print this page

PROGRAM 1B1K


Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran
Sekretariat 1Belia 1Kemahiran Majlis Belia Malaysia (1B1K-MBM) akan mengadakan Pameran TVET bersempena Karnival Keusahawanan& Kerjaya Tenggara seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 5 November 2015 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 5 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor

Golongan belia sekitar Kota Tinggi dan Kulai dijemput hadir beramai-ramai. Turut disediakan ialah Peluang Latihan Kemahiran, Bantuan Pinjaman Latihan Kemahiran, Peluang Kerjaya Berkemahiran dan Khidmat Nasihat Halatuju Lepas PT3 & SPM.
Golongan belia yang mempunyai kelayakan akademik yang rendah atau gagal juga berpeluang ditawarkan latihan kemahiran.

KEPADA INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN / PENGAJIAN TINGGI;
Institusi Latihan Kemahiran dan Institusi Pengajian Tinggi yang berminat untuk menyertai pameran boleh mengesahkan penyertaan kepada saya dengan segera melalui pesanan WhatsApp (013-7733676).

Terima kasih.


RIZAN HASSAN | KP MBM | 013 7733676 | www.rizanhassan.com / www.mytevt.net
5 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger