KERJASAMA LATIHAN KEMAHIRAN DI SMKN1 CIBINONG, BOGOR


PENGANTARABANGSAAN latihan kemahiran menerusi Persijilan Kemahiran Malaysia perlu terus diperhebatkan lagi khususnya di kalangan negara-negara ASEAN. Justeru itu, langkah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mewujudkan Program INVITE (International Technical Education and Vocational Training Programme) adalah tepat bagi membolehkan golongan belia luar negara mengiktiraf dan mendapatkan latihan kemahiran di Malaysia.

Majlis Belia Malaysia (MBM) turut mengambil inisiatif ini membantu mempromosikan INVITE melalui jaringan NGO Belia di negara-negara ASEAN sebelum merancang pergi lebih jauh lagi ke peringkat negara ASIA.

Terkini, MBM bersama penyedia latihan yang ditauliahkan oleh JPK, Gemilang Motor Academy dan Pure Technic telah mengadakan lawatan dan perbincangan kerjasama dengan pengurusan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 1 Cibinong, Bogor.




















Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1Belia 1Kemahiran - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger