print this page

BELIA BERKEMAHIRAN KE PENTAS DUNIA



29 Januari 2015
Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Sekretariat 1Belia 1Kemahiran MBM akan terus bertekad membantu kerajaan memperkasakan lagi pembentukan tenaga mahir berkemahiran tinggi di kalangan belia negara menerusi Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta yang sedia ada.

MBM percaya transformasi Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TEVT) kini semakin menampakkan hasilnya. Pada masa sama, MBM melihat adalah penting pengisian yang dilaksanakan di setiap institusi latihan serta kemahiran bagi menjamin tenaga mahir dihasilkan bermutu tinggi dan mampu mewujudkan kelainan dalam setiap bidang pasaran pekerjaan

Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2014 (MATEPM 2014) yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri semalam adalah suatu pengiktirafan yang tidak ternilai kepada semua pemenang. Pengiktirafan ini bukan sahaja dirasai oleh pemenang tetapi oleh seluruh warga kemahiran di negara ini.

Turut hadir pada majlis penganugerahan itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Majlis berjalan dengan penuh kemeriahan dan mengagumkan. Rata-rata hadirin teruja sepanjang majlis berlangsung.

” kami sentiasa cuba untuk melakukan gemparan semangat demi memacu kecemerlangan kemahiran”, memetik kata-kata Encik Nidzam Kamarulzaman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pembangunan Kemahiran.

ATEPM yang diperkenalkan sejak 1991 adalah anugerah tertinggi dalam pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan dan merupakan penghargaan kepada pelatih dan pekerja yang menonjolkan tahap kemahiran dalam bidang masing-masing.

Pertandingan  WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dianjurkan kepada belia atau pekerja mahir berumur 21 tahun ke bawah dalam 28 bidang kemahiran manakala pertandingan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) dibuka kepada pengajar dengan pengalaman kerja tidak kurang empat tahun dengan sebanyak 21 bidang kemahiran dipertandingkan dalam kategori berkenaan.

Penuntut kursus Pemasangan Elektrikal Muhamad Hafiz Rohani dan pengajar kursus Teknologi Automobil Mohd Khairul Azhar Mat Nasir, hari ini meraih Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (ATEPM) 2014.

Kini, fokus warga kemahiran tertumpu kepada penyertaan belia berkemahiran negara ini dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2015 di Sao Paulo, Brazil pada Ogos.


MBM  mendoakan kejayaan semua yang mewakili negara ke pertandingan itu nanti.  













2 ulasan

PROGRAM KHAS KEMAHIRAN UNTUK BELIA BUMIPUTERA


LATAR BELAKANG PROGRAM
Program Latihan Kemahiran kepada Golongan Belia Bumiputera adalah program inisiatif Kolej Teknologi MEA dengan peruntukan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) dalam mengarusperdanakan latihan kemahiran selain daripada memberi bantuan kewangan secara tajaan bagi mengikuti program latihan kemahiran. UPE adalah sebuah agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Pihak UPE bertindak selaku penaja bagi program ini dan telah memberi kepercayaan kepada Kolej Teknologi MEA menjadi antara Pusat Latihan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam menjayakan program ini. Kolej Teknologi MEA dipertanggungjawabkan oleh UPE untuk melatih golongan sasar ini meningkatkan kemahiran di dalam bidang Media Kreatif.


PENAJAAN DAN KAEDAH PEMBAYARAN
Semua pelajar yang lulus temuduga untuk mengikuti program ini, akan diberikan bantuan yuran pengajian dan sara diri berjumlah RM21,200.00 oleh UPE, Jababatan Perdana Menteri

i.                    Yuran Pengajian – RM14,000.00 (ditaja sepenuhnya)
ii.                  Elaun Sara Hidup sebanyak RM7,200 (RM400.00/bulan) dibayar secara bulanan sepanjang pengajian dan dibayar secara autopay terus ke akaun pelajar setelah yuran asrama dan pengangkutan ditolak.

SYARAT KELAYAKAN PELAJAR MENGIKUTI PROGRAM
Golongan sasar yang layak untuk mendapatkan bantuan penuh bagi mengkuti program ini adalah seperti berikut :-

i.                    Golongan yang datang pendapatan isi rumah dibawah RM5000
ii.                  Barasal dari keluarga miskin, Anak Yatim, Orang Asli dan Ibu Tunggal
iii.                Berumur tidak kurang daripada 18 hingga 25 tahun pada tarikh permohonan.
iv.               Mempunyai kelayakan minimum iaitu boleh menguasai 3M ( Membaca, Menulis, Mengira) atau tamat tingkatan 5.
v.                 Tidak mendapat tajaan dari mana-mana agensi lain.
vi.               Pelajar HARUS meminati mana-mana program yang akan diikuti.
vii.             Perlu mengikuti program ini sehingga tamat. Pelajar yang menarik diri tanpa kebenaran ATAU gagal akan diminta membayar gantirugi.

PROGRAM KEMAHIRAN YANG DITAWARKAN
Berikut adalah pilihan program yang boleh diikuti oleh calon-calon yang layak untuk Program Latihan Kemahiran kepada Belia Bumiputera ini:-



PROGRAM 1
Senireka Grafik - Tahap 2 & 3
Tempoh: 18 bulan

PROGRAM 2
Penerbitan Video/Filem (Penggambaran) - Tahap 2 & 3
Tempoh: 18 bulan

PROGRAM 3
Multimedia Animasi – Tahap 2 & 3
Tempoh: 18 bulan

TARIKH TUTUP DAN PERMULAAN KULIAH
Program ini akan dilaksanakan mengikut ketetapan tarikh seperti berikut:

Tarikh Tutup Permohonan         :        11 FEBRUARI 2015
Tempoh Temuduga                   :         09 FEBRUARI 2015 hingga 13 FEBRUARI 2015
Tarikh Kuliah Bermula               :       16 FEBRUARI 2015


PERTANYAAN: Hubungi Saudara ZAIRUDIN (013-3989022)
DAFTAR: Emailkan NAMA/ALAMAT/NO.TELEFON/PILIHAN KURSUS ke 03-7733676


1 ulasan

HEBAHAN: PELUANG LATIHAN KEMAHIRAN BELIA MALAYSIA



KLIK SINI UNTUK DAFTAR >> SINI <<


[POHON HEBAHAN]

Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia mempelawa golongan belia untuk mendapatkan latihan kemahiran menerusi kerjasama dengan 20 Institusi Latihan Kemahiran (ILK).

- Terbuka kepada warganegara Malaysia, semua bangsa.
- Bantuan pinjaman PTPK
- Gagal/Keputusan sederhana dalam PMR/PT3/SPM diberi peluang kedua
- Persijilan (Sijil / Diploma / DIploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) 

Pendaftaran Secara Online, klik: WWW.MYTEVT.NET 
Maklumat Lanjut:
Website: www.mytevt.net
FB Pages: www.facebook.com/1belia1kemahiran 
FB Group: www.facebook.com/groups/halatujukemahiran

JIKA TIDAK MAHIR DAFTAR ONLINE:
Hantar melalui SMS/Whatapps NAMA, ALAMAT, NO. KAD PENGENALAN, EMAIL, KURSUS YANG DIPOHON ke 013-7733676

Sebarang pertanyaan kirim ke alamat email MYTEVT@GMAIL.COM 

1 ulasan

MBM HANTAR 360 BELIA SOKONG MATEPM 2014



Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K-MBM) akan terus komited memberikan sokongan kepada kerajaan dalam usaha membangunkan tenaga mahir untuk keperluan industri negara. Soal pengiktirafan juga suatu perkara yang wajar diberikan kepada belia yang cemerlang dalam latihan termasuk yang mengharumkan nama negara.

Untuk itu, MBM akan menghantar seramai 360 orang belia sekitar Lembah Klang bagi menghadiri MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) 2014 yang akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 29 Januari 2015 ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Kesempatan ini, MBM mengucapkan tahniah kepada semua belia yang akan menerima anugerah berkenaan. Ini membuktikan bahawa trasformasi pendidikan teknikal dan vokasional (TEVT) yang kerajaan laksanakan ke arah 2020 mula menampakkan hasil yang memberi impak kepada pembangunan belia.







1 ulasan

PENGAMBILAN PELATIH KEMAHIRAN SESI JANUARI 2015



SHARE / POHON HEBAHAN
Bersama kita membantu golongan belia tercicir untuk mendapatkan peluang jalani latihan kemahiran. Peluang kedua ini untuk mereka bangkit dari masa lalu. Mereka yang gagal PMR/PT3/SPM atau sekadar mampu 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) boleh memohon.


Permohonan ONLINE: KLIK DISINI
atau taip seperti di bawah dan SMS 013-7733676

NAMA
ALAMAT
EMAIL
NO. TELEFON
KURSUS YANG DIPOHON
Kami bersedia membantu anda.
1 ulasan

BELIA BERKEMAHIRAN PRIHATIN MANGSA BANJIR


LAPORAN PENUH
BELIA PRIHATIN - MBM & KBS
Team SkilledYOUTH MBM
9 & 10 Januari 2015 
Lokasi: Kuala Telang, Kuala Lipis, Pahang
"Alhadulillah, syukur sangat-sangat pada Tuhan korang datang umah makcik, terang dah rumah makcik malam ni. Kalau tak terang pun tak pe, makcik dah cukup syukur dah ada dinding reput dan bumbung ni berbanding dengan yang kat Kelantan. Terima kasih lah bebanyak. Makcik tak dapat nak hidang air pun, ni makcik tengah cari duit2 syiling yang ada untuk budak sekolah nanti." kata seorang ibu tunggal sambil mengutip duit syiling yang bersalut lumpur.
Ungkapan TERIMA KASIH adalah kata-kata keramat atau tonik tenaga buat seorang sukarelawan. Menerima ucapan TERIMA KASIH juga seolah-olah menerima pingat darjah kebesaran dari pemerintah tertinggi sebuah negara.
Ungkapan TERIMA KASIH juga mengakhiri usaha pasukan kami dalam membawa semangat memberilah sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.
Kerja pembaikan pendawaian elektrik di Kuala Telang, Kuala Lipis bagi tempoh masa yang ditetapkan bukanlah suatu kejayaan tetapi suatu usaha melakukan yang terbaik untuk mesyarakat yang memerlukan. Berikut adalah hasil kerja baikpulih pendawaian elektrik sepanjang misi ini:
1. Balairaya Kg. Kuala Telang
2. Rumah Belia 4B
3. Balai Bina Insan Kg Kuala Telang
4. Masjid Ar Rahman
5. Surau Kg Kuala Telang
6. Klinik Desa Kg. Kuala Telang
7. Rumah Imam 1, Masjid Ar Rahman
8. 21 buah Rumah Awam Rosak Teruk
9. 10 buah Rumah Aam Rosak Ringan (Tidak melebihi 2 kerosakan)
10. 14 buah Rumah Awam (di angka rosak tetapi hanya perlu kerja perbersihan sahaja).















1 ulasan

MOU PEMBANGUNAN BELIA BERKEMAHIRAN


31 Disember 2014
Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) adalah inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM) akan terus diperkasakan lagi ke seluruh negara. Bagaimana pun, kaedah pendekatan pastinya berbeza-beza bersesuaian dengan faktor minat dan bakat belia setempat serta keperluan industri dan faktor demografi agar program ini terus mendapat sambutan, kata Ketua Sekretariat 1Belia 1Kemahiran Majlis Belia Malaysia, Saudara Mohammad Rizan Hassan.

“Di negeri Johor, Sekretariat 1B1K-MBM akan bekerjasama dengan Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) membangunkan KOMPETEN-Belia Johor Terampil yang mensasarkan seramai 8,000 orang belia Johor akan dipersijilkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam tempoh 2015 hingga 2016”, katanya lagi.

Bagi menjayakan usaha ini, dua memorandum persefahaman telah di tandatangani bagi memartabatkan pembangunan belia berkemahiran di negeri ini.

Memorandum pertama ialah antara Sekretariat 1B1K-MBM dengan Suria College of Hospitality yang memfokuskan kepada penyertaan belia dalam industri hospitaliti termasuk belia kelainan upaya (OKU).  Sekretariat 1B1K-MBM di wakili oleh Saudara Hasnul Hanif Harun selaku Exco Majlis Belia Malaysia manakala Suria College of Hospitality di wakili oleh Profesor Norani Sidek.

Memorandum kedua pula lebih terarah kepada usaha mensasarkan penyertaan 8,000 orang belia Johor dalam Program Pengiktirafan Kemahiran dan Kerjaya (PPKK) kerjasama antara Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dengan Ibnu Hayyan Education Group (IHEG). MBNJ di wakili oleh Saudara Mohd Nor bin Nari, Naib Presiden MBNJ manakala Puan Shirin Othman mewakili (IHEG).

Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Saudara Manndzri Hj Nasib, Profesor Dr. Ahmad Mohamad, Pengarah Eksekutif Suria College of Hospitality dan Saudara Mohammad Rizan Hassan, Ketua Sekretariat 1B1K-Majlis Belia Malaysia.


















1 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger