HEBAHAN: JELAJAH 1B1K-MBM @LENGGONG


Assalamualaikum
Salam 1Belia 1Malaysia

Majlis Belia Malaysia (MBM) mempelawa golongan belia untuk hadir dalam Pameran Jelajah 1Belia 1Kemahiran (1B1K) MBM yang akan di adakan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 12 April 2014 (Sabtu)
Masa: 8pagi hingga 1 petang
Tempat: Perkarangan Ared MARA Lenggong, 

Pameran ini mendapat kerjasama erat Majlis Belia Daerah Lenggong, Perak.

Pengisian kepada pameran Jelajah 1B1K-MBM:
1. Peluang latihan kemahiran kepada semua lepasan sekolah menengah. Mereka yang gagal PMR/SPM juga diberi peluang kedua mendapatkan latihan kemahiran.
2. Peluang latihan kemahiran kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) kepada belia yang sedang menganggur
3. Peluang latihan kemahiran kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada belia yang mempunyai pengalaman kerja tetapi tiada persijilan.
4. Bantuan pembiayaan pinjaman latihan kemahiran dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
5. Demonstrasi pelatih berkemahiran
6. Taklimat dan penerangan Persijilan Kemahiran Malaysia
7. Perkongsian pengalaman Ikon Kemahiran / Tokoh Belia Negara 

Hadirlah beramai-ramai. Sebar dan hebahkan peluang yang menanti anda. Bangkitlah menjadi modan insan berkemahiran untuk negara dan masa depan kita.

Maklumat juga boleh diperolehi dari:
www.mytevt.net
www.youthcharacter.net
www.facebook.com/1belia1kemahiran
www.facebook.com/malaysiantevt

Pertanyaan, hubungi RIZAN HASSAN (013-7733676).
Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1Belia 1Kemahiran - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger