1B1K BEKERJASAMA DENGAN YOSHITEC PRECISION ENGINEERING


PENGLIBATAN industri amatlah diperlukan dalam pembangunan belia berkemahiran. Tanpa pihak industri yang berperanan memberi nasihat dan peluang pekerjaan, agak sukar untuk mencapai standard kualiti yang ditetapkan dalam latihan ini. 

Dengan adanya kerjasama industri, proses "transfer of technology" dan juga "transfer of knowledge" dapat berjalan dengan begitu baik dan sempurna. Akhirnya, yang akan menerima manfaat itu ialah kesemua pihak maka hasrat negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai.

MBM kini sedang bekerjasama dengan YOSHITEC PRECISION ENGINEERING (M) SDN BHD dalam membangunkan latihan kemahiran menggunakan teknologi tinggi dan terkini dalam bidang Plastic Injection Moulding. Salah satu skop kerjasama itu nanti ialah menawarkan latihan peningkatan kemahiran percuma buat tenaga pengajar dalam bidang berkenaan.









Share this article :

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger