09/03/14: SEKUNTUM ROS TANDA SOKONGAN, DOA DAN HARAPAN BUAT MH370


Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Malaysia.
Majlis Belia Malaysia (MBM) mewakili Belia Malaysia yang prihatin turut berduka dengan situasi yang berlaku.
MBM dengan ini menggerakkan seluruh badan gabungannya untuk mengadakan Solat Hajat bagi yang Muslim dan upacara keagamaan masing-masing bagi yang bukan Muslim.
MBM turut terpanggil untuk menzahirkan sokongan moral kepada keluarga penumpang MH370, kakitangan MAS dan Imigresen Malaysia juga para petugas mencari dan menyelamat.
Esok (Isnin) jam 12.30 tengahari Sukarekawan MBM akan berada di KLIA mengedarkan Sekuntum Ros kepada kakitangan MAS sebagai tanda kebersamaan golongan belia menghadapi rasa duka dan kerisauan melanda. 
Jika anda berkelapangan bolehlah bersama kami. Hubungi RIZAN HASSAN 0137733676.
Terima kasih.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1B1K - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger