print this page

PERMOHONAN SESI DISEMBER 2014 / FEBRUARI 2015 DIBUKA


PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG

LULUS / GAGAL
PMR? PT3 ? SPM?
ANDA MASIH BERPELUANG BERJAYA
PILIHLAH LATIHAN KEMAHIRAN

Permohonan


1 ulasan

KERJASAMA MBM DENGAN PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA


[HEBAHAN SEKRETARIAT 1BELIA 1KEMAHIRAN MAJLIS BELIA MALAYSIA]

Assalamualaikum
Salam 1Belia 1Kemahiran
Sekretariat 1B1K-MBM mempelawa mana-mana PL Kemahiran untuk bersama-sama  dalam menawarkan kursus kemahiran buat para Belia Malaysia bermula Intake Disember 2014 hingga Februari 2015.

Jika ada yang berminat, sila emailkan kepada saya butiran berikut mengikut kursus yang di tawarkan:

1. Nama Kursus
2. Tahap Kursus
3. Tempoh Latihan
4. Baki Kuota Pinjaman PTPK
5. RM Pendaftaran
6. RM Asrama
7. RM Lain-lain
8. Tarikh Lapor Diri
9. Tarikh Mulai Latihan

MBM akan membantu dari segi pengambilan pelatih di kalangan rangkaian pertubuhan belia. Hebahan dan permohonan menyertai kursus akan dilakukan melalui online www.mytevt.net

Jika ingin bekerjasama, sila kirimkan maklumat di atas sebelum atau pada 3 DISEMBER 2014

Sekian terima kasih.
0 ulasan

SPM 2014: BERUSAHA DAN YAKIN HINGGA PENAMAT



PEPERIKSAAN SPM 2014
Seramai 455,839 orang calon akan menduduki peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang bermula esok.

Seorang kenalan saya bernama Pok Ji ada menyatakan bahawa Ibarat SPM ini ibarat pasport alam pekerjaan di Malaysia. Biar pun anda punya kemahiran membina sebuah kapal terbang sekali pun, tanpa SPM sukar bagi anda utk "survive" di negara ini. Bukan tidak boleh tapi sukar kerana  masyarakat di negara ini terlalu taksub menyembah SPM.

Saya akui akan kata-katanya. Ini kerana stigma masyarakat Malaysia masih tidak pernah mahu berubah kononnya kejayaan diukur apabila cemerlang di SPM dan layak ke universiti.

Sejarah dunia khususnya negara maju banyak membuktikan bahawa selain yang cemerlang dalam peperiksaan akademik, mereka yang mulanya gagal dalam aliran itu dan diberi peluang dalam latihan kemahiran mampu juga kompeten berdasarkan bakat dan potensi yang ada. Mereka menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap menjadi pekerja yang mahir. Untungnya juga kepada agama, bangsa dan negara itu sendiri.

Kepada adik-adik yang akan menduduki SPM 2014, tenanglah. Dunia belum berakhir jika anda mengangkat bendera putih awal-awal lagi. Teruskan perjuangan. Jawablah semampu yang boleh. Berusaha keras atas kemampuan sendiri. Dapatkan restu dan redha ibubapa dan guru. Berdoa dan berserah selepas tamat waktu menjawab. Jangan gusar dan gundah gulana. Hero sebenar ialah mereka yang bijak membuat keputusan yang tepat pada masa yang tepat.

Setiap orang akan melalui kejatuhan, hari yang buruk, dugaan dan cabaran. DAN yang menentukan siapa yang TERBAIK, adalah bagaimana dia kembali meningkat naik.

Istimewa buat adik-adik di Sekolah Henry Gurney Melaka dan di Taman Seri Puteri Cheras, keberanian kalian menduduki SPM sudah pun di anggap hero dan heroin kerana percaya ada sinar di hujung lorong yang gelap.

Selamat Menduduki SPM 2014. Tahniah.

RIZAN HASSAN
humanbeing
0 ulasan

BELIA BERKEMAHIRAN HARUMKAN MALAYSIA DI PENTAS ASEAN

YB Dato' Ismail Mutalib beramah mesra dengan sebahagian belia berkemahiran yang mengharumkan Malaysia di ASC 2014 Hanoi

2 November 2014
KEJAYAAN pasukan belia berkemahiran yang mewakili Malaysia menduduki tempat kedua di belakang tuan rumah, Vietnam dalam ASEAN Skills Competition (ASC) 2014 adalah kejayaan manis seluruh warga latihan kemahiran. Pertandingan berlangsung selama 10 hari bermula 19 Oktober lalu.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut berbangga dengan kejayaan mereka menggondol sembilan pingat emas, lima pingat perak dan empat pingat gangsa sekali gus mencatatkan pencapaian terbaik negara pada pertandingan itu.

“Tambah membanggakan, peserta dari Malaysia turut dinobatkan sebagai peserta Best of Nation pada edisi ke-10 Pertandingan ASC yang kali ini diadakan di Hanoi, Vietnam. Terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia di persada ASEAN,” katanya

Melihat kepada kejayaan ini, Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia berpandangan bahawa di negara telah berlakunya suatu peningkatan kualiti latihan pembangunan kemahiran oleh Institusi Latihan Kemahiran Awam/Swasta (ILKA/S) di mana mereka boleh mencapai kejayaan dengan berlakunya perubahan paradigma dan penerimaan kepada budaya pembelajaran sepanjang hayat yang disokong pula oleh kurikulum latihan kemahiran yang berkualiti.

Namun begitu, Sekretariat 1B1K-MBM melahirkan rasa kecewa kepada sesetengah masyarakat khususnya ibubapa yang masih mempunyai stigma lapuk bahawa latihan kemahiran adalah kelas kedua. Menyedari hakikat ini, beberapa usaha telah digerakkan dengan menumpukan kepada peningkatan kualiti latihan kemahiran dalam menyediakan sumber manusia yang dapat memenuhi keperluan industri. Kerajaan harus lebih banyak memperuntukan dana bagi pembentukan pembangunan belia berkemahiran dan juga kemudahan latihan yang bertaraf dunia.

Sekretariat 1B1K-MBM juga mendesak kerajaan agar pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada pemenang Pertandingan Kemahiran Malaysia atau ASEAN Skills Competition atau World Skills Competition dengan menawarkan biasiswa bagi melanjutkan latihan kemahiran di luar negara bagi memberi pendedahan dan pengalaman yang lebih luas.

Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada semua belia berkemahiran dalam negara ini. Ramai orang berkata, Bill Gates tidak belajar pun tetapi berjaya. Namun ramai orang lupa Bill Gates berusaha keras dalam kepakarannya, menyebabkan dia berjaya. Bukannya bermalasan dan beryoyang kaki semata-mata.

Tahniah di ucapkan kepada seluruh jentera pasukan Malaysia. Kalian HEBAT.

RIZAN HASSAN
Exco
Ketua Sekretariat 1Belia 1Kemahiran
Majlis Belia Malaysia

0 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger