print this page

PERMOHONAN SEBAGAI PERANTIS PROGRAM SLDN DIBUKA



HEBAHAN LATIHAN KEMAHIRAN PERCUMA

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia mempelawa semua golongan belia yang tidak menamatkan 11 tahun persekolahan untuk mengikuti program latihan kemahiran di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) sebagai perantis (apprentice). 

Borang-borang boleh di dapati menerusi laman web www.dsd.gov.my atau klik kink di DI SINI 

Tarikh tutup permohonan sebagai perantis ialah pada 10 JANUARI 2013
0 ulasan

1B1K KERJASAMA DENGAN FMSDC UNTUK BELIA DI SETIAP NEGERI


KOMITMEN yang dimainkan oleh semua pihak dalam membantu memperkasakan Program 1Belia 1Kemahiran untuk golongan belia amatlah di hargai.

Selepas Majlis Manandatangani MOU antara MBM dan FMSDC (Federation of Malaysia SKills Development Centre), satu pertemuan khas telah di adakan  antara pihak 1B1K dengan Presiden FMSDC, En Wan Ismail Che Ibrahim.

Banyak yang dibincangkan khususnya progrm-program kemahiran dan penempatan pekerjaan buat golongan belia di setiap negeri.



0 ulasan

SLDN: ROYAL SELANGOR TURUT BERMINAT


PENGLIBATAN industri dalam pembangunan latihan kemahiran semakin berkembang. Ini membawa isyarat baik bahawa Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang di laksanakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran semakin mendapat perhatian.

SLDN adalah kaedah paling berkesan dalam melahirkan tenaga mahir berdasarkan keperluan dan kehendak industri di mana kaedah latihannya adalah dikendalikan sepenuhnya oleh pihak industri manakala sekitar 20% dikendalikan oleh Penyedia Latihan.





0 ulasan

1B1K MENDAPAT NASIHAT DARI PARA JURUTERA JEPUN


PERBINCANGAN berkenaan "transfer of technology" dan "transfer of knowledge" serta jalinan kerjasama memperkasakan latihan kemahiran di kalangan belia telah di adakan di Malaysian-Japan International Institute of Technology (MJIIT) Kuala Lumpur. Ianya di hadiri oleh 30 orang belia Jepun yang terdiri dari para jurutera dari pelbagai latarbelakang industri Jepun yang berpengkalan di negara-negara ASEAN.








0 ulasan

LATIHAN KEMAHIRAN BUAT BELIA KELAINAN UPAYA (OKU)


LATIHAN kemahiran bukan hanya diberikan kepada golongan belia yang normal sifatnya tetapi golongan belia yang kelaianan upaya (OKU) juga berpeluang mendapatkan latihan kemahiran yang bersesuaian dengan keadaan dan kemampuannya.

Untuk itu, MBM sedang dalam rangka pelan kerjasama dengan KAGUMAS dalam menyediakan peluang latihan kemahiran buat kumpulan sasar berkenaan. KAGUMAS ialah salah satu Penyedia Latihan yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam bidang perhotelan dan kulinari yang turut mempunyai kepakaran memberi latihan kepada belia OKU.






0 ulasan

1B1K BEKERJASAMA DENGAN YOSHITEC PRECISION ENGINEERING


PENGLIBATAN industri amatlah diperlukan dalam pembangunan belia berkemahiran. Tanpa pihak industri yang berperanan memberi nasihat dan peluang pekerjaan, agak sukar untuk mencapai standard kualiti yang ditetapkan dalam latihan ini. 

Dengan adanya kerjasama industri, proses "transfer of technology" dan juga "transfer of knowledge" dapat berjalan dengan begitu baik dan sempurna. Akhirnya, yang akan menerima manfaat itu ialah kesemua pihak maka hasrat negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai.

MBM kini sedang bekerjasama dengan YOSHITEC PRECISION ENGINEERING (M) SDN BHD dalam membangunkan latihan kemahiran menggunakan teknologi tinggi dan terkini dalam bidang Plastic Injection Moulding. Salah satu skop kerjasama itu nanti ialah menawarkan latihan peningkatan kemahiran percuma buat tenaga pengajar dalam bidang berkenaan.









0 ulasan

PELUANG LATIHAN KEMAHIRAN BUAT BELIA ORANG ASLI


PELUANG mendapatkan latihan kemahiran adalah terbuka kepada semua golongan belia di Malaysia. Namun, informasi mengenai peluang latihan kemahiran ini tidak semuanya sampai kepada golongan belia Orang Asli yang kebanyakannya duduk di kawasan pendalaman.

Justeru itu, Majlis Belia Malaysia menerusi kerjasama Majlis Belia Orang Asli telah bersepakat untuk merangka satu program hebahan menyeluruh kepada Masyakat Orang Asli agar maklumat latihan kemahiran dapat sampai ke kumpulan sasar. Program hebahan ini dijangka akan bermula Januari 2014 dengan kerjasama dan komitmen beberapa Pusat Bertauliah yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran




0 ulasan

KERJASAMA LATIHAN KEMAHIRAN DI SMKN1 CIBINONG, BOGOR


PENGANTARABANGSAAN latihan kemahiran menerusi Persijilan Kemahiran Malaysia perlu terus diperhebatkan lagi khususnya di kalangan negara-negara ASEAN. Justeru itu, langkah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mewujudkan Program INVITE (International Technical Education and Vocational Training Programme) adalah tepat bagi membolehkan golongan belia luar negara mengiktiraf dan mendapatkan latihan kemahiran di Malaysia.

Majlis Belia Malaysia (MBM) turut mengambil inisiatif ini membantu mempromosikan INVITE melalui jaringan NGO Belia di negara-negara ASEAN sebelum merancang pergi lebih jauh lagi ke peringkat negara ASIA.

Terkini, MBM bersama penyedia latihan yang ditauliahkan oleh JPK, Gemilang Motor Academy dan Pure Technic telah mengadakan lawatan dan perbincangan kerjasama dengan pengurusan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 1 Cibinong, Bogor.




















0 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger