print this page

HEBAHAN: JELAJAH 1B1K-MBM SABAK BERNAM


Assalamualaikum
Salam 1Belia 1Malaysia

Majlis Belia Malaysia (MBM) mempelawa golongan belia untuk hadir dalam Pameran Jelajah 1Belia 1Kemahiran (1B1K) MBM yang akan di adakan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 5 April 2014 (Sabtu)
Masa: 8pagi hingga 5 petang
Tempat: SMK Bedena, Sabak Bernam, Selangor

Pameran ini di adakan sempena Festival Belia Daerah Sabak Bernam 2014, anjuran Majlis Belia Daerah Sabak Bernam dan Pejabat Belia dan Sukan Sabak Bernam

Pengisian kepada pameran Jelajah 1B1K-MBM:
1. Peluang latihan kemahiran kepada semua lepasan sekolah menengah. Mereka yang gagal PMR/SPM juga diberi peluang kedua mendapatkan latihan kemahiran.
2. Peluang latihan kemahiran kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) kepada belia yang sedang menganggur
3. Peluang latihan kemahiran kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada belia yang mempunyai pengalaman kerja tetapi tiada persijilan.
4. Bantuan pembiayaan pinjaman latihan kemahiran dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
5. Demonstrasi pelatih berkemahiran
6. Taklimat dan penerangan Persijilan Kemahiran Malaysia
7. Perkongsian pengalaman Ikon Kemahiran / Tokoh Belia Negara

Hadirlah beramai-ramai. Sebar dan hebahkan peluang yang menanti anda. Bangkitlah menjadi modan insan berkemahiran untuk negara dan masa depan kita.

Maklumat juga boleh diperolehi dari:
www.mytevt.net
www.youthcharacter.net
www.facebook.com/1belia1kemahiran
www.facebook.com/malaysiantevt

Pertanyaan, hubungi RIZAN HASSAN (013-7733676). 







0 ulasan

MEDIA CETAK: JELAJAH 1B1K @PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU


0 ulasan

HEBAHAN: JEMPUTAN SESI DISKUSI KERJASAMA BELIA BERKEMAHIRAN (SESI 2)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca email ini. Kami dari Majlis Belia Malaysia (MBM), sebuah badan induk mewakili golongan belia di Malaysia yang berumur 15-40 tahun memandang serius hal pembangunan belia berkemahiran di negara kita. Sebagai NGO Belia terbesar di Malaysia, MBM turut tidak terkecuali membantu Kerajaan Malaysia dalam hal berkenaan.

Justeru itu, Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) MBM menjemput Pusat Bertauliah JPK bagi SELANGOR & KUALA LUMPUR  untuk hadir ke SESI DISKUSI KERJASAMA BELIA BERKEMAHIRAN seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 1 April 2014 (Selasa)
Masa: 2.30 petang 
Tempat: Wisma MBM, Majlis Belia Malaysia, No. 1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur  (www.belia.org.my)

Komitmen pihak anda untuk bersama MBM membangunkan belia dalam konteks latihan kemahiran amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.
0 ulasan

HEBAHAN: JEMPUTAN SESI DISKUSI KERJASAMA BELIA BERKEMAHIRAN (SESI 1)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca email ini. Kami dari Majlis Belia Malaysia (MBM), sebuah badan induk mewakili golongan belia di Malaysia yang berumur 15-40 tahun memandang serius hal pembangunan belia berkemahiran di negara kita. Sebagai NGO Belia terbesar di Malaysia, MBM turut tidak terkecuali membantu Kerajaan Malaysia dalam hal berkenaan.

Justeru itu, Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) MBM menjemput Pusat Bertauliah JPK bagi NEGERI KEDAH & PULAU PINANG untuk hadir ke SESI DISKUSI KERJASAMA BELIA BERKEMAHIRAN seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 1 April 2014 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Wisma MBM, Majlis Belia Malaysia, No. 1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur  (www.belia.org.my)

Komitmen pihak anda untuk bersama MBM membangunkan belia dalam konteks latihan kemahiran amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.
0 ulasan

18/03/14: JELAJAH 1B1K @SMK DESA CEMERLANG, JOHOR BAHRU


18 Mac 2014 
Pameran Jelajah 1Belia 1Kemahiran (1B1K) MBM singgah di SMK Desa Cemerlang, Johor Bahru. Sekolah yang mempunyai pelajar seramai hampir 2,000 orang ini terdiri daripada pelbagai kaum. majoritinya adalah berlatarbelakangkan pendapatan keluarga sederhana ke bawah.

Pameran ini mendapat kerjasama dari Unit Bimbingan Kanseling dan Kerjaya SMK Desa Cemerlang yang diketuai oleh Cikgu R. Setrarasu.

Sebanyak 10 pusat bertauliah kemahiran mengikuti pameran ini.









0 ulasan

17/03/14: JELAJAH 1B1K @PERMAS JAYA


17 Mac 2014
Jelajah 1Belila 1Kemahiran (1B1K) di Permas Jaya mencatat sejarah tersendiri apabila YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor sudi  meluangkan masa "walkabout" di pameran ini untuk bersama para belia di kawasan Permas Jaya.

Kehadiran beliau juga turut memberi kejutan kepada para pengunjung pameran Jelajah 1B1K-MBM dan para peniaga serta orang ramai di pasar malam berhampiran pameran.

Jelajah 1B1K-MBM di Permas Jaya adalah anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Majlis Belia Daerah Johor Bahru. Turut hadir menjayakan program ini ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Tuan Haji Azman Jaafar dan Pengerusi MBD Johor Bahru, Saudara Alif Hj Rahim.

Sebanyak 16 pusat bertauliah kemahiran menyertai pameran ini dan seramai 450 orang pendaftaran diterima sepanjang pameran ini berlangsung dari petang hingga ke malam.





















0 ulasan

17/03/14: JELAJAH 1B1K @SMK PASIR GUDANG 1


17 Mac 2014
Peluang menjalani latihan kemahiran perlu di terapkan ke dalam minda pelajar sekolah menengah termasuk ibubapa. Ini ditegaskan oleh kaunselor SMK Pasir Gudang 1 yang ditemui sewaktu Jelajah 1Belia 1Kemahiran singgah di sekolah berkenaan.

Sebanyak 10 buah Pusat Bertauliah JPK terlibat dalam jelajah ini. Seramai hampir 600 orang pelajar sekolah ini diberi penerangan secukupnya mengenai sistem Persijilan Kemahiran Malaysia termasuk kursus-kursus yang ditawarkan





.
0 ulasan

HEBAHAN: JELAJAH 1B1K PARLIMEN PASIR GUDANG


[POHON HEBAHAN BUAT BELIA PASIR GUDANG]

JELAJAH 1BELIA 1KEMAHIRAN - MAJLIS BELIA MALAYSIA

Tarikh: 16 Mac 2014
Masa: 5.00 petang hingga 10.00 malam
Tempat: Jalan Permas 1/6, Taman Permas Jaya, Johor Bahru  
Kerjasama: MBD Johor Bahru & Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang  


Golongan belia lepasan sekolah dan bekerja di galakkan hadir bagi mendapatkan maklumat dan peluang jalani latihan kemahiran di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia. Bantuan pinjaman menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran juga di sediakan.

Rebutlah peluang latihan percuma dan penempatan industri di bawah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

JOM DATANG RAMAI-RAMAI
BELIA BERKEMAHIRAN TANGAN EMAS NEGARA
0 ulasan

15/03/14: PERKONGSIAN PENGALAMAN DI MERSING, JOHOR


15 Mac 2014
Seramai 50 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 dari dua buah sekolah menengah di daerah Mersing ini telah hadir mengikuti Program Motivasi dan Inspirasi MEMBARA 2014 anjuran JASA Negeri Johor, Seranta Felda Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

Ceramah di sampaikan oleh Saudara Rizan Hassan, Exco Majlis Belia Malaysia.

Banyak yang disentuh oleh beliau khususnya mengajak golongan remaja bukan hanya tahu bersyukur tetapi menginsafi dengan apa yang ada di sekeliling diri dan sepanjang kehidupan.










0 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger