PEMIMPIN BELIA JOHOR BAKAL DIANUGERAH SIJIL HINGGA DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA



PEMIMPIN BELIA JOHOR BAKAL DIANUGERAH SIJIL HINGGA DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA

15 Februari 2015
Golongan belia di Negeri Johor Darul Takzim diminta melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi membolehkan mereka bersaing menghadapi kehidupan lebih mencabar.

Sebagai menyahut seruan kerajaan ini, seramai 50 orang pemimpin Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dan juga Majlis Belia Daerah (MBD) dalam negeri ini bakal dianugerahkan Sijil hingga Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang Khidmat Komuniti.

"Sebagai sebuah negara yang mempunyai cita-cita dan impian yang besar, maka kita sebagai generasi muda perlu juga melabur dalam bidang pendidikan termasuk penguasaan ilmu dan kemahiran agar kita tidak keciciran atau tertinggal. Kita perlu sentiasa meningkatkan diri untuk berjaya. Bangsa Johor adalah bangsa yang rajin", kata YB Dato' Zulkurnain Hj Kamisan, EXCO Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor ketika sidang akhbar selepas merasmikan Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Majlis Belia negeri Johor 2015.

Seramai 8,000 orang belia di sasarkan untuk tempoh 2015-2016 dapat di persijilkan mengikut bidang masing-masing.

"Ini yang dikatakan kepimpinan melalui teladan. Kami barisan pemimpin perlu menunjukkan budaya pembelajaran sepanjang hayat sebelum diikuti oleh anak-anak buah belia di negeri ini. Cakap perlu serupa bikin dan bikin serupa cakap", kata Saudara Manndzri Hj Nasib, Presiden Majlis Belia Negeri Johor

MBNJ menerusi penjenamaan program induk kemahiran mereka KOMPETEN-BELIA JOHOR TERAMPIL telah mula melaksanakan Program Pengiktirafan Kemahiran dan Kerjaya (PPKK) yang khusus untuk belia di negeri ini yang tidak mempunyai apa-apa pengiktirafan persijilan tetapi mempunyai pengalaman kerja yang cukup bagi diiktiraf sebagai pekerja mahir.

Program ini mengambil konsep Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) manakala Sekretariat 1Belia 1Kemahiran-MBM dan Kolej Ibnu Hayyan merupakan penasihat dan rakan kerjasama bagi melaksanakan usaha murni ini.

"Faedah kepada belia yang menyertai program ini ialah berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri, penganugerahan Sijil hingga Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian) dan
dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya", kata Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia.

Menurut beliau lagi, pihak majikan atau industri pula akan meraih faedah dari segi peningkatan produktiviti dan prestasi syarikat, penjimatan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja dan meningkatkan imej syarikat. Faedah kepada ngara pula ialah mampu meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan, menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara, meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan dan dan menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara.

Belia di negeri Johor yang ingin mengikuti program ini boleh hubungi 012-7796343 (Sdr Azizan Mokmin) atau Rizan Hassan (013-7733676).

PENERANGAN MBM









Share this article :

+ ulasan + 1 ulasan

8 Disember 2015 11:07 PTG

Halo, nama saya Laima, saya adalah korban di tangan kreditur penipuan saya telah ditipu 27 juta, karena saya butuh modal besar dari 140 juta, saya hampir mati, tidak ada makanan untuk anak-anak saya, bisnis saya adalah hancur dalam proses saya kehilangan suami saya. Saya dan anak-anak saya tidak tahan lagi .all ini terjadi Januari 2015, tidak sampai saya bertemu seorang teman yang memperkenalkan saya kepada ibu ibu yang baik Alexandra yang akhirnya membantu saya mendapatkan mengamankan pinjaman di perusahaannya, ibu yang baik, saya ingin menggunakan kesempatan ini terima kasih dan Allah terus memberkati Anda, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberitahu semua orang Indonesia, bahwa ada banyak penipuan di luar sana, jika Anda membutuhkan pinjaman dan kontak pinjaman dijamin ibu yang baik Alexandra melalui email perusahaan. alexandraestherloanltdd@gmail.com
atau alexandraestherfastservice@cash4u.com,
Anda dapat menghubungi saya melalui email ini; laimajelena@gmail.com untuk setiap informasi yang Anda perlu tahu, silakan dia adalah satu-satunya orang yang jujur saya dapat memberitahu Anda.
Terima kasih

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger