13/04/14: JELAJAH 1B1K @KOTA TINGGI


Masyarakat perlu di dedahkan tentang peluang latihan kemahiran yang disediakan oleh kerajaan kepada semua lapisan masyarakat. Pendekatan masyarakat kepada kerajaan sudah tidak relevan. Kini kaedah turun padang dan mengadakan pameran di tempat awam dan terbuka adalah medan terbaik mendekati kumpulan sasar dalam usaha membantu rakyat.

Jelajah 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia berpeluang  mengadakan pameran di ruang legar Pasaraya KipMart Kota Tinggi hasil kerjasama erat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi dan KipMart.

Para pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat mengenai latihan kemahiran termasuk mendaftarkan diri menyertai latihan kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan. Sebanyak 12 penyedia latihan kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan kemahiran (JPK) mengambil bahagian dalam pameran ini.





Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1Belia 1Kemahiran - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger