7/1/14: PERTEMUAN PEMIMPIN BELIA DENGAN YB MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


7 JANUARI 2014
Kesemua barisan kepimpinan tertinggi NGO Belia peringkat kebangsaan hadir dalam suatu pertemuan dengan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Encik Khairy Jamaludin bertempat di Menara KBS.

Pertemuan ini sebagai suatu usaha berterusan untuk membincangkan dan mencari jalan dan kata sepakat dalam menyelesaikan pelbagai isu dan kemelut serta cadangan penambahbaikan pembangunan belia di Malaysia.

Kesempatan ini juga Sekretariat 1B1K memberi cadangan bahawa sesuatu harus di lakukan kepada lepasan sekolah menengah yang tamat SPM 2013 dimana tempoh menunggu kemasukan ke IPTA agak terlalu lama pada bulan Julai/Ogos setiap tahun. Ini memungkin pelbagai permasalahan sosial berlaku dan juga mengakibatkan mereka menjadi tidak proaktif. Di cadangkan bagi mengisi masa tersebut, aktiviti seperti PJKN atau lattihan kemahiran yang bersesuaian diberikan kepada mereka.








Share this article :

+ ulasan + 1 ulasan

20 Januari 2014 12:41 PG

"Sekretariat 1B1K memberi cadangan bahawa sesuatu harus di lakukan kepada lepasan sekolah menengah yang tamat SPM 2013 dimana tempoh menunggu kemasukan ke IPTA agak terlalu lama pada bulan Julai/Ogos setiap tahun. Ini memungkin pelbagai permasalahan sosial berlaku dan juga mengakibatkan mereka menjadi tidak proaktif. Di cadangkan bagi mengisi masa tersebut, aktiviti seperti PJKN atau lattihan kemahiran yang bersesuaian diberikan kepada mereka." Saya sokong statement ini, bagaimanapun penggunaan agensi2 kerajaan tidak pada tahap optimum. Banyak institusi latihan yang masih boleh mengambil peranan melatih dan memberikan latihan kemahiran kepada belia2 ini termasuklah asas2 kemahiran insaniah, kemahiran asas perniagaan, dan aktiviti kemasyarakatan yang mampu meningkatkan kesedaran belia mengenai tanggungjawab terhadap masyarakat.

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1Belia 1Kemahiran - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger