print this page

MBM GALAK BELIA CEBURI INDUSTRI PERHOTELAN

Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran
Adalah dengan ini di maklumkan bahawa Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) MBM mempelawa golongan belia merebut peluang menjalani latihan kemahiran dan seterusnya diberi peluang pekerjaan dalam sektor Industri Perhotelan bidang Kedi Golf dan Sajian & Penyediaan Makanan Minuman (Perhotelan).

Program Bootcamp ini dikendalikan dan diiktiraf oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan. Bagi tujuan latihan dan peluang penempatan pekerjaan, industri yang bekerjasama dalam program ini ialah:

a. Nilai Springs Golf and Country Club; dan
b. Nilai Springs Resort Hotel

Semua pelatih akan menjalani latihan di INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN).


Dua (2) sesi temuduga akan diadakan pada ketetapan berikut:


Tarikh: 6 – 7 Ogos 2014

Masa: 9 pagi hingga 4 petang.
Tempat: Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.

Syarat Kemasukan:

a. Warganegara Malaysia
b. Umur18 hingga 25 tahun 
c. Lulus minima SPM

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Rizan Hassan (013-7733676)
Ketua Sekretariat 1B1K-MBM

Berikut adalah hebahan 'flyers' bagi kedua-dua bidang berkenaan.




BIDANG KEDI GOLF





BIDANG PENYAJIAN & PENYEDIAAN 
MAKANAN MINUMAN




1 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger