print this page

30/04/14: INFO JELAJAH 1BSKN 1KEMAHIRAN (MINGGU 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bagi memudahkan perjalanan pihak Penyedia Latihan ke lokasi kem bagi pameran minggu ini bertarikh 3 & 4 Mei 2014, di bawah ini di sediakan peta lokasi dan alamat kem serta maklumat perhubungan:


Tarikh: 03/05/2014  |  Masa: 10 pagi hingga 2.00 petang
Kem PLKN Nasuha Ladang Rempah Ratus Herba, Pagoh
Batu 12, Jalan Muar-Pagoh,
84500
 Muar,

Johor
06-9737945


Tarikh: 03/05/2014  |  Masa: 10 pagi hingga 2.00 petang
Kem PLKN Sri Ledang, Tangkak
KM 27, Jalan Tangkak-Segamat,
85200
 Jementah,

Johor
07-9475935


Tarikh: 04/05/2014  | Masa: 10 pagi hingga 2.00 petang
Kem PLKN Lagenda Gunung Ledang Asahan, Asahan
Lot 504, KM 65,
Jalan Kolam Air, Asahan,
77100 Jasin
Melaka
06-5237370/06-5237371





Tarikh: 04/05/2014  | Masa: 10 pagi hingga 2.00 petang
Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin
Batu 8, Jalan Seremban - Mantin,
Mantin, Mukim Sentul,
71700 Seremban,
Negeri Sembilan
06-7586040/06-7586080



PERHATIAN

Untuk mendapatkan informasi lengkap tentang maklumat kem PLKN, anda boleh klik di sebelah:    
SINI - KEM PLKN
1 ulasan

16/04/14: TURUN PADANG-PERKONGSIAN PENGALAMAN @SMK TAMAN RINTING 2 (F5)


Kegagalan adalah perkara biasa yang semua orang pasti akan lalui dan tempuhi. Yang agak luar biasa ialah jika seseorang itu tidak mahu bangkit dari kegagalan kerana tanpa dia sedar dia sendiri telah meremehkan potensi diri mereka untuk berjaya.

Perkongsian pengalaman dari Saudara Rizan Hassan, Exco Majlis Belia Malaysia dalam sesi perkongsian beliau bersama para pelajar Tingkatan 5 di SMK Taman Rinting 2, Pasir Gudang memberi banyak inspirasi kepada yang hadir agar bangkit dan merebut peluang yang terhidang seluas-luasnya.










1 ulasan

15/04/14: TURUN PADANG-PERKONGSIAN PENGALAMAN @SMK TENANG STESEN, SEGAMAT


Perkongsian pengalaman yang dikendalikan oleh Saudara Rizan Hassan, Exco MBM menyentuh soal keyakinan diri kepada para pelajar SMK Tenang Stesen, Segamat. Ini penting bagi melonjakkan bakat dan potensi belia ke arah gaya hidup yang lebih cemerlang.

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.

Kebolehan kita mengatasi setiap halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri kita. Ini bermakna lebih yakin kita terhadap keupayaan diri sendiri serta masa hadapan kita, lebih terbukalah kejayaan untuk kita sebenarnya. 

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah. Fikirkan kita boleh atau fikirkan kita tidak boleh, kedua-duanya adalah betul. Fikirkan hal-hal yang hebat, dan kita akan menjadi hebat. Seperti kata Mahatma Gandhi: "Seseorang itu adalah produk dari pemikirannya. Dia akan menjadi dari apa yang dia fikir."












1 ulasan

14/04/14: TURUN PADANG-PERKONGSIAN PENGALAMAN @SMK TAMAN RINTING 2 (F3)


Golongan belia semuda 15 tahun perlu bersedia untuk belajar membuat pilihan halatuju masa depan tanpa berlengah lagi. Dengan segala bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan, golongan ini perlu cepat mengambil peluang dan tidak terbawa-bawa dengan sentimen kedaerah atau kenegerian jika memerlukan dia berhijrah ke tempat lain dalam menuntut ilmu kemahiran.

Ini ditegaskan oleh Saudara Rizan Hassan, Exco Majlis Belia Malaysia dalam sesi pertemuan beliau dengan pelajar Tingkatan 3 di SMK Taman Rinting 2 hari ini.

Sesi ini di hadiri oleh 95 orang pelajar pelbagai bangsa mendapat kerjasama dari Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya sekolah ini.












1 ulasan

13/04/14: TURUN PADANG-PERKONGSIAN PENGALAMAN @SMK (F) KAHANG TIMUR


Kejayaan tidak diukur apabila seseorang masuk ke universiti atau cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan harus di lihat apabila seseorang itu menggunakan bakat dan potensi dirinya untuk manfaat dirinya sendiri dan memberi pula kepada orang lain. Itulah harga kejayaan yang penuh keikhlasan.

Kata-kata azimat dari Saudara Rizan Hassan, Exco MBM mendapat perhatian para pelajar Tingkatan 5 dan 6 di SMK (F) Kahang Timur semasa sesi Perkongsian Pengalaman bersama beliau anjuran Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri.

Seramai 200 orang hadir termasuk para pelajar dari UTEM yang turut mengadakan Bakti Siswa di sini.
















1 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger