17/03/14: JELAJAH 1B1K @PERMAS JAYA


17 Mac 2014
Jelajah 1Belila 1Kemahiran (1B1K) di Permas Jaya mencatat sejarah tersendiri apabila YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor sudi  meluangkan masa "walkabout" di pameran ini untuk bersama para belia di kawasan Permas Jaya.

Kehadiran beliau juga turut memberi kejutan kepada para pengunjung pameran Jelajah 1B1K-MBM dan para peniaga serta orang ramai di pasar malam berhampiran pameran.

Jelajah 1B1K-MBM di Permas Jaya adalah anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Majlis Belia Daerah Johor Bahru. Turut hadir menjayakan program ini ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Tuan Haji Azman Jaafar dan Pengerusi MBD Johor Bahru, Saudara Alif Hj Rahim.

Sebanyak 16 pusat bertauliah kemahiran menyertai pameran ini dan seramai 450 orang pendaftaran diterima sepanjang pameran ini berlangsung dari petang hingga ke malam.





















Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1Belia 1Kemahiran - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger