29/01/14: MBM DAN MBS BINA HUBUNGAN DENGAN YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR


29 Januari 2014
Barisan kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah Majlis Belia Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) di Shah Alam yang bertujuan menjalinkan hubungan erat dalam konteks pembangunan belia di negeri Selangor.

Delegasi ini diketuai oleh Saudara Mohamad Rizan Hassan, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah MBM di sambut mesra oleh Puan Aminah Abd. Rahim, Pengarah Eksekutif YRMS. Turut serta dalam delegasi ialah Tuan Ahmad Zakir Hj Abd Rahman, Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor merangkap Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Selangor.


YRMS telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, semasa Baginda masih lagi Raja Muda Selangor.


Yayasan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu kaum belia, khususnya anak-anak muda yang serba kekurangan untuk memperkembangkan potensi mereka dalam mana-mana bidang, seperti bidang seni lukis, seni kraf dan rekaan, seni muzik, seni masakan dan hidangan, serta bidang-bidang lain yang sukar bagi mereka mendapatkan bantuan kewangan.

Melihat kepada usaha YRMS terlibat dalam pembangunan belia, MBM amat berterima kasih dan mengalu-alukan usaha tersebut dan berkeyakinan tinggi bahawa bantuan yang dihulur melalui projek-projek yang di usahakan boleh membantu para belia memperkembangkan bakat yang terpendam.

MBM turut mencadangkan agar lebih banyak Projek-projek yang menekankan penglibatan anak-anak muda secara berperantis dan di bawah tunjuk-ajar seorang mentor.

MBM berpandangan apabila melihat keadaan dunia yang kompleks, isu kritikal adalah dalam memupuk belia hari ini untuk membina kepercayaan, keyakinan, keperibadian serta kemahiran yang cekap.

MBM yakin peranan ini turut di mainkan secara bersama oleh YRMS. Seiring ke arah itu, kedua-dua pihak memainkan peranan penting dalam membina beberapa program dan latihan bagi membantu bakat muda dari golongan usia 18 hingga 29 tahun. Kerjasama yang terbina kini akan terus diperkukuhkan dari masa ke semasa.








Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger