10/03/14: KUNJUNG HORMAT KEPADA KETUA PENGARAH BHG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KBS

10 Mac 2014
Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi hubungan dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam konteks pembangunan belia berkemahiran.

Kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran KBS, Tuan Haji Saari Salleh membuka ruang dan peluang yang lebih luas untuk jalinan kerjasama demi masa depan belia berkemahiran.

Kunjungan ini membincangkan tentang persijilan kemahiran untuk para belia yang telah bekerja tetapi tidak mempunyai apa-apa sijil akademik/kemahiran. Juga di bincangkan ialah hal kemasukan pelajar ke IKBN, kursus peningkatan kemahiran untuk tenaga pengajar dan 'finishing school' kepada pelajar tahun akhir IKBN.

Turut hadir ialah Tuan Haji Zainuddin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran KBS







Share this article :

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger