BICARA BELIA: CABARAN BELIA HARI INI


BICARA BELIA: CABARAN BELIA HARI INI
21 Mac 2015; Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, Johor
Cabaran hari ini menuntut agar generasi belia masa hadapan dididik dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni bagi mencapai matlmat melahirkan rakyat yang mampu menghadapi cabaran masa kini dan masa hadapan.

"Kita bukan sahaja perlu lahir insan yang berpengetahuan tinggi tetapi insan yang berguna dan warga yang baik yang boleh menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara," kata Sdr Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia dalam Program Bicara Belia sempena Mini Karnival Pendidikan dan Kerjaya 2015 di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, Johor.
Menurut beliau lagi, perkembangan ekonomi Asean hari ini juga bakal menjadikan rantau Asean sebagai blok ekonomi yang kelima terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, China, Jepun dan India. Perkembangan ini pastinya akan merangsang perniagaan dan perdagangan dalam negeri dan antara negara Asean, dan Malaysia perlu bersedia menghadapi persaingan ekonomi, keselamatan dan kebudayaan yang lebih terbuka.
"Dengan pelaksanaan Komuniti Asean tahun ini, sektor pengajian tinggi boleh turut memainkan peranan dengan merangka satu perancangan strategik untuk menangani cabaran mobiliti tenaga kerja mahir dalam pasaran pekerjaan serantau yang lebih terbuka," jelasnya.

Oleh Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia





















Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1Belia 1Kemahiran - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger