print this page

APA ITU SLDN?


APAKAH SLDN
SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ' Dual ' bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran, tempat kerja yang sebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui usahasama. Syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan.  


Jangka Masa
Jangka masa adalah berdasarkan kepada bidang dan Tahap Persijilan
Nisbah Amali- Teori
70 - 80 % Latihan amali di dalam situasi pekerjaan sebenar
30 - 20 % Kelas teori yang berkaitan di pusat latihan
Kaedah Penyampaian
Day Release System
- Contohnya latihan amali selama 4 hari di dalam
syarikat dan diikuti oleh satu hari kelas teori yang
berkaitan di pusat latihan.


Block Release System ( jika perlu )
- Contohnya 3-4 bulan latihan praktikal diikuti dengan
1-4 minggu kelas teori berkaitan.
Pelatih
Lepasan SPM dan/atau pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih 
dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan
pekerjaan selepas tamat latihan
Elaun Latihan
(Sekiranya latihan dijalankan dalam masa 2 tahun)
Semester 1 – RM 350.00 Sebulan
Semester 2 – RM 400.00 Sebulan
Semester 3 – RM 450.00 Sebulan
Semester 4 – RM 500.00 Sebulan
Penganugerahan Kelayakan
Sijil K-Pekerja, setaraf dengan SKM Tahap 3 atau DKM Kelayakan 
( Tahap 4 ) atau DLKM ( Tahap 5 ) yang diluluskan oleh JPK dan
pertubuhan majikan yang berkaitan.


FAEDAH SLDN
Insentif Kewangan
  • Mengurangkan kos pengambilan pekerja mahir dari segi latihan, penilaian, pengiklanan dan pemilihan.
  • Layak mendapat potongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 atau layak menuntut bayaran latihan daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (TPSM) untuk syarikat /majikan yang layak.
Peningkatan Kualiti Produktiviti
  • Meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang dilatih adalah mengikut keperluan di industri.
  • Meningkatkan produktiviti kerana pekerja yang mengikuti SLDN boleh memenuhi keperluan pekerjaan sepenuhnya.
  • Meningkatkan daya saeng kerana syarikat/ majikan dibekalkan dengan pekerja mahir yang releven dan mencukupi.
  • Meningkatkan penggunaan teknologi baru yang lebih efisen kerana perantis SLDN diberi pendedahan kepada pelbagai teknologi terkini semasa proses pembelajaran.
Pembangunan Human Capacity
  • Meningkatkan kualiti kerana latihan yang dijalani sepanjang tempoh yang ditetapkan berdasarkan kepelbagaian proses kerja industri.
  • Memberi kesan positif dari segi prestasi pekerja dan kepuasan pekerja.
  • Meningkatkan imej syarikat/ majikan sebagai pengeluar K-Pekerja bagi melaksanakan tanggungjawab sosial negara.
  • Membantu mewujudkan satu mekanisma tambahan bagi tujuan kenaikan pangkat dan meningkatkan kemahiran pekerja sediada.
  • Memberi peluang kepada pekerja mahir sediada di industri didedahkan dengan ilmu dan kemahiran kejurulatihan.

FAEDAH SLDN KEPADA PERANTIS (PELATIH)
Elaun
  • Perantis layak menerima elaun bulanan minumum oleh pihak syarikat/ majikan bagi sepanjang tempoh latihan seperti berikut
Semesta
Elaun Minimum Sebulan
Pertama
RM 350
Kedua
RM 400
Ketiga
RM 450
Keempat
RM 500
Persijilan
  • Setelah menjalani kursus selama 2 tahun perantis akan dianugerahkan sijil k-Pekerja SLDN (sama taraf dengan SKM tahap 3) yang diperakui oleh MLVK dan industri yang berkaitan

Pembangunan Kerjaya
  • Perantis yang berjaya menamatkan kursus selama 2 tahun berpeluang mengikuti peningkatan kerjaya seperti berikut :
a. Layak mengikuti program DKM.
b. Pengajar di industri institut latihan.
c. Bekerja sendiri.
d. Peluang kenaikan pangkat.
0 ulasan

17/02/14: TAKLIMAT SLDN KHAS 2014



Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Malaysia
Sekretariat 1Belia 1Malaysia mengucapkan tahniah di atas kesungguhan saudara/saudari untuk merebut peluang menjalani latihan kemahiran di bawah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Majlis Belia Malaysia (MBM) hanya berperanan membantu saudara/saudari mendapatkan peluang berkenaan.

SLDN adalah inisiatif kerajaan membantu golongan belia yang memilih latihan kemahiran berkonsepkan perantisan di mana ianya melibatkan pihak industri dan penyedia latihan yang dilantik.

Satu sesi taklimat/temuduga/pendaftaran akan di adakan seperti ketetapan di bawah. Saudara/saudari bersama ibubapa/penjaga dijemput hadir sebelum melaporkan diri ke pusat latihan yang akan di tetapkan kemudian. Berikut adalah info sesi berkenaan:

Tarikh: 20/02/2014 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Majlis Belia Malaysia, Wisma MBM, No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur

Untuk mengetahui lebih jelas lokasi berkenaan, sila layari www.mytevt.net atau www.belia.org.my



Sebarang pertanyaan, hubungi SAUDARA RIZAN HASSAN (0137733676).


Terima kasih.
1 ulasan

HEBAHAN: JELAJAH 1B1K (PADANG BESAR & KUALA PERLIS)


[POHON HEBAHAN BUAT BELIA NEGERI PERLIS]

JELAJAH 1BELIA 1KEMAHIRAN - MAJLIS BELIA MALAYSIA

LOKASI SATU
Tarikh: 23 Februari 2014
Masa: 2.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara, Padang Besar, Perlis
Kerjasama: Majlis Belia Negeri Perlis

LOKASI DUA
Tarikh: 23 Februari 2014
Masa: 8.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kuala Perlis, Perlis
Kerjasama: Majlis Belia Negeri Perlis

Golongan belia lepasan sekolah dan bekerja di galakkan hadir bagi mendapatkan maklumat dan peluang jalani latihan kemahiran di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia. Bantuan pinjaman menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran juga di sediakan.

Rebutlah peluang latihan percuma dan penempatan industri di bawah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

JOM DATANG RAMAI-RAMAI
BELIA BERKEMAHIRAN TANGAN EMAS NEGARA
0 ulasan

HEBAHAN: JELAJAH 1B1K (KUALA NERANG)


[POHON HEBAHAN BUAT BELIA NEGERI KEDAH]

JELAJAH 1BELIA 1KEMAHIRAN - MAJLIS BELIA MALAYSIA
Tarikh: 22 Februari 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 2 petang
Tempat: Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, Kedah 
Kerjasama: Majlis Belia Negeri Kedah

Golongan belia lepasan sekolah dan bekerja di galakkan hadir bagi mendapatkan maklumat dan peluang jalani latihan kemahiran di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia. Bantuan pinjaman menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran juga di sediakan.

Rebutlah peluang latihan percuma dan penempatan industri di bawah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

JOM DATANG RAMAI-RAMAI
BELIA BERKEMAHIRAN TANGAN EMAS NEGARA
0 ulasan

15/02/14: JELAJAH 1BELIA 1KEMAHIRAN (FELDA SG. SIBOL, KOTA TINGGI)


15 Februari 2014

Lebih 200 permohonan diterima untuk menyertai kursus-kursus kemahiran yang di tawarkan di bawah Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia semasa jelajah program ini yang di adakan di Felda Sg. Sibol, Kota Tinggi, Johor.

Program ini adalah anjuran bersama antara MBM dengan UMNO Bahagian Tenggara dan semua sayap parti berkenaan. Program di sempurnakan oleh YB Datuk Dr Adham Baba, Ketua UMNO Bahagian Tenggara merangkap Adun Pasir Raja yang juga Pengerusi UniKL. Turut hadir ialah Sdr Manndzri Hj Nasib, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia.

Untuk jelajah kali ini, sebanyak 8 buah penyedia latihan kemahiran menyertainya iaitu:
a. Gemilang Motor Academy
b. Pusat Latihan Pure Technic
c. Septronic Skills Training Centre
d. Imperia Academy
e. SG Academy
g. AcelSkills Institute
h. Butter & Olive Academy
i. Enter Corridor Training Centre











0 ulasan

04/02/14: PERTEMUAN MBM DENGAN KP JLKN DAN PENGERUSI BSKN


4 Februari 2014
Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah Majlis Belia Malaysia menerima jemputan khas dari Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) untuk bertemu dengan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg Dato' Haji Abd Hadi Awang Kechil di pejabatnya hari ini.

Perbincangan selama 2 jam banyak menyentuh tentang soal kerjasama pembangunan bakat kepimpinan di kalangan alumni PLKN, perpaduan di kalangan belia dan juga peluang latihan kemahiran di bawah Program 1B1K khusus untuk pelatih yang dikenalpasti lemah akademik.

Delegasi MBM di wakili oleh Saudara Ahmad Saparudin (Penolong Setiausaha Agung MBM), Saudara Khairul Annuar Mansor (Pen. Bendahari MBM), Saudara Mohamad Rizan Hassan (Exco MBM) dan Sdr Herry Ezal (Sukarelawan 1B1K). Turut hadir ialah Pengerusi BSKN, Saudara Mohd Syafik.


0 ulasan

02/02/14: JELAJAH 1BELIA KEMAHIRAN (MELAKA)


2 Februari 2014
Jelajah 1Belia 1Kemahiran Peringkat Melaka anjuran bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) berjalan dengan jayanya dan mendapat perhatian ramai golongan belia di negeri. 

Pameran ini di adakan bersempena dengan Pelancaran MY Buskers Corner Melaka di sempurnakan oleh YB Datuk Rahman Dahlan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan turut di hadiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Ir Hj Idris Haron.

Sebanyak 10 buah penyedia latihan kemahiran di bawah Program 1Belia 1Kemahiran (B1K) terlibat dalam pameran ini yang menyediakan pelbagai kursus Persijilan Kemahiran Malaysia buat golongan belia lepasan sekolah menengah dan belia bekerja bagi meningkatkan tahap kemahiran mereka. Turut di promosikan ialah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang memberi manfaat latihan kemahiran percuma dan penempatan pekerjaan kepada belia di negeri ini.

Penyedia Latihan yang terlibat ialah Gemilang Motor Academy, Pusat Latihan Pure Technic, Intra International Skills Academy, Septronic Skills Training Centre, Sunrise Institute, SG Academy, AccelSkills Training Centre, Butter and Olive Academy, Enter Corridor Training Centre dan Imperia Academy.





























0 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger