08/04/14: PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN TENAGA PENGAJAR IKBN (PLASTIC INJECTION MOULDING)


Keperluan latihan dan pendidikan berterusan adalah kerana tekanan perubahan ekonomi, kemajuan teknologi dan persekitaran global menyebabkan berlakunya perubahan persekitaran di tempat kerja. Program Peningkatan Kemahiran adalah satu elemen kepada Pendidikan Sepanjang Hayat. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah kombinasi proses pembelajaran secara berterusan di mana seluruh individu dan minda melalui situasi yang berubah-ubah untuk menghasilkan perubahan berterusan seseorang.

Seramai 10 orang tenaga pengajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) telah dipilih untuk menyertai kursus Peningkatan Kemahiran Tenaga Pengajar Bidang Plastic Injection Moulding bertempat di kilang Yoshitec Precision engineering Sdn Bhd di Mantin, Negeri Sembilan

Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) dengan kerjasama Yoshitec Precision Engineering Sdn Bhd (YOSHITEC) mengambil inisiatif bersama menawarkan latihan peningkatan kemahiran buat tenaga pengajar di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dalam bidang Plastic Injection Moulding secara percuma sebagai komitmen sosial terhadap usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir untuk keperluan industri negara.

Program ini berbentuk latihan praktikal sebagai penambahbaikan kepada kemahiran tenaga pengajar di samping mempelajari teknologi baru bidang Plastic Injection Moulding yang sedang berkembang pesat. Dengan adanya latihan ini, proses perpindahan teknologi dan perpindahan pengetahuan akan terhasil secara terus dari pemain industri kepada institusi latihan kemahiran.

Yoshitec merupakan sebuah industri ”one-stop” bagi projek berasaskan ’precision plastic injection moulding’ seperti:
• plastic product design
• injection mould design
• die design and manufacture
• plastic injection moulding
• plastic product assembly and packaging

Kursus sepanjang dua hari ini sarat dengan pelbagai ilmu kemahiran yang boleh diterapkan kepada para pelajar di IKBN. Berikut adalah modul latihan berkenaan:



HARI-1
-Industrial Automation
-Plastic Material Engineering
-Mold Testing Technique
-Machine Repair and Services
-Plastics Precision and Thin Wall Moulding

HARI-2
A. 7 QC Tools
-Check Sheet and Control Chart
-Histogram
-Scatter Diagram
-Pereto Diagram
-Cause and Effct Diagram

B. CMM and Smart Scope (Theory and Practical)
-Principle of the measuring machine
-Tailoring the GEOPAK Enviroment
-Introduction of Calculation and Construction Functions
-Three Dimensional Element Measurement
-Introduction of Part programming and Presentation of Measurement Results





















Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1Belia 1Kemahiran - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger