print this page

NOTIS: PERUBAHAN LOKASI MINGGU BELIA BERKEMAHIRAN 2015 (NEGERI PERLIS)

Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran
Atas sebab teknikal dan permintaan pihak sekolah, berikut adalah perubahan lokasi program untuk perhatian dan tindakan pihak ILKA/ILKS.

23/02/15: SMK Kuala Perlis, Kuala Perlis
24/02/15: SMK Mata Ayer, Mukim Ngulang, Mata Ayer
25/02/15: SMK Padang Besar Utara, Padang Besar
26/02/15: SMK Arau, Arau 


Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang


Sebarang pertanyaan boleh hubungi SDR. RIZAN HASSAN (013-7733676)
Sebarang kesulitan amatlah dikesali. 
Terima kasih.
1 ulasan

MINGGU BELIA BERKEMAHIRAN 2015 (NEGERI PERLIS)


MINGGU BELIA BERKEMAHIRAN 2015 (NEGERI PERLIS)
~Pentingnya Belia Berpersatuan: Sifar Ponteng, Salahlaku Sifar 
~Ceramah Perkongsian Pengalaman 
~Taklimat Kursus-Kursus Kemahiran 
~Pameran 1Belia 1Kemahiran

MAKLUMAT PROGRAM 
23/02/15: SMK Kuala Perlis, Kuala Perlis
24/02/15: SMK Mata Ayer, Mukim Ngulang, Mata Ayer
25/02/15: SMK Padang Besar Utara, Padang Besar
26/02/15: SMK Arau, Arau 


Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
1 ulasan

MINGGU BELIA BERKEMAHIRAN 2015 (PERINGKAT NEGERI PERLIS)


Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran
Sekretariat 1Belia 1Kemahiran Majlis Belia Malaysia (1B1K-MBM) dengan rasa berbesar hati menjemput mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Latihan Kemahiran (ILK) untuk turut sama menjayakan MINGGU BELIA BERKEMAHIRAN 2015 (PERINGKAT NEGERI PERLIS).

Program ini mendapat kerjasama Majlis Belia Negeri Perlis (MBNP) dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.

Berikut adalah butiran program berkenaan:

Lokasi 1:
Tempat: SMK Dato' Ali Ahmad 
Tarikh & Masa: 23/02/15 | 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi 2:
Tempat: SMK Kuala Perlis 
Tarikh & Masa: 24/02/15 | 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi 3:
Tempat: SMK Padang Besar Utara
Tarikh & Masa: 25/02/15 | 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi 4: 
Tempat: SMK Mata Ayer  
Tarikh & Masa: 26/02/15 | 8.00 pagi - 2.00 petang

Pengisian:
1. Taklimat ringkas dari ILKA/S mengenai kursus yang ditawarkan
2. Pameran
3. Demo Kemahiran 

Kemudahan Yang Disediakan:
1. Meja
2. Kerusi
(Pameran di dalam dewan sekolah)

Pendaftaran & Pertanyaan, sila hubungi RIZAN HASSAN (013-7733676). Sekian terima kasih.



1 ulasan

PEMIMPIN BELIA JOHOR BAKAL DIANUGERAH SIJIL HINGGA DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA



PEMIMPIN BELIA JOHOR BAKAL DIANUGERAH SIJIL HINGGA DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA

15 Februari 2015
Golongan belia di Negeri Johor Darul Takzim diminta melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi membolehkan mereka bersaing menghadapi kehidupan lebih mencabar.

Sebagai menyahut seruan kerajaan ini, seramai 50 orang pemimpin Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dan juga Majlis Belia Daerah (MBD) dalam negeri ini bakal dianugerahkan Sijil hingga Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang Khidmat Komuniti.

"Sebagai sebuah negara yang mempunyai cita-cita dan impian yang besar, maka kita sebagai generasi muda perlu juga melabur dalam bidang pendidikan termasuk penguasaan ilmu dan kemahiran agar kita tidak keciciran atau tertinggal. Kita perlu sentiasa meningkatkan diri untuk berjaya. Bangsa Johor adalah bangsa yang rajin", kata YB Dato' Zulkurnain Hj Kamisan, EXCO Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor ketika sidang akhbar selepas merasmikan Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Majlis Belia negeri Johor 2015.

Seramai 8,000 orang belia di sasarkan untuk tempoh 2015-2016 dapat di persijilkan mengikut bidang masing-masing.

"Ini yang dikatakan kepimpinan melalui teladan. Kami barisan pemimpin perlu menunjukkan budaya pembelajaran sepanjang hayat sebelum diikuti oleh anak-anak buah belia di negeri ini. Cakap perlu serupa bikin dan bikin serupa cakap", kata Saudara Manndzri Hj Nasib, Presiden Majlis Belia Negeri Johor

MBNJ menerusi penjenamaan program induk kemahiran mereka KOMPETEN-BELIA JOHOR TERAMPIL telah mula melaksanakan Program Pengiktirafan Kemahiran dan Kerjaya (PPKK) yang khusus untuk belia di negeri ini yang tidak mempunyai apa-apa pengiktirafan persijilan tetapi mempunyai pengalaman kerja yang cukup bagi diiktiraf sebagai pekerja mahir.

Program ini mengambil konsep Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) manakala Sekretariat 1Belia 1Kemahiran-MBM dan Kolej Ibnu Hayyan merupakan penasihat dan rakan kerjasama bagi melaksanakan usaha murni ini.

"Faedah kepada belia yang menyertai program ini ialah berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri, penganugerahan Sijil hingga Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian) dan
dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya", kata Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia.

Menurut beliau lagi, pihak majikan atau industri pula akan meraih faedah dari segi peningkatan produktiviti dan prestasi syarikat, penjimatan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja dan meningkatkan imej syarikat. Faedah kepada ngara pula ialah mampu meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan, menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara, meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan dan dan menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara.

Belia di negeri Johor yang ingin mengikuti program ini boleh hubungi 012-7796343 (Sdr Azizan Mokmin) atau Rizan Hassan (013-7733676).

PENERANGAN MBM









1 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger