02/04/14: KBS ANJURKAN BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS STRATEGIK RANCANGAN MALAYSIA KE SEBELAS (RMK 11)



Bengkel Penyediaan Kertas Strategik  Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK -11) Pembangunan Belia melibatkan 26 Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan telah diadakan  dari 2 hingga 3 April 2014 bertempat di Diamond Lounge, Aras 4 Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Putrajaya

Bengkel tersebut adalah bagi mendapatkan input dan pandangan dari pelbagai Kementerian, Agensi dan Badan Bukan Kerajaan dalam merangka  cadangan program Pembangunan Belia bagi RMK -11.

Dari sudut pandangan MBM, beberapa perkara pokok perlu di kekalkan dan diperkasakan iaitu soal kepimpinan, keusahawanan, ekonomi dan belia berkemahiran. Ruang dan peluang seluasnya harus ada dalam usaha memartabatkan pembangunan belia Malaysia

Hasil dapatan bengkel ini akan dikemukakan  kepada Unit Perancang Ekonomi, (EPU) Jabatan Perdana Menteri  untuk dimasukkan sebagai cadangan Program Pembangunan Belia RMK -11 bagi  tempoh lima tahun bermula pada tahun 2016 hingga 2020.






Share this article :

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger