menawarkan kursus yang kita pohon di kawasan kita. Maka, pelajar perlulah bersedia untuk berhijrah dalam menujntut ilmu ke tempat lain.

09. Apakah syarat-syarat kemasukan?
Secara umumnya, syarat kemasukan ialah seperti di bawah:
-Warganegara Malaysia (Lelaki dan Perempuan)
-Berumur 16-30 tahun
-Sihat tubuh badan
-Boleh 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Bagaimana pun, kemungkinan beberapa kursus memerlukan syarat tambahan. Ianya bergantung kepada kursus berkenaan.

10. Adakah yuran pengajian, yuran pendaftaran, yuran asrama dan yuran pengangkutan diberikan secara percuma?

Yuran Pendaftaran 
~ yuran ini terpulang kepada pihak institusi latihan samada akan mengenakan caj yuran pendaftaran ataupun tidak. Bagaimana pun, semua pelajar adalah wajib membuat bayaran Yuran Pendaftaran JPK sebanyak RM100.00 setiap tahap

Yuran Penginapan`
~ kebanyakkan pihak institusi latihan menyediakan kemudahan asrama pelbagai bentuk seperti dormitory (dorm) dan rumah kediaman. Caj sewa dikenakan secara minimum beserta syarat-syarat tertentu yang wajib di patuhi oleh penghuni asrama.

Yuran Pengangkutan
~ selalunya kediaman asrama yang disediakan tidaklah jauh dari tempat pelajar menjalani latihan. bagaimana pun, jika kursus yang diikuti itu di sekitar Kuala Lumpur, kemungkinan penginapan di luar bandaraya kerana kos penginapan adalah mahal kalau di sekitar tempat latihan Ini mungkin menyebabkan pelajar ke tempat latihan menaiki pengangkutan berbayar yang disediakan atau pengangkutan awam yang lebih menjimatkan.

Yuran Pengajian
~ selalunya adalah standard dan di kawal oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Yuran Pengajian mendapat pembiayaan pinjaman latihan kemahiran menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Yuran pengajian adalah berdasarkan tahap-tahap yang diikuti. Permohonan pinjaman ini akan diuruskan oleh pihak institusi latihan.

11. Adakah elaun sarahidup disediakan?
Semua pelajar yang mendapat bantuan pembiayaan latihan kemahiran dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan menerima elaun sebanyak RM400 sebulan bagi setiap tahap yang diikuti sepanjang pengajian. 

12. Adakah makan dan minum disediakan?
Makan dan minum selalunya tidak disediakan. Bagaimana pun pelajar menerima elaun sebanyak RM400 setiap bulan dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) secara pinjaman. 

13. Bagaimana cara memohon kursus yang ditawarkan?
Permohonan mengikuti kursus yang ditawarkan bolehlah secara online menerusi www.mytevt.net. Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi 013-3630960 / 018-2087956 / 018-2088963

14. Bila tarikh kemasukan?
Tarikh kemasukan adalah ditentukan oleh pihak insitusi latihan. Permohonan yang diterima oleh Sekretariat 1B1K-MBM akan dihantar kepada pihak institusi latihan dan kemudian si pemohon akan dihubungi menerusi penggilan telefon atau alamat email yang diberikan. Segala maklumat akan diberikan selepas permohonan diterima dalam tempoh 1 minggu.






JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN LAIN, SILA HUBUNGI

PEJABAT SEKRETARIAT 1B1K-MBM
013-3630960 / 018-2087956 / 018-2088963








63 ulasan

PEMBERITAHUAN: PERMOHONAN TANPA MAKLUMBALAS


121 ulasan

HEBAHAN TERKINI: TEMUDUGA PROGRAM BOOTCAMP KAPTEN BAS



HEBAHAN TERKINI (TERMASUK SABAH & SARAWAK)

Temuduga Bootcamp Kapten Bas KBS - Prasarana Malaysia Berhad Siri 2 Tahun 2016

Tarikh: 1 Ogos 2016 (temuduga diadakan secara serentak di seluruh negara)
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang

Sila berpakaian pejabat dan sertakan:
1.Salinan kad pengenalan
2.Salinan lesen memandu
3.Salinan akademik
4.Gambar bersaiz passport (2 keping)

Syarat kelayakan:
1.Warganegara malaysia
2.Berumur 21 hingga 40 tahun
3.Lepasan PMR/SPM
4.Mempunyai lesen memandu kelas D penuh (sekurang-kurangnya 3 tahun)
5.Tiada rabun warna
6.Tiada rekod jenayah
7.Ketinggian melebihi 154cm

Sebarang pertanyaan boleh Telefon/WhatsApp/SMS pegawai bertugas sepertimana di lampiran.


Sekian, terima kasih.
9 ulasan

200716: JELAJAH 1B1K @SMK BUKIT GAMBIR, TANGKAK


Golongan belia khususnya yang masih berada di bangku sekolah menengah perlu memahami bahawa dalam setiap perkara yang ingin dilakukan, perancangan yang teliti perlu ada dan jelas.
“Jika kita gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal”, kata Saudara Jufitri Joha, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) di hadapan hampir 500 orang pelajar dari 4 buah sekolah menengah di daerah Tangkak iaitu SMK Bukit Gambir, SMK Tengku Temenggong Ahmad, SMK Tun Sri Lanang dan SM Agama Shamsuddiniah.
“Sebenarnya perancangan adalah gambaran awal apa tindakan yang perlu kita lakukan. Lebih tepat ianya teori yang sepatutnya kita lakukan nanti. Ianya penting agar kita tidak lari dari landasan hala tujuan kita”, ujar beliau yang juga merupakan Tokoh Belia Negara 2014 dan Tokoh Belia ASEAN 2014.
Beliau hadir dalam sesi Bicara Tokoh sempena Jelajah Pameran Pendidikan dan Kemahiran 1Belia 1Kemahiran (1B1K) KOMPETEN BELIA JOHOR di SMK Bukit Gambir, Tangkak.
Sebanyak 20 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta institusi latihan kemahiran awam dan swasta hadir menyertai pameran ini.

SEKRETARIAT 1B1K-MBM
20.07.2016




















5 ulasan

19/07/16:JELAJAH 1B1K @SMK TENGKU MAHMOD ISKANDAR, TANGKAK


KEPENTINGAN DAN KESEDARAN TVET
Golongan belia di sekolah yang berusia 15-18 tahun perlu mendapat pendedahan awal mengenai bidang teknikal dan vokasional (TVET) perlu dilakukan secara menyeluruh untuk memastikan bidang tersebut menjadi pilihan utama.
“Saya mengakui bidang profesional masih menjadi pilihan utama masyarakat. Namun saya ingin menegaskan bahawa kerjaya melibatkan bidang teknikal dan vokasional (TVET) turut menawarkan pendapatan lumayan,” kata Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) semasa perkongsian pengalaman di hadapan 500 orang para pelajar dari 4 buah sekolah di Tangkak hari ini. Sekolah yang terlibat dalam program Jelajah Pameran Pendidikan dan kemahiran 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Kompeten Belia Johor ialah SMK Tengku Mahmud Iskandar, SMJK Pei Hwa, SM Agama Darul Ulum dan SM Agama Lughatul Arabiah.
"Saya melihat ibubapa dan masyarakat luar bandar atau pinggir bandar masih belum cukup peka tentang bidang TVET, jadi tidak wajar mereka dipersalahkan jika masih menganggap bidang profesional lebih baik bagi anak-anak mereka berbanding teknikal dan vokasional”, katanya lagi.
"Contohnya, mereka yang bekerja dalam industri minyak dan gas diberikan gaji yang cukup tinggi walaupun ia bukanlah satu kerjaya popular tetapi skop kerja sangat meluas," ujar beliau.
Rizan juga berkata banyak peluang pendidikan dalam TVET ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini, sekali gus membuktikan ia amat diperlukan dalam pasaran kerja tempatan.
Justeru, semua pihak harus bekerjasama ini termasuk badan bukan kerajaan untuk mempromosikan bidang ini agar dan masyarakat tidak memandang rendah bidang berkenaan.

MOTIVASI DIRI
Belajar memang sangat penting, selain dapat menambah wawasan, seseorang pelajar itu juga akan mendapatkan berbagai macam ilmu yang nantinya juga akan sangat berguna untuk diri sendiri.
Ini dikongsikan oleh Saudara Mohd Fared Mohd Khalid, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) di hadapan para pelajar yang hadir.
Katanya lagi, Sikap positif adalah aset berharga dalam belajar. Ilmu tanpa budi adalah kerapuhan jiwa. Ilmu juga bagaikan kunci emas bagi sebuah kehidupan

BICARA TOKOH
Saudara Jufitri Joha, Naib Presiden MBM yang juga Tokoh Belia Negara dan ASEAN 2014 dalam perkongsian pengalamannya menyatakan bahawa Pendidikan adalah tiket ke masa depan. Hari esok dimiliki oleh orang-orang yang mempersiapkan dirinya sejak hari ini.
“Seseorang yang berhenti belajar adalah orang lanjut usia, meskipun umurnya masih remaja. Seseorang yang tidak pernah berhenti belajar akan selamanya menjadi pemuda,” katanya yang mendapat perhatian para pelajar.
Katanya lagi, anak muda yang berhenti belajar akan menjadi pemilik masa lalu. Anak muda yang masih terus belajar, akan menjadi pemilik masa depan.
Program yang berlangsung di SMK Tengku Mahmud Iskandar ini turut di hadiri oleh Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco MBM, Saudara Mohammad Khairul Izzat bin Datuk Hj Ariss, Naib Presiden MBNJ.

SEKRETARIAT 1B1K-MBM
19 JULAI 2016






















3 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger