MBM ERAT KERJASAMA DENGAN ILKS MELALUI 1B1K


16 Mac 2015, Wisma MBM

Majlis Belia Malaysia (MBM) tidak akan berhenti dari terus mendesak kerajaan agar memberi hak yang sewajarnya kepada golongan belia yang  memilih laluan tenikal dan vokasional (TVET) sebagai pilihan dalam halatuju masa depan mereka.

"Walaupun mereka ini pernah gagal dalam arus pendidikan semasa atau tercicir serta berisiko tinggi, kesungguhan mereka untuk kembali ke landasan sebenar dengan menjadikan TVET sebagai pilihan kedua seharusnya disokong sepenuhnya oleh semua pihak," kata Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal Datuk Jamaludin, Presiden Majlis Belia Malaysia. Beliau di temui dalam Majlis Pertemuan Ketua Eksekutif/Pengarah Institusi Kemahiran Program Satu Belia Satu Kemahiran (1B1K) Bersama Presiden MBM hari ini.

1B1K adalah inisiatif yang di gerakkan oleh MBM sejak 2010 dalam usaha membangkitkan kesedaran belia tercicir untuk bangkit dengan memilih TEVT sebagai pilihan untuk berjaya. Sebanyak 22 buah institusi latihan kemahiran swasta yang bekerjasama dengnan MBM dlam menggerakan program ini.

Dalam pertemuan ini juga, pelbagai isu dan permasalahan di bangkitkan oleh pihak ILKS. Antaranya ialah isu pendanaan, kesedaran ibubapa dan masyarakat mengenai TVET, promosi dan hebahan yang tidak menyeluruh serta usaha membina jaringan dengan pihak industri bagi penempatan pekerjaan.

Kesempatan ini juga, MBM mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang akan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Pengajian Tinggi (PPPM-PT) 2015-2025 pada April nanti.

Pelan ini yang berteraskan 10 lonjakan diyakini mampu mendukung usaha kerajaan dalam melahirkan lebih ramai sumber tenaga mahir dan profesional membabitkan pelbagai sektor, sekali gus membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Terdapat 2 lonjakan yang menarik perhatian MBM iaitu MASYARAKAT YANG BELAJAR SEPANJANG HAYAT dan GRADUAN T-VET (latihan vokasional teknikal) BERKUALITI. Ternyata kebimbangan MBM bahawa pelan ini lebih fokus kepada orang bijak pandai adalah meleset sama sekali. Pelan ini dilihat menyeluruh kerana turut memberi penekanan kepada aspek latihan vokasional teknikal (TVET) dan aspek pembelajaran sepanjang hayat.


PENERANGAN MBM
16.03.15
















Share this article :

+ ulasan + 1 ulasan

8 Disember 2015 11:04 PTG

Halo, nama saya Laima, saya adalah korban di tangan kreditur penipuan saya telah ditipu 27 juta, karena saya butuh modal besar dari 140 juta, saya hampir mati, tidak ada makanan untuk anak-anak saya, bisnis saya adalah hancur dalam proses saya kehilangan suami saya. Saya dan anak-anak saya tidak tahan lagi .all ini terjadi Januari 2015, tidak sampai saya bertemu seorang teman yang memperkenalkan saya kepada ibu ibu yang baik Alexandra yang akhirnya membantu saya mendapatkan mengamankan pinjaman di perusahaannya, ibu yang baik, saya ingin menggunakan kesempatan ini terima kasih dan Allah terus memberkati Anda, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberitahu semua orang Indonesia, bahwa ada banyak penipuan di luar sana, jika Anda membutuhkan pinjaman dan kontak pinjaman dijamin ibu yang baik Alexandra melalui email perusahaan. alexandraestherloanltdd@gmail.com
atau alexandraestherfastservice@cash4u.com,
Anda dapat menghubungi saya melalui email ini; laimajelena@gmail.com untuk setiap informasi yang Anda perlu tahu, silakan dia adalah satu-satunya orang yang jujur saya dapat memberitahu Anda.
Terima kasih

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger