print this page

PERMOHONAN SESI DISEMBER 2014 / FEBRUARI 2015 DIBUKA


PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG

LULUS / GAGAL
PMR? PT3 ? SPM?
ANDA MASIH BERPELUANG BERJAYA
PILIHLAH LATIHAN KEMAHIRAN

Permohonan


1 ulasan

KERJASAMA MBM DENGAN PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA


[HEBAHAN SEKRETARIAT 1BELIA 1KEMAHIRAN MAJLIS BELIA MALAYSIA]

Assalamualaikum
Salam 1Belia 1Kemahiran
Sekretariat 1B1K-MBM mempelawa mana-mana PL Kemahiran untuk bersama-sama  dalam menawarkan kursus kemahiran buat para Belia Malaysia bermula Intake Disember 2014 hingga Februari 2015.

Jika ada yang berminat, sila emailkan kepada saya butiran berikut mengikut kursus yang di tawarkan:

1. Nama Kursus
2. Tahap Kursus
3. Tempoh Latihan
4. Baki Kuota Pinjaman PTPK
5. RM Pendaftaran
6. RM Asrama
7. RM Lain-lain
8. Tarikh Lapor Diri
9. Tarikh Mulai Latihan

MBM akan membantu dari segi pengambilan pelatih di kalangan rangkaian pertubuhan belia. Hebahan dan permohonan menyertai kursus akan dilakukan melalui online www.mytevt.net

Jika ingin bekerjasama, sila kirimkan maklumat di atas sebelum atau pada 3 DISEMBER 2014

Sekian terima kasih.
0 ulasan

SPM 2014: BERUSAHA DAN YAKIN HINGGA PENAMAT



PEPERIKSAAN SPM 2014
Seramai 455,839 orang calon akan menduduki peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang bermula esok.

Seorang kenalan saya bernama Pok Ji ada menyatakan bahawa Ibarat SPM ini ibarat pasport alam pekerjaan di Malaysia. Biar pun anda punya kemahiran membina sebuah kapal terbang sekali pun, tanpa SPM sukar bagi anda utk "survive" di negara ini. Bukan tidak boleh tapi sukar kerana  masyarakat di negara ini terlalu taksub menyembah SPM.

Saya akui akan kata-katanya. Ini kerana stigma masyarakat Malaysia masih tidak pernah mahu berubah kononnya kejayaan diukur apabila cemerlang di SPM dan layak ke universiti.

Sejarah dunia khususnya negara maju banyak membuktikan bahawa selain yang cemerlang dalam peperiksaan akademik, mereka yang mulanya gagal dalam aliran itu dan diberi peluang dalam latihan kemahiran mampu juga kompeten berdasarkan bakat dan potensi yang ada. Mereka menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap menjadi pekerja yang mahir. Untungnya juga kepada agama, bangsa dan negara itu sendiri.

Kepada adik-adik yang akan menduduki SPM 2014, tenanglah. Dunia belum berakhir jika anda mengangkat bendera putih awal-awal lagi. Teruskan perjuangan. Jawablah semampu yang boleh. Berusaha keras atas kemampuan sendiri. Dapatkan restu dan redha ibubapa dan guru. Berdoa dan berserah selepas tamat waktu menjawab. Jangan gusar dan gundah gulana. Hero sebenar ialah mereka yang bijak membuat keputusan yang tepat pada masa yang tepat.

Setiap orang akan melalui kejatuhan, hari yang buruk, dugaan dan cabaran. DAN yang menentukan siapa yang TERBAIK, adalah bagaimana dia kembali meningkat naik.

Istimewa buat adik-adik di Sekolah Henry Gurney Melaka dan di Taman Seri Puteri Cheras, keberanian kalian menduduki SPM sudah pun di anggap hero dan heroin kerana percaya ada sinar di hujung lorong yang gelap.

Selamat Menduduki SPM 2014. Tahniah.

RIZAN HASSAN
humanbeing
0 ulasan

BELIA BERKEMAHIRAN HARUMKAN MALAYSIA DI PENTAS ASEAN

YB Dato' Ismail Mutalib beramah mesra dengan sebahagian belia berkemahiran yang mengharumkan Malaysia di ASC 2014 Hanoi

2 November 2014
KEJAYAAN pasukan belia berkemahiran yang mewakili Malaysia menduduki tempat kedua di belakang tuan rumah, Vietnam dalam ASEAN Skills Competition (ASC) 2014 adalah kejayaan manis seluruh warga latihan kemahiran. Pertandingan berlangsung selama 10 hari bermula 19 Oktober lalu.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut berbangga dengan kejayaan mereka menggondol sembilan pingat emas, lima pingat perak dan empat pingat gangsa sekali gus mencatatkan pencapaian terbaik negara pada pertandingan itu.

“Tambah membanggakan, peserta dari Malaysia turut dinobatkan sebagai peserta Best of Nation pada edisi ke-10 Pertandingan ASC yang kali ini diadakan di Hanoi, Vietnam. Terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia di persada ASEAN,” katanya

Melihat kepada kejayaan ini, Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia berpandangan bahawa di negara telah berlakunya suatu peningkatan kualiti latihan pembangunan kemahiran oleh Institusi Latihan Kemahiran Awam/Swasta (ILKA/S) di mana mereka boleh mencapai kejayaan dengan berlakunya perubahan paradigma dan penerimaan kepada budaya pembelajaran sepanjang hayat yang disokong pula oleh kurikulum latihan kemahiran yang berkualiti.

Namun begitu, Sekretariat 1B1K-MBM melahirkan rasa kecewa kepada sesetengah masyarakat khususnya ibubapa yang masih mempunyai stigma lapuk bahawa latihan kemahiran adalah kelas kedua. Menyedari hakikat ini, beberapa usaha telah digerakkan dengan menumpukan kepada peningkatan kualiti latihan kemahiran dalam menyediakan sumber manusia yang dapat memenuhi keperluan industri. Kerajaan harus lebih banyak memperuntukan dana bagi pembentukan pembangunan belia berkemahiran dan juga kemudahan latihan yang bertaraf dunia.

Sekretariat 1B1K-MBM juga mendesak kerajaan agar pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada pemenang Pertandingan Kemahiran Malaysia atau ASEAN Skills Competition atau World Skills Competition dengan menawarkan biasiswa bagi melanjutkan latihan kemahiran di luar negara bagi memberi pendedahan dan pengalaman yang lebih luas.

Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada semua belia berkemahiran dalam negara ini. Ramai orang berkata, Bill Gates tidak belajar pun tetapi berjaya. Namun ramai orang lupa Bill Gates berusaha keras dalam kepakarannya, menyebabkan dia berjaya. Bukannya bermalasan dan beryoyang kaki semata-mata.

Tahniah di ucapkan kepada seluruh jentera pasukan Malaysia. Kalian HEBAT.

RIZAN HASSAN
Exco
Ketua Sekretariat 1Belia 1Kemahiran
Majlis Belia Malaysia

0 ulasan

HEBAHAN: PAMERAN KEMBARA ILMU "MESTI A JIKA USAHA"

Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran

Penyedia Latihan Kemahiran/Institut/Kolej dijemput untuk menyertai PAMERAN KEMBARA ILMU "MESTI A JIKA USAHA" yang akan di adakan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 11 Oktober 2014 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Stadium Tertutup Kuala Terengganu

Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada jam 10.00 pagi.

Jika berminat, sila sahkan penyertaan anda dengan menghubungi RIZAN HASSAN, Ketua Sekretariat 1B1K-MBM di talian 013-7733676.

Terima kasih.


0 ulasan

SESI TAKLIMAT & TEMUDUGA PEMOHON 1B1K



NOTIS/HEBAHAN KEPADA PARA PEMOHON

Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran
Sekretariat 1Belia 1Kemahiran-Majlis Belia Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesungguhan para belia untuk mempersiapkan diri dalam pembangunan latihan kemahiran. Kami sedaya upaya membantu anda untuk bangkit menjadi tenaga mahir untuk keperluan industri negara.

Kepada semua pemohon yang membuat permohonan untuk mengikuti salah satu kursus di bawah, anda di jemput hadir ke Sesi Taklimat dan Temuduga 1B1K yang akan di adakan seperti informasi di bawah:

Senarai Kursus:
  • Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta)
  • Teknologi Automotif (Penyembur Cat Automotif)
  • Teknologi Elektrik (Juruteknik Elektrik Rendah)
  • Teknologi Hospitaliti (Kaunter Hadapan)
  • Teknologi Hospitaliti (Pemandu Pelancong – Tourist Guide)
  • Teknologi Hospitaliti (Pengemasan - Housekeeping )
  • Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
  • Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
  • Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti)
  • Teknologi Hospitaliti (Sajian Makanan/Minuman)
  • Teknologi Jaminan Kualiti (QC/QA)
  • Teknologi Mekanikal (Kimpalan)
  • Teknologi Mekanikal (Mekatronik/Industri Automasi)
  • Teknologi Mekanikal (Plastic Injection Moulding)
  • Teknologi Personal (Perekaan Gaya Rambut)
  • Teknologi Personal (Terapi Kecantikan)

Taklimat & Temuduga:
Tarikh: 12 Ogos 2014 (Selasa)
Masa: 10 pagi – 12 tengahari
Tempat: Majlis Belia Malaysia, Wisma MBM, No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur

Sila bawa dokumen berikut:
  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan sijil kelahiran
  3. Salinan sijil berhenti sekolah

Kerjasama anda untuk hadir amatlah di hargai. Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada mytevt@gmail.com atau hubungi 0137733676 (Rizan Hassan). Informasi juga boleh di dapati menerusi website www.mytevt.net


Sekian terima kasih.
2 ulasan

MBM GALAK BELIA CEBURI INDUSTRI PERHOTELAN

Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran
Adalah dengan ini di maklumkan bahawa Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) MBM mempelawa golongan belia merebut peluang menjalani latihan kemahiran dan seterusnya diberi peluang pekerjaan dalam sektor Industri Perhotelan bidang Kedi Golf dan Sajian & Penyediaan Makanan Minuman (Perhotelan).

Program Bootcamp ini dikendalikan dan diiktiraf oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan. Bagi tujuan latihan dan peluang penempatan pekerjaan, industri yang bekerjasama dalam program ini ialah:

a. Nilai Springs Golf and Country Club; dan
b. Nilai Springs Resort Hotel

Semua pelatih akan menjalani latihan di INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN).


Dua (2) sesi temuduga akan diadakan pada ketetapan berikut:


Tarikh: 6 – 7 Ogos 2014

Masa: 9 pagi hingga 4 petang.
Tempat: Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.

Syarat Kemasukan:

a. Warganegara Malaysia
b. Umur18 hingga 25 tahun 
c. Lulus minima SPM

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Rizan Hassan (013-7733676)
Ketua Sekretariat 1B1K-MBM

Berikut adalah hebahan 'flyers' bagi kedua-dua bidang berkenaan.




BIDANG KEDI GOLF





BIDANG PENYAJIAN & PENYEDIAAN 
MAKANAN MINUMAN




1 ulasan

FBP2014: PELAN LANTAI & NAMA PEMPAMER KARNIVAL 1B1K-SKILLSMALAYSIA 2014



SENARAI NOMBOR BOOTH & NAMA PEMPAMER

01. Kolej Menara Jaya
02. Kolej Teknologi MEA
03. Profesional Tourism Academy & Management 
04. Majlis Belia Malaysia 
05. Majlis Belia Malaysia
06. Beaubelle Academy
07. Lincoln University College
08.
09. Aimi Academy
10. Silverspoon International College
11. Septronic Skills Training Centre
12. Pure Technic Training Centre
13. Gmanmoto-MBM
14. Jabatan Pembangunan Kemahiran (Bengkel Gunting Rambut)
15. Jabatan Pembangunan Kemahiran (Bengkel Tukar Minyak Hitam Motorsikal)
16. Jabatan Pembangunan Kemahiran
17. Jabatan Pembangunan Kemahiran
18. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
19. CIAST
20. Jabatan Tenaga Manusia
21. BJ International Training College
22. Gemilang Motor Academy
23. Butter & Olive Academy
24. MKAJ Academy
25. Majlis Belia Malaysia
26. Enter Corridor Training Centre
27. Rekamaju Training Centre
28. ITC Skills Training Institute
29. Giatmara Putrajaya
30. Rozsall Beauty Academy


1 ulasan

FBP2014: JADUAL AKTIVITI KARNIVAL 1B1K-SKILLSMALAYSIA 2014 PUTRAJAYA


JADUAL AKTIVITI
KARNIVAL 1B1K-SKILLSMALAYSIA 2014
23-25 MEI 2014

23 MEI 2014 (JUMAAT)
10.00AM Motivasi & Haluan Kerjaya (MBM)
10.30AM Demo Kemahiran: Pastri & Bakeri (Butter & Olive)
11.30AM Demo Kemahiran: Hand & Shoulder Massage (Beaubelle)
12.30PM Demo Kemahiran: Jurukecantikan (BJ International)
02.00PM Demo Kemahiran: Pertunjukan Fesyen (Rekamaju)
02.30PM Demo Kemahiran: Masakan (Silverspoon)
03.30PM Inspirasiku: Bro Ujang, Hairstylist Celebrities
04.30PM Demo Kemahiran: Giatmara Putrajaya


24 MEI 204 (SABTU)
08.00AM Bengkel Pengenalan Radio Amatur
09.00AM Inspirasiku: Bro Rizan (Tokoh Belia Negara 2011/Tokoh Belia Asean 2011)
09.30AM Inspirasiku: Bro Faizal, wakil Malaysia ke World Skills Competition Helsinki 2005 bidang Mekatronik (Enter Corridor)
10.00AM Bengkel Pengenalan Radio Amatur  
11.00AM Demo Kemahiran: Bro Sufian & Bro Solahudin, wakil Malaysia ke Asean Skills Competition Vietnam 2014 bidang Automasi Industri
11.30AM Bengkel Pengenalan Radio Amatur
12.00PM Demo Kemahiran: Alumni World Skills Competition (Jurukecantikan)
12.30PM Bengkel Pengenalan Radio Amatur
01.30PM Santai Bersama YB Menteri Sumber Manusia | MOU MBM dengan PB JPK | Ikon 1B1K
03.30PM Inspirasiku: Bro Ujang, Hairstylist Celebrities
04.30PM Bengkel Pengenalan Radio Amatur

25 MEI 2014 (AHAD)
09.30AM Motivasi & Haluan Kerjaya (MBM)
10.30AM Demo Kemahiran: Pertunjukan Fesyen (Rekamaju)
11.00AM Demo Kemahiran: Masakan (Silverspoon)
11.30AM Demo Kemahiran: Jurukecantikan (Roszall)
12.00PM Demo Kemahiran: Hand & Shoulder Massage (Beaubelle)
12.30PM Demo Kemahiran: Pastri & Bakeri (Butter & Olive)
01.00PM Demo Kemahiran: Jurukecantikan (BJ International)
01.30PM Demo Kemahiran: Pertunjukan Fesyen (Rekamaju)
02.00PM Demo Kemahiran: Masakan (Silverspoon)
02.30PM Demo Kemahiran: Jurukecantikan (Roszall)
03.00PM Demo Kemahiran: Hand & Shoulder Massage (Beaubelle)
03.30PM Demo Kemahiran: Pastri & Bakeri (Butter & Olive)
04.00PM Demo Kemahiran: Jurukecantikan (BJ International)


*SEMUA PERTUNJUKAN INI DI ADAKAN DI PENTAS KARNIVAL 1B1K-SKILLSMALAYSIA

Nota: Pihak penyedia latihan/pemamer juga diminta meneruskan aktiviti sendiri di booth masing-masing. Jadual ini tertakluk kepada sebarang perubahan di saat akhir tanpa dimaklumkan.


1 ulasan

[HEBAHAN] PENYEDIA LATIHAN DI JEMPUT SERTA KARNIVAL 1B1K-SKILLSMALAYSIA 2014


BORANG PERMOHONAN boleh dapati dengan menghubungi Sekretariat 1B1K-MBM di talian 019-3693960 / 019-3036553 atau email kepada mytevt@gmail.com






2 ulasan

KARNIVAL 1B1K-SKILLSMALAYSIA 2014



KARNIVAL 1BELIA 1KEMAHIRAN-SKILLSMALAYSIA 2014 
Sempena FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014
Pada 23-25 Mei 2014 
Bertempat di Presit 4 (belakang Istana Kehakiman, bersebelahan JOM HEBOH TV3)

Institusi Latihan Kemahiran Awam/Swasta (ILKA/S) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTA/S) dipelawa untuk menyertai karnival ini yang di adakan sempena Festival Belia Putrajaya 2014 yang akan menghimpunkan jutaan belia seluruh negara selama 3 hari.

Inilah ruang dan peluang terbaik untuk ILKA/S dan IPTA/S ~
- mempromosi kursus yang di tawarkan
- demonstrasi kemahiran / kursus yang ditawar
- bantuan pembiayaan pendidikan (pinjaman/biasiswa)
- program peningkatan pekerja
- program pembangunan profesional

BERMINAT? Hubungi Rizan Hassan di talian 013-7733676 atau emailkan butiran institusi anda (nama, alamat, nama pegawai, no. telefon dan no. faks) kepada mytevt@gmail.com

Sekian terima kasih.
2 ulasan

30/04/14: INFO JELAJAH 1BSKN 1KEMAHIRAN (MINGGU 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bagi memudahkan perjalanan pihak Penyedia Latihan ke lokasi kem bagi pameran minggu ini bertarikh 3 & 4 Mei 2014, di bawah ini di sediakan peta lokasi dan alamat kem serta maklumat perhubungan:


Tarikh: 03/05/2014  |  Masa: 10 pagi hingga 2.00 petang
Kem PLKN Nasuha Ladang Rempah Ratus Herba, Pagoh
Batu 12, Jalan Muar-Pagoh,
84500
 Muar,

Johor
06-9737945


Tarikh: 03/05/2014  |  Masa: 10 pagi hingga 2.00 petang
Kem PLKN Sri Ledang, Tangkak
KM 27, Jalan Tangkak-Segamat,
85200
 Jementah,

Johor
07-9475935


Tarikh: 04/05/2014  | Masa: 10 pagi hingga 2.00 petang
Kem PLKN Lagenda Gunung Ledang Asahan, Asahan
Lot 504, KM 65,
Jalan Kolam Air, Asahan,
77100 Jasin
Melaka
06-5237370/06-5237371





Tarikh: 04/05/2014  | Masa: 10 pagi hingga 2.00 petang
Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin
Batu 8, Jalan Seremban - Mantin,
Mantin, Mukim Sentul,
71700 Seremban,
Negeri Sembilan
06-7586040/06-7586080



PERHATIAN

Untuk mendapatkan informasi lengkap tentang maklumat kem PLKN, anda boleh klik di sebelah:    
SINI - KEM PLKN
1 ulasan

16/04/14: TURUN PADANG-PERKONGSIAN PENGALAMAN @SMK TAMAN RINTING 2 (F5)


Kegagalan adalah perkara biasa yang semua orang pasti akan lalui dan tempuhi. Yang agak luar biasa ialah jika seseorang itu tidak mahu bangkit dari kegagalan kerana tanpa dia sedar dia sendiri telah meremehkan potensi diri mereka untuk berjaya.

Perkongsian pengalaman dari Saudara Rizan Hassan, Exco Majlis Belia Malaysia dalam sesi perkongsian beliau bersama para pelajar Tingkatan 5 di SMK Taman Rinting 2, Pasir Gudang memberi banyak inspirasi kepada yang hadir agar bangkit dan merebut peluang yang terhidang seluas-luasnya.










1 ulasan

15/04/14: TURUN PADANG-PERKONGSIAN PENGALAMAN @SMK TENANG STESEN, SEGAMAT


Perkongsian pengalaman yang dikendalikan oleh Saudara Rizan Hassan, Exco MBM menyentuh soal keyakinan diri kepada para pelajar SMK Tenang Stesen, Segamat. Ini penting bagi melonjakkan bakat dan potensi belia ke arah gaya hidup yang lebih cemerlang.

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.

Kebolehan kita mengatasi setiap halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri kita. Ini bermakna lebih yakin kita terhadap keupayaan diri sendiri serta masa hadapan kita, lebih terbukalah kejayaan untuk kita sebenarnya. 

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah. Fikirkan kita boleh atau fikirkan kita tidak boleh, kedua-duanya adalah betul. Fikirkan hal-hal yang hebat, dan kita akan menjadi hebat. Seperti kata Mahatma Gandhi: "Seseorang itu adalah produk dari pemikirannya. Dia akan menjadi dari apa yang dia fikir."












1 ulasan

14/04/14: TURUN PADANG-PERKONGSIAN PENGALAMAN @SMK TAMAN RINTING 2 (F3)


Golongan belia semuda 15 tahun perlu bersedia untuk belajar membuat pilihan halatuju masa depan tanpa berlengah lagi. Dengan segala bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan, golongan ini perlu cepat mengambil peluang dan tidak terbawa-bawa dengan sentimen kedaerah atau kenegerian jika memerlukan dia berhijrah ke tempat lain dalam menuntut ilmu kemahiran.

Ini ditegaskan oleh Saudara Rizan Hassan, Exco Majlis Belia Malaysia dalam sesi pertemuan beliau dengan pelajar Tingkatan 3 di SMK Taman Rinting 2 hari ini.

Sesi ini di hadiri oleh 95 orang pelajar pelbagai bangsa mendapat kerjasama dari Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya sekolah ini.












1 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger