16/12/13: MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA 2/2013

16 Disember 2013
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Siri 2/2013 menyaksikan suara keresahan belia dengan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Begitu juga dengan pelbagai isu yang mengekang pembangunan belia.

Seperti biasa, bersesuaian dengan peranan yang diberikan, Saudara Hasnul Hanif Harun (Pengerusi) dan Saudara Mohammad Rizan Hassan (Timb. Pengerusi) bersuara lantang membangkitkan isu pembangunan belia berkemahiran, pembiayaan dana latihan kemahiran, pengiktirafan dan stigma masyarakat terhadap belia berkemahiran di samping membawa isu jenayah, kehilangan jati diri dan banyak lagi.

MPBN di pengerusikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan di hadiri oleh semua pegawai kanan KBS dan wakil dari semua kementerian, jabatan dan agensi.






Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger