BICARA BELIA: DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH MEMBIMBANGKAN


BICARA BELIA: DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH MEMBIMBANGKAN
22 Mac 2015; Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor
Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional.

"Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlian tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan," kata Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia ketika bersama 200 orang pelajar Sekolah Menengah Air Tawar dalam Program Bicara Belia sempena Mini Karnival Pendidikan dan Kerjaya 2015 di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.
Program ini adalah anjura Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi dengan kerjasama Jawatankuasa Pendidikan MBM dan Sekretariat 1BK-MBM.
Menurut beliau lagi, ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap iaitu, mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka, perasaan komitmen dan "sense of belonging”, dikagumi dan kekuasaan, persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti, dan tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai serta keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan.
Tambah beliau, sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar.

Oleh Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia













Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger