MBNJ SASAR LAHIR 8,000 PEMEGANG SIJIL KEMAHIRAN


31 Disember 2014
Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) menyedari pentingnya berperanan membantu  Kerajaan Negeri Johor dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir berkemahiran tinggi di negeri ini. Tidak terlepas pandang ialah belia tercicir yang memasuki alam pekerjaan berdasarkan kelayakan menengah sahaja di mana mereka ini wajar diberi peluang kedua untuk meningkatkan diri dalam Persijilan Kemahiran Malaysia, kata Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Saudara Manndzri Hj Nasib semasa merasmikan Pelancaran Program Pengiktirafan Kemahiran dan Kerjaya (PPKK) Belia Johor.

“MBNJ serius dan komited dalam hal pembangunan belia berkemahiran. Untuk itu, kita telah mewujudkan satu jenama belia berkemahiran di negeri ini iaitu KOMPETEN-Belia Johor Terampil yang akan kita gerakkan secara bersama dengan semua institusi latihan kemahiran awam dan swasta di negeri ini”.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluan oleh Saudara Mohammad Rizan Hassan, Ketua Sekretariat 1Belia 1Kemahiran Majlis Belia Malaysia menyatakan bahawa PPKK adalah inisiatif yang diambil menerusi program Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang terdapat di Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

“PPKK merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman kerja dan pencapaian terdahulu yang dimiliki. Mereka berpeluang di persijilkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga 3 atau Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia”, katanya.

MBNJ mensasarkan seramai 8,000 orang dapat dipersijilkan bermula 2015 hingga 2016 dan maklumat mengenai program ini boleh hubungi Saudara Azizan Mokmin (012-7796343) atau Rizan Hassan (013-7733676) atau layari www.mytevt.net























Share this article :

+ ulasan + 1 ulasan

8 Disember 2015 7:11 PG

Halo, nama saya Laima, saya adalah korban di tangan kreditur penipuan saya telah ditipu 27 juta, karena saya butuh modal besar dari 140 juta, saya hampir mati, tidak ada makanan untuk anak-anak saya, bisnis saya adalah hancur dalam proses saya kehilangan suami saya. Saya dan anak-anak saya tidak tahan lagi .all ini terjadi Januari 2015, tidak sampai saya bertemu seorang teman yang memperkenalkan saya kepada ibu ibu yang baik Alexandra yang akhirnya membantu saya mendapatkan mengamankan pinjaman di perusahaannya, ibu yang baik, saya ingin menggunakan kesempatan ini terima kasih dan Allah terus memberkati Anda, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberitahu semua orang Indonesia, bahwa ada banyak penipuan di luar sana, jika Anda membutuhkan pinjaman dan kontak pinjaman dijamin ibu yang baik Alexandra melalui email perusahaan. alexandraestherloanltdd@gmail.com
atau alexandraestherfastservice@cash4u.com,
Anda dapat menghubungi saya melalui email ini; laimajelena@gmail.com untuk setiap informasi yang Anda perlu tahu, silakan dia adalah satu-satunya orang yang jujur saya dapat memberitahu Anda.
Terima kasih

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1B1K - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger