TEMUBUAL BERITA NASIONAL TV1 TENTANG BELIA BERKEMAHIRAN


PEMBANGUNAN Belia Berkemahiran perlu sentiasa di perkasakan memandangkan stigma masyarakat masih melihat latihan kemahiran sebagai kelas kedua. Selagi stigma ini tidak diperbetulkan menerusi pelbagai platform hebahan, maka usaha untuk membangunkan tenaga mahir yang mengisi keperluan industri negara sedikit sebanyak akan terjejas.

Justeru itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) akan terus membantu pihak kerajaan khususnya Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam mempromosikan latihan kemahiran sebagai pilihan utama lepasan sekolah menengah dalam mengejar cita-cita menjadi tenaga mahir yang mampu meraih pendapatan tinggi sejajar dengan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.





Share this article :

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger