print this page

KEMASUKAN 2016 PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN


1Belia 1Kemahiran – bertujuan memberi ruang dan peluang kepada para belia dari kumpulan sasar di bawah untuk menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Kumpulan sasar berkenaan ialah:

a. Tercicir dari arus akademik
b. Keluarga berpendapatan rendah dalam dan luar bandar
c. Miskin tegar / miskin
d. Anak yatim / yatim piatu

KLIK BAWAH UNTUK DAFTAR


Layari www.mytevt.net atau 






1 ulasan

BELIA JANGAN PANDANG TVET KELAS KEDUA





5 November 2015; Kota Tinggi, Johor
Majlis Belia Malaysia (MBM) melahirkan keyakinan tinggi bahawa keseimbangan dalam menghasilkan tenaga mahir yang mencukupi dalam setiap sektor sangat penting kerana mampu memberi impak kepada produktiviti dan daya saing.

Oleh sebab itu, MBM berpandangan perlu ada penyelarasan usa­ha perancangan tersebut de­ngan disokong oleh kementerian dan agensi yang bertanggungjawab dalam sektor masing-ma­sing. Maka, penubuhan Jawatankuasa Kemahiran Industri  yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2016 tempohari dan diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah langkah bijak dan tepat dalam melonjakkan pembangunan belia berkemahiran di negara ini.

Sebagai NGO belia terbesar di Malaysia, MBM menerusi Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) akan terus menggerakkan usaha kesedaran di kalangan belia dan masyarakat agar mengubah stigma pemikiran mereka yang beranggapan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) adalah kelas kedua.

Terbaru, MBM dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) menganjurkan pameran KOMPETEN-Belia Johor Terampil 2015 bertempat di Kota Tinggi, Johor. Sebanyak 22 buah institusi latihan kemahiran dan 10 buah industri menyertai pameran ini yang dihadiri lebih 1000 orang pelajar sekolah menengah sekitar daerah ini.

MBNJ merupakan badan gabungan MBM yang begitu komited dalam menggerakkan usaha kesedaran dan kepentingan TVET di kalangan belia di negeri ini. KOMPETEN-Belia Johor Terampil adalah jenama yang diwujudkan di mana antara pengisiannya berbentuk pameran, ceramah, seminar, bengkel termasuk perlaksanaan pengiktirafan kemahiran terdahulu kepada pekerja industri yang tidak mempunyai apa-apa sijil kelayakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, YB Datuk Dr Adham Baba hadir secara santai beramah mesra dengan para pelajar dan mahukan lebih banyak maklumat tentang TVET di sebarkan melalui gerakan pertubuhan belia. Turut hadir ialah Saudara Manndzri Hj Nasib, Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dan Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco MBM.

Penyertaan industri dalam pameran ini juga sa­ngat penting dalam membantu menghasilkan tenaga kerja yang produktif. Ini bagi menggalakkan majikan khususnya sektor-sektor berimpak tinggi melatih pekerja secara berterusan untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran mereka.

Sehubungan itu, MBM bertekad membantu kerajaan dalam memperkasakan lagi pembentukan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi di institusi latihan kemahiran tempatan. Maka, lebih banyak kerjasama dengan institusi latihan awam dan swasta akan di wujudkan pada tahun 2016 nanti.

MBM juga akan terus menggalakkan para belia khususnya yang tergolong dalam B40 (Kumpulan Bawah 40 (B40) terdiri daripada kira-kira 11.7 juta atau 40% warganegara Malaysia yang hidup dengan pendapatan isi rumah di bawah RM 3,050 sebulan) untuk menilai dan menerima bidang teknikal dan vokasional sebagai peluang kerjaya yang menjamin masa depan dan menawarkan pendapatan lumayan.







































2 ulasan

PROGRAM 1B1K


Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran
Sekretariat 1Belia 1Kemahiran Majlis Belia Malaysia (1B1K-MBM) akan mengadakan Pameran TVET bersempena Karnival Keusahawanan& Kerjaya Tenggara seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 5 November 2015 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 5 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor

Golongan belia sekitar Kota Tinggi dan Kulai dijemput hadir beramai-ramai. Turut disediakan ialah Peluang Latihan Kemahiran, Bantuan Pinjaman Latihan Kemahiran, Peluang Kerjaya Berkemahiran dan Khidmat Nasihat Halatuju Lepas PT3 & SPM.
Golongan belia yang mempunyai kelayakan akademik yang rendah atau gagal juga berpeluang ditawarkan latihan kemahiran.

KEPADA INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN / PENGAJIAN TINGGI;
Institusi Latihan Kemahiran dan Institusi Pengajian Tinggi yang berminat untuk menyertai pameran boleh mengesahkan penyertaan kepada saya dengan segera melalui pesanan WhatsApp (013-7733676).

Terima kasih.


RIZAN HASSAN | KP MBM | 013 7733676 | www.rizanhassan.com / www.mytevt.net
5 ulasan

PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA 2015


Assalamualaikum
Majlis Belia Malaysia (MBM) menggalakkan para belia seluruh negara untuk sama-sama hadir menyaksikan PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA 2015 yang di adakan di beberapa lokasi (rujuk poster)

Bersempena pertandingan ini juga di adakan karnival kemahiran bagi memberi ruang dan peluang kepada golongan belia mendapatkan maklumat tepat mengenai latihan kemahiran di Malaysia.

Maklumat lanjut layari: www.dsd.gov.my atau www.skillsmalaysia.gov.my


PENERANGAN MBM
19 September 2015




12 ulasan

TAKLIMAT PELUANG LATIHAN KEMAHIRAN


1BELIA 1KEMAHIRAN MAJLIS BELIA MALAYSIA 
TAKLIMAT KEMASUKAN KURSUS KEMAHIRAN 
www.mytevt.net

TAKLIMAT 1
Tarikh: 21 September 2015 (Isnin)
Masa: 10 pagi
Tempat:
PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN PURE TECHNIC
No. 3673 Jalan RJ 6/6, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: No: 06-6339886 / 7618645
Fax No: 06-6338505 / 7671085
Email: sklaw80@hotmail.com, puretech@hotmail.com
Website: www.plkpt.edu.my
FB:
Senarai Kursus:
Plastic Injection Moulding
Teknologi Jaminan Kualiti (QA/QC)


TAKLIMAT 2
Tarikh: 21 September 2015 (Isnin)
Masa: 11 pagi
Tempat:
VETA COLLEGE
PT27737, Jalan 5/10, Seksyen 5, Bandar Rinching, 43500 Mukim Semenyih, Selangor
Tel No: 03-87241170 / 2170 / 3170 / 5170
Fax No: 03-87247170
Email: changaikming@gmail.com
Website: http://veta1malaysia.blogspot.com/
FB: www.facebook.com/pages/VETA-College/
Senarai Kursus:
Teknologi Automotif (Penyelenggaraan)
Pemesinan Am
Scaffolding
Teknologi Mekanikal (Kimpalan)


TAKLIMAT 3
Tarikh: 22 September 2015 (Selasa)
Masa: 11.00 pagi 
Tempat: 
KOLEJ TEKNOLOGI MEA
No. 21G Jalan Reko Sentral 2, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel No: 03-87395684 / 87395687
Fax No: 03-87395685
Email: college@meatech.edu.my, zairudin@meatech.edu.my
Website: www.meatech.edu.my
FB: www.facebook.com/meatech.titc
Senarai Kursus:
Teknologi Maklumat (Multimedia Kreatif)
Teknologi Maklumat (Senireka Grafik)
Video / Film Shooting Production


TAKLIMAT 4
Tarikh: 22 September 2015 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi 
Tempat: 
AKADEMI JARUM BERLIAN
Lot 10420, Batu 1 ½, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Teregganu
Tel No: 09-8582337
Fax No: 09-8581530
Email: norihan_berlian@yahoo.com
Website:
FB: www FACEBOOK.com/akademi jarumberlian.ajb
Senarai Kursus:
Jahitan


TAKLIMAT 5
Tarikh: 27 September 2015 (Ahad)
Masa: 10 pagi 
SURIA COLLEGE OF HOSPITALITY
Lot 2899 Jalan Tenteram. Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor
Tel No: 07-2212826 / 2827
Fax No: 07-221 2928
Email: info@suriacollege.edu.my, shahril@suriacollege.edu.my
Website: www.suriacollege.edu.my
FB: www.facebook.com/pages/Suria-College-of-Hospitality
Senarai Kursus:
Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan/Chef)
Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti)
Teknologi Hospitaliti (Pengemasan-Housekeeping)
Teknologi Hospitaliti (Sajian Makanan/Minuman)
Teknologi Hospitaliti (Kaunter Hadapan)


TAKLIMAT 6
Tarikh: 27 September 2015 (Ahad)
Masa: 10 pagi 
Alamat: 
AKADEMI KEMAHIRAN MINDA ISBAUK
Level 10, Suite 10-01, Brem Mall, Jalan Kepong, 52000 Kuala Lumpur
Tel No: 03-62577452 / 57 / 59
Fax No: 03-62577465
Email: vigneswari@isbauk.edu.my
Website: www.isbauk.edu.my
FB: www.facebook.com/pages/Isbauk-Thinking-Skills-Academy
Senarai Kursus:
Teknologi Maklumat (Pengurusan Pejabat)
Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer)
Teknologi Maklumat (Sistem Komputer)
Teknologi Maklumat (Multimedia – Animasi)


TAKLIMAT 7
Tarikh: 29 September 2015 (Selasa) 
Masa: 11 pagi
Tempat: 
AIMI ACADEMY
D-1-10 Setiawangsa Business Suite, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
Tel No: 03-42529566
Fax No: 03-42569566
Email: aimi@aimiacademy.com
Website: www.aimiacademy.com
FB: www.facebook.com/pages/AIMI-Academy
Senarai Kursus:
Teknologi Personal (Terapi Kecantikan)
Teknologi Personal (Perekaan Gaya Rambut)
Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Wanita)


TAKLIMAT 8
Tarikh: 29 September 2015 (Selasa) 
Masa: 10 pagi
Tempat: 
KOLEJ IVC
B-1-1 Sunway Business Park, Jalan Todak 4, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang
Tel No: 1700815571
Fax No: 04-3702616
Email: mohdnoor_ivc@yahoo.com / mhaironanuar@yahoo.com
Website: 
FB: 
Senarai Kursus:
Elektronik Industri (Peralatan)
Elektrik 
Oil & Gas-Piping Fabrication Operation
Oil & Gas-Jurugegas Gas
Electrical Plant Operation


TAKLIMAT 9
Tarikh: 30 September 2015 (Rabu)
Masa: 11 pagi
Tempat:
ASTONIANS COLLEGE OF SKILLS & TECHNOLOGY
Kompleks Pondok Antarabangsa, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, 16150Kota Bharu, Kelantan
Tel No: 09-7653652 / 09-7654047
Fax No: 09-7647389
Email: atsbkb_edu@yahoo.com
Website: www.astonians.com.my
FB: 
Senarai Kursus:
Teknologi Automotif (Penyelenggaraan)
Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Wanita)


PERHATIAN
Ibubapa/penjaga dan pemohon boleh hadir ke alamat Rakan Pusat Bertauliah 1B1K seperti yang dinyatakan di atas bagi kursus-kursus yang dipohon. Sila berurusan terus dengan pihak Rakan PB 1B1K untuk pendaftaran. Pastikan anda mendapat penerangan jelas mengenai kursus, tempoh latihan, pengiktirafan dan persijilan, pinjaman latihan kemahiran, penginapan dan peluang kerjaya.

Jika ada sebarang masalah atau keraguan boleh hubungi SEKRETARIAT 1B1K-MBM di talian 013-3630960 atau 013-7733676.

Terima kasih.
2 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger