SPM 2014: BERUSAHA DAN YAKIN HINGGA PENAMAT



PEPERIKSAAN SPM 2014
Seramai 455,839 orang calon akan menduduki peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang bermula esok.

Seorang kenalan saya bernama Pok Ji ada menyatakan bahawa Ibarat SPM ini ibarat pasport alam pekerjaan di Malaysia. Biar pun anda punya kemahiran membina sebuah kapal terbang sekali pun, tanpa SPM sukar bagi anda utk "survive" di negara ini. Bukan tidak boleh tapi sukar kerana  masyarakat di negara ini terlalu taksub menyembah SPM.

Saya akui akan kata-katanya. Ini kerana stigma masyarakat Malaysia masih tidak pernah mahu berubah kononnya kejayaan diukur apabila cemerlang di SPM dan layak ke universiti.

Sejarah dunia khususnya negara maju banyak membuktikan bahawa selain yang cemerlang dalam peperiksaan akademik, mereka yang mulanya gagal dalam aliran itu dan diberi peluang dalam latihan kemahiran mampu juga kompeten berdasarkan bakat dan potensi yang ada. Mereka menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap menjadi pekerja yang mahir. Untungnya juga kepada agama, bangsa dan negara itu sendiri.

Kepada adik-adik yang akan menduduki SPM 2014, tenanglah. Dunia belum berakhir jika anda mengangkat bendera putih awal-awal lagi. Teruskan perjuangan. Jawablah semampu yang boleh. Berusaha keras atas kemampuan sendiri. Dapatkan restu dan redha ibubapa dan guru. Berdoa dan berserah selepas tamat waktu menjawab. Jangan gusar dan gundah gulana. Hero sebenar ialah mereka yang bijak membuat keputusan yang tepat pada masa yang tepat.

Setiap orang akan melalui kejatuhan, hari yang buruk, dugaan dan cabaran. DAN yang menentukan siapa yang TERBAIK, adalah bagaimana dia kembali meningkat naik.

Istimewa buat adik-adik di Sekolah Henry Gurney Melaka dan di Taman Seri Puteri Cheras, keberanian kalian menduduki SPM sudah pun di anggap hero dan heroin kerana percaya ada sinar di hujung lorong yang gelap.

Selamat Menduduki SPM 2014. Tahniah.

RIZAN HASSAN
humanbeing
Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1B1K - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger