print this page

29/01/14: BANDUAN MUDA TERUS DIDEKATI



29 Januari 2014
Jumlah permohonan daripada banduan untuk mendapatkan parol telah meningkat sepanjang tahun lalu. Peningkatan jumlah permohonan ini menunjukkan banduan berminat untuk mengikuti program itu bagi membolehkan mereka kembali memulakankehidupan dalam masyarakat.

Satu perbincangan merancangan program 2014 telah di adakan di Pejabat Parol Negeri Kuala Lumpur yang dipengerusi oleh PP Saidun Osman, Pengarah Pejabat Parol Negeri KL. MBM di wakili oleh Saudara Mohammad Rizan Hassan, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah MBM.

MBM berpandangan ianya sesuatu yang menggembirakan kerana mendapat sambutan menggalakkan daripada syarikat dan majikan yang bersama dengan Jabatan Penjara, untuk memberi peluang untuk menerima mereka dalam kelompok masyarakat

MBM menerusi Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadahnya kini bersama Pejabat Parol Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyusun pelbagai program berbentuk latihan, kerohanian, kesukarelaan dan kemasyarakatan kepada Orang DI Parol (ODP) dan Perintah Kehadiran Wajib (PKW).

MBM turut mengalu-alukan mana-mana NGO lain untuk turut sama dalam kerjasama ini agar golongan bekas banduan dapat kembali ke pangkuan masyarakat dengan lebih sempurna. 

Diharapkan mereka akan dapat menjalani kehidupan yang normal dan tidak lagi kembali kepada cara hidup lama mereka. Justeru kesedaran dan sokongan padu masyarakat amat diharapkan bagi memudahkan proses penyesuaian mereka dengan masyarakat.




1 ulasan

29/01/14: MBM DAN MBS BINA HUBUNGAN DENGAN YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR


29 Januari 2014
Barisan kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah Majlis Belia Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) di Shah Alam yang bertujuan menjalinkan hubungan erat dalam konteks pembangunan belia di negeri Selangor.

Delegasi ini diketuai oleh Saudara Mohamad Rizan Hassan, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah MBM di sambut mesra oleh Puan Aminah Abd. Rahim, Pengarah Eksekutif YRMS. Turut serta dalam delegasi ialah Tuan Ahmad Zakir Hj Abd Rahman, Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor merangkap Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Selangor.


YRMS telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, semasa Baginda masih lagi Raja Muda Selangor.


Yayasan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu kaum belia, khususnya anak-anak muda yang serba kekurangan untuk memperkembangkan potensi mereka dalam mana-mana bidang, seperti bidang seni lukis, seni kraf dan rekaan, seni muzik, seni masakan dan hidangan, serta bidang-bidang lain yang sukar bagi mereka mendapatkan bantuan kewangan.

Melihat kepada usaha YRMS terlibat dalam pembangunan belia, MBM amat berterima kasih dan mengalu-alukan usaha tersebut dan berkeyakinan tinggi bahawa bantuan yang dihulur melalui projek-projek yang di usahakan boleh membantu para belia memperkembangkan bakat yang terpendam.

MBM turut mencadangkan agar lebih banyak Projek-projek yang menekankan penglibatan anak-anak muda secara berperantis dan di bawah tunjuk-ajar seorang mentor.

MBM berpandangan apabila melihat keadaan dunia yang kompleks, isu kritikal adalah dalam memupuk belia hari ini untuk membina kepercayaan, keyakinan, keperibadian serta kemahiran yang cekap.

MBM yakin peranan ini turut di mainkan secara bersama oleh YRMS. Seiring ke arah itu, kedua-dua pihak memainkan peranan penting dalam membina beberapa program dan latihan bagi membantu bakat muda dari golongan usia 18 hingga 29 tahun. Kerjasama yang terbina kini akan terus diperkukuhkan dari masa ke semasa.








0 ulasan

27/01/14: KUNJUNGAN HORMAT KE PTPK



27 Januari 2014
MBM sentiasa bertindak untuk kebenaran dan keadilan dalam konteks pembangunan belia. Sebagai sebuah badan induk pertubuhan belia di Malaysia, segala isu yang meresahkan golongan belia bukan hanya didengari tetapi disusuli dengan proses advokasi dengan pihak berkaitan agar permasalahan tersebut di fahami dan tindakan penyelesaian dapat diambil.

Isu belia berkemahiran telah di bawa ke Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan juga Mesyuarat Agung Tahunan MBM pada tahun lalu. Maka satu kunjungan hormat telah di aturkan dengan pihak Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi mendapatkan penjelasan dan gambaran senario yang sedang berlaku untuk tahun 2014 dan 2015 nanti.

Berikut adalah beberapa intipati perbincangan yang dapat dikongsikan bersama termasuk tindakan yang akan di ambil dalam menangani isu yan telah di bawa:-

1.                  Dalam Bajet 2014 yang diumumkan tahun lalu, kerajaan menyediakan dana untuk pinjaman latihan kemahiran RM330 juta di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Kementerian Sumber Manusia.

2.                  Menerusi peruntukan berkenaan, sebanyak RM270 juta sahaja di peruntukkan kepada belia lepasan sekolah menengah manakala bakinya disalurkan kepada program-program pembangunan kemahiran yang lain seperti WTTP, INSEP dan peningkatan pekerja. WTTP dan INSEP adalah dalam bentuk geran latihan.

3.                  PTPK mengakui bahawa peruntukan yang diterima untuk membantu para belia mengikuti latihan kemahiran adalah tidak mencukupi.

4.                  Dapatan maklumbalas keperluan peruntukan Penyedia Latihan melatih para belia berdasarkan kemudahan yang ada ialah sebanyak RM 980 juta, namun kerajaan hanya memperuntukkan RM 330 juta yang juga perlu dikongsi dengan program lain.

5.                  PTPK sedaya upaya cuba memenuhi keperluan Penyedia Latihan dengan menggunakan dana’reserve’ yang ada tetapi kaedah tersebut tidak boleh amalkan berterusan. Pendekatan memberi kuota adalah yang terbaik bagi memberi peluang mepada Penyedia Latihan untuk terus beroperasi dan menawarkan latihan kepada para belia.

6.                  Penilaian menerusi sistem ‘star rating’ digunapakai oleh PTPK bagi memastikan agihan kuota yang adil.

7.                  MBM menyatakan bahawa akan terus konsisten memperjuangkan nasib dan masa depan belia berkemahiran yang dilihat penting dalam konteks pembangunan negara maju.

8.                  Melihat kepada budaya belia berkemahiran di Malaysia yang agak tidak agresif dalam menyuarakan pandangan, MBM akhirnya mengambil peranan tersebut dalam memastikan hak dan keadilan yang sama dinikmati oleh golongan ini seperti rakan seusia di dalam aliran akademik.

9.                  MBM perlu dilihat tidak memperjuangkan masa depan Penyedia Latihan kerana peranan itu dimainkan oleh persatuan Penyedia Latihan sebaliknya MBM perlu dilihat sebagai badan yang membela nasib beia berkemahiran di Malaysia.

10.             Bagi merintis pelan tindakan segera, MBM bersetuju dengan tawaran PTPK untuk meletakkan MBM sebagai badan yang mewakili belia di dalam beberapa jawatankuasa yang telah di bentuk di dalam PTPK yang di bawah kuasa Lembaga Pengarah PTPK. Dengan itu, MBM perlu menyediakan seorang wakil bagi menanggotai beberapa jawatankuasa yang akan dimaklumkan nanti.

11.             Pembangunan belia di industri (belia sedang bekerja) juga disentuh dan di fahamkan PTPK turut menyediakan kemudahan pinjaman latihan kemahiran buat para belia mengikuti kursus kemahiran dan profesional yang diiktiraf.


PTPK diketuai oleh Saudara Mohd Fathullah Mustafa, Pengurus Besar PTPK manakala MBM diketuai oleh Saudara Ahmad Saparuddin, Penolong Setiausaha Agung MBM. Turut hadir ialah barisan pegawai kanan PTPK dan Exco MBM iaitu Saudara Hasnul Hanif Harun dan Saudara Mohammad Rizan Hassan. 











1 ulasan

23/01/14: MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI


Pembangunan latihan kemahiran di Malaysia semakin mendapat tempat di hati generasi muda. Kesedaran ini membawa pemahaman bahawa latihan kemahiran bukan kelas kedua tetapi perlu di arusperdanakan setaraf dengan pendidikan tinggi akademik.

Kehadiran Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee ke Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) di MAEPS Serdang, Selangor adalah satu tanda sokongan kepimpinan belia terhadap belia berkemahiran.

Semua pemenang anugerah di sampaikan oleh YAB Dato’Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia.

MBM pada dasarnya bersetuju bahawa semua kementerian dan agensi yang melaksanakan latihan kemahiran tidak harus dibelenggu mentaliti “stylo”, sebaliknya perlu bekerja menggunakan pendekatan lautan biru (NBOS). Ini adalah penting bagi memastikan semua kementerian dan agensi kerajaan dapat mengoptimumkan sepenuhnya infrastruktur serta program bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Seperti yang sering MBM perjelaskan sebelum ini, sikap syok sendiri dan ingin menjadi “champion” perlu dikikis di kalangan penggerak latihan kemahiran kerana akhirnya nanti kemudahan dan kepakaran yang ada tidak dapat digunakan secara optimum oleh semua pihak.

Peratusan pekerja mahir negara iaitu 28%  masih di tahap rendah dan mebimbangkan. Atas faktor meletakkan kepentingan nasional, MBM juga terpanggil untuk membantu kerajaan dalam usaha mencapai peratusan 50% tenaga mahir menjelang 2020. MBM berkeyakinan penuh bahawa dengan  adanya 434 institusi latihan kemahiran awam (ILKA) dan 753 institusi latihan kemahiran swasta (ILKS), sasaran peratusan itu akan tercapai jika semua kemudahan di optimumkan. Disinilah peranan besar yang akan MBM mainkan dalam menggerakkan minat golongan belia menyertai latihan kemahiran.

Selain Presiden MBM, kepimpinan belia yang turut hadir ialah Saudara Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM dan Saudara Hasnul Hanif Haron, Exco MBM.






2 ulasan

MBM BERI PELUANG BELIA SERTAI LATIHAN KEMAHIRAN


25 Januari 2014 
Majlis Belia Malaysia menerusi Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) akan terus menggalakkan golongan belia di pelbagai peringkat termasuk yang gagal dalam aliran akademik untuk menyertai latihan kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.

MBM sebagai badan induk NGO belia di Malaysia turut terpanggil untuk membantu kerajaan dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir yang ramai menjelang tahun 2020. Ianya sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagais ebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Sehubungan itu, MBM dengan kerjasama Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) akan mempertingkatkan kerjasama dalam program-program yang mendekatkan golongan belia dengan latihan kemahiran.

Terdapat dua pendekatan utama yang MBM galakkan para belia sertai. Pertamanya ialah menerusi Program Persijilan Kemahiran Malaysia di mana pengambilan secara berterusan sepanjang tahun kini di buka kepada para belia untuk menyertai latihan kemahiran dalam pelbagai bidang. Menerusi program ini, pelatih akan menjalani latihan di antara 6 bulan hingga 48 bulan bermula di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1 hingga 3) dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) seterusnya Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (Tahap 5). Bantuan pinjaman latihan kemahiran menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan diberikan kepada mereka yang layak.

Pendekatan kedua ialah menerusi kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Pengambilan bagi SLDN juga kini sedang dibuka. SLDN menawarkan 3,000 tempat buat para belia mengisi kekosongan mendapatkan latihan kemahiran. Program yang membabitkan institusi latihan kemahiran dan pihak industri ini adalah percuma di mana tiada yuran latihan dikenakan. Kaedah latihan adalah 80% berorientasikan kehendak industri manakala 20% adalah dikendalikan oleh institusi latihan kemahiran. Kaedah SLDN ini membuka ruang dan peluang buat para pelatih di serap terus bekerja dengan industri yang melaksanakan SLDN. Sepanjang tempoh latihan, elaun akan diberikan termasuk kemudahan-kemudahan lain yang ditentukan oleh pihak industri.

Dua pendekatan di atas adalah suatu usaha serius kerajaan memberi peluang latihan kemahiran kepada semua golongan belia. Stigma bahawa latihan kemahiran adalah kelas kedua buat yang tercicir harus di kikis dan di buang jauh. Masyarakat khususnya ibubapa harus menggalakkan lepsan sekolah menengah merebut peluang latihan yang di tawarkan.

Pada masa yang sama, guru bimbingan kaunseling dan kerjaya harus mendedahkan peluang latihan kemahiran kepada semua anak murid agar mereka bebas membuat pilihan halatuju mereka. MBM juga merancang untuk menganjurkan Jelajah 1B1K bermula Februari 2014 nanti dalam usaha berterusan mempromosikan dan menarik minat belia ke arah latihan kemahiran. Jelajah ini akan melibatkan Majlis Belia Negeri di setiap negeri dengan penglibatan beberapa jabatan dan agensi kerajaan.
  
Para belia yang berminat mengikuti latihan kemahiran di bawah 1B1K bolehlah mendaftar terus secara online di www.mytevt.net atau melayari laman Facebook program ini iaitu 1Belia 1Kemahiran.




























  



















0 ulasan

MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI


Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) akan diadakan pada tarikh 23 Januari 2014 (Khamis). Majlis tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh :23 Januari 2014 (Khamis)
Masa :2.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Dewan D, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS),Serdang,Selangor.

YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia akan menyempurnakan majlis. 

Tuan/puan dijemput hadir untuk memeriahkan suasana.
240 ulasan

MBM AJAK BELIA BAYAR BALIK PINJAMAN KEMAHIRAN



Sikap liat membayar hutang di kalangan peminjam pinjaman latihan kemahiran masih menjadi masalah kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedangkan ia memerlukan pusingan modal mencukupi untuk diberikan kepada pemohon lain.

Peminjam PTPK diminta supaya tidak culas membayar balik pinjaman kerana ramai lagi golongan belia memerlukan bantuan tabung ini untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang latihan kemahiran. Kita perlu akui bahawa setakat ini banyak pihak menerima manfaat daripada tabung berkenaan yang merupakan salah satu landasan untuk golongan belia mendapatakn pembiayaan bagi meneruskan impian dan hasrat menjadi tenaga mahir.

Pada masa yang sama, Majlis Belia Malaysia (MBM) juga percaya bahawa punca kebanyakan peminjam gagal melunaskan hutang adalah kerana peluang pekerjaan dalam bidang yang ingin mereka ceburi  telah di penuhi oleh lambakan pekerja asing dan ini menyukarkan mereka mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang setimpal dengan kemahiran yang dimiliki. Justeru itu, MBM berharap para majikan di sektor industri pembuatan khususnya agar mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dengan mengutamakan bakat kemahiran pekerja tempatan.

Bagi peminjam yang menghadapi kesukaran membuat bayaran balik, mereka dinasihatkan berjumpa dan berbincang dengan pegawai-pegawai PTPK untuk mendapatkan bantuan.

MBM akan sentiasa memberi sokongan kepada pihak kerajaan dalam usaha kita memartabatkan pembangunan belia berkemahiran. Untuk itu, suatu pertemuan antara MBM dengan kepimpinan PTPK akan di adakan minggu hadapan dalam mencari ruang dan peluang bekerjasama dalam hal berkaitan.


RIZAN HASSAN
Exco MBM
20 Januari 2014


Laman Web PTPK: www.ptpk.gov.my


1668 ulasan

20/01/14: MESYUARAT BERSAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TENTAN USUL MBM MENGENAI PENDIDIKAN KEMAHIRAN


20 Januari 2014
CATATAN HASIL MESYUARAT MEMBINCANGKAN USUL DARI MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pengerusi:
En. Zulkefly Alias
Timbalan Setiausaha Bahagian
Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar, Sektor Pengajian Tinggi, KPM

1.                  Kolej Komuniti dan Politeknik tidak mengamalkan sistem kuota bagi kemasukan pelajar. Sesiapa boleh memohon memasukinya. Pelbagai kursus sepenuh masa dan separuh masa ada di tawarkan. Pendekatan pendidikan sepanjang hayat di amalkan.

2.                  Kemasukan pelajar untuk pengambilan pertama ke Kolej Komuniti dan Politeknik serta ILKA lain dibuat melalui UPU. Bagaimana pun pengambilan sesi Mac dan Disember setiap tahun atau pengambilan seterusnya oleh ILKA lain dibuat mengikut agensi masing-masing.

3.                  Kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti dan Politeknik berdepan dengan kekurangan pelajar pada Sesi Mac dan Disember

4.                  PTPTN memaklumkan semua kursus bertaraf diploma ke atas akan diberikan bantuan pinjaman. Namun begitu, bagi Diploma Kemahiran Malaysia, PTPTN tidak memberikan pinjaman kerana tidak tersenarai dalam senarai yang layak di beri bantuan pinjaman. Untuk DKM, PTPK adalah agensi yang bertanggungjawab memberi bantuan pinjaman latihan kemahiran.

5.                  Wakil JPA yang hadir telah menerangkan bahawa SKM dan DKM diiktiraf oleh JPK menerusi aktanya sendiri. Bagaimana pun, untuk berkhidmat di sektor awam, sebanyak 17 bidang telah dikenalpasti untuk pengiktirafan JPA. Pengiktirafan sijil/diploma dan pekerjaan adalah berbeza dan disyorkan agar tidak terkeliru.

6.                  Kolej Komuniti dan Politeknik bersetuju dengan saranan MBM agar satu jalinan kerjasama di bentuk bagi tujuan menghebahkan peluang-peluang latihan yang ditawarkan. Dengan adanya kerjasama ini, MBM akan menggunakan saluran NGO belia di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah untuk tujuan berkenaan.

7.                  MBM turut berharap satu sesi penerangan secara berterusan dapat diberikan kepada kepimpinan belia di negeri dan daerah agar golongan belia lebih memahami tentang pendidikan teknikal dan vokasional.

8.                  MBM juga turut meminta kerjasama Kolej Komuniti dan Politeknik memainkan peranan untuk melatih golongan belia yang menjadi penghuni institusi perlindungan dan pemulihan.

9.                  MBM turut mencadangkan bahawa kursus-kursus yang ILKA tawarkan perlulah menepati keperluan lokaliti setempat agar dapat menyokong peluang pekerjaan di kawasan berkenaan dan seterusnya merancakkan kegiatan ekonomi masyarakat dan mengelakkan berlakunya penghijrahan belia ke luar kawasan mereka.

10.             MBM juga mencadangkan agar suatu jawatankuasa atau suruhanjaya atau seumpamanya dapat dibentuk menggabungkan dikalangan semua kementerian/jabatan yang melaksanakan pendidikan teknikal dan vokasional. Masyarakat bahkan majikan atau industri serta pelabur asing sering terkeliru dengan standard atau kualiti lulusan yang dilahirkan. Sikap untuk menjadi ”juara kementerian” perlu dielakkan sebaliknya meletakkan kepentingan nasional bersama-sama.

11.             Kolej Komuniti juga minta MBM dapat membawa lebih ramai belia India untuk menyertai Kolej Komuniti.

12.             Kolej Komuniti dan Politeknik juga mengalu-alukan jika MBM dapat menarik golongan belia OKU (pekak dan bisu) untuk menjalani latihan pendidikan teknik dan vokasional di institusi itu.

13.             Terdapat beberapa perkara lain juga di utarakan namun ianya di luar bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia dan MBM perlu merujuk kepada kementerian berkaitan bagi pencerahan dan penjelasan selanjutnya.









37 ulasan

08/01/14: RUNDINGAN BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA


8 JANUARI 2014
Pertemuan "Hati ke Hati" bersama YB Timbalan Menteri Sumber Manusia telah di adakan secara tertutup. Pertemuan di hadiri oleh wakil-wakil 5 persatuan mewakili penyedia latihan kemahiran dan industri. Majlis Belia Malaysia juga dijemput hadir ke pertemuan ini.

Banyak yang dibincangkan dan mendpat perhatian serius dari YB Timbalan Menteri Sumber Manusia. Sesi rundingan bagi mencari jalan penyelesaian akan diteruskan demi pembangunan belia berkemahiran di Malaysia.



2 ulasan

7/1/14: PERTEMUAN PEMIMPIN BELIA DENGAN YB MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


7 JANUARI 2014
Kesemua barisan kepimpinan tertinggi NGO Belia peringkat kebangsaan hadir dalam suatu pertemuan dengan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Encik Khairy Jamaludin bertempat di Menara KBS.

Pertemuan ini sebagai suatu usaha berterusan untuk membincangkan dan mencari jalan dan kata sepakat dalam menyelesaikan pelbagai isu dan kemelut serta cadangan penambahbaikan pembangunan belia di Malaysia.

Kesempatan ini juga Sekretariat 1B1K memberi cadangan bahawa sesuatu harus di lakukan kepada lepasan sekolah menengah yang tamat SPM 2013 dimana tempoh menunggu kemasukan ke IPTA agak terlalu lama pada bulan Julai/Ogos setiap tahun. Ini memungkin pelbagai permasalahan sosial berlaku dan juga mengakibatkan mereka menjadi tidak proaktif. Di cadangkan bagi mengisi masa tersebut, aktiviti seperti PJKN atau lattihan kemahiran yang bersesuaian diberikan kepada mereka.








1 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger