KEPUTUSAN SPM 2014



KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2014
Seramai 455,839 orang calon yang menduduki peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu telah pun menerima keputusan masing-masing kelmarin..
Seorang kenalan saya bernama Pok Ji ada menyatakan bahawa Ibarat SPM ini ibarat pasport alam pekerjaan di Malaysia. Biar pun anda punya kemahiran membina sebuah kapal terbang sekali pun, tanpa SPM sukar bagi anda utk "survive" di negara ini. Bukan tidak boleh tapi sukar kerana masyarakat di negara ini terlalu taksub menyembah SPM.
Saya akui akan kata-katanya. Ini kerana stigma masyarakat Malaysia masih tidak pernah mahu berubah kononnya kejayaan diukur apabila cemerlang di SPM dan layak ke universiti.
Sejarah dunia khususnya negara maju banyak membuktikan bahawa selain yang cemerlang dalam peperiksaan akademik, mereka yang mulanya gagal dalam aliran itu dan diberi peluang dalam latihan kemahiran mampu juga kompeten berdasarkan bakat dan potensi yang ada. Mereka menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap menjadi pekerja yang mahir. Untungnya juga kepada agama, bangsa dan negara itu sendiri.
Kepada adik-adik yang mendapat keputusan SPM 2014 tidak begitu baik, brtenanglah. Dunia belum berakhir jika anda mengangkat bendera putih awal-awal lagi. Teruskan perjuangan. Bangkit semula dan berusaha keras atas kemampuan sendiri. Jangan gusar dan gundah gulana. Hero sebenar ialah mereka yang bijak membuat keputusan yang tepat pada masa yang tepat.
Setiap orang akan melalui kejatuhan, hari yang buruk, dugaan dan cabaran. DAN yang menentukan siapa yang TERBAIK, adalah bagaimana dia kembali meningkat naik.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1Belia 1Kemahiran - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger