PROGRAM 1B1K-MBM TAWAR KURSUS INJECTION MOULDING DAN KAWALAN MUTU KERJASAMA DENGAN SAMSUNG


PROGRAM 1BELIA 1KEMAHIRAN (1B1K) MAJLIS BELIA MALAYSIA kini mula mendapat perhatian pihak industri di Malaysia yang turut sedia menghulurkan tangan menjalinkan kerjasama untuk pembangunan belia berkemahiran.

Terkini, syarikat multinasional terkemuka Samsung, Nilai tampil membuka peluang perkongsian teknologi dan penempatan pekerjaan bagi para pelatih yang memilih bidang Teknologi Plastic Injection Moulding dan Teknologi Kawalan Mutu QA/QC yang di tawarkan di bawah Program 1B1K yang dijalankan di pusat latihan Pure Technics, Seremban. 

PENGAMBILAN KINI DIBUKA. PERMOHONAN SECARA ONLINE. 
SILA KLIK DISEBELAHDAFTAR






Berikut adalah maklumat penting bagi penawaran kursus berkenaan:

Nama Kursus:
1. Teknologi Plastic Injection Moulding
2. Teknologi Kawalan Mutu (QA/QC)

Persijilan:
Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia

Syarat Kemasukan:
Sihat tubuh badan dan boleh 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Terbuka kepada lelaki dan perempuan

Tarikh Kemasukan/Lapor Diri:
02 Disember 2013, jam 10.00 pagi

Alamat Lapor Diri:
No. 3673, Jalan RJ 6/6, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Bantuan Pembiayaan Latihan:
Pinjaman latihan kemahiran dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Kemudahan Yang Disediakan:
a. Asrama
b. Kantin (harga murah)
c. Pengangkutan ke kilang
d. Pakaian seragam
e. Aktiviti Rakan Muda

Yuran Pendaftaran:
RM 600.00
(Nota: Pelajar hanya bayar RM 200.00 sahaja, manakala baki RM400 adalah tajaan dari majikan SAMSUNG)

Yuran Asrama:
RM 100.00 (deposit)

Dokumen Yang Diperlukan 

  • 5 keping gambar berukuran paspot
  • 5 salinan kad pengenalan pelajar
  • 5 salinan kad pengenalan bapa atau penjaga
  • 5 salinan kad pengenalan ibu atau penjaga
  • 5 salinan sijil kelahiran
  • 5 salinan sijil atau surat berhenti sekolah
  • 5 salinan bil api / air / astro / telefon / atau sebarang bil (salah satu) yg menunjukkan alamat rumah pelajar
  • 5 salinan muka surat hadapan akaun simpanan CIMB bank (konvensional)
  • 5 salinan kad pengenalan dan slip gaji 2 bulan terakhir penjamin berpendapatan tetap tidak kurang dari RM800.00 sebulan dan berumur diantara 21-50 tahun

 **Semua dokumen hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Ketua Kampung / Pengetua Sekolah Menengah

Keperluan DIri Wajib Bawa:
  • Baldi dan gayung
  • Keperluan peribadi (mandian)
  • Bantal dan sarung bantal
  • Cadar dan selimut
  • Pakaian sukan
  • Kasut keselamatan (safety shoes) – warna hitam
  • Seluar slack warna hitam/biru gelap (seperti seluar pelajar sekolah rendah)
  • Songkok dan Sejadah (penganut agama Islam)
  • Baju Melayu (penganut agama Islam)

**Barangan mewah dan mahal seperti telefon bimbit dan laptop adalah tanggungan sendiri dan sebarang kerosakan dan kehilangan pihak institut tidak akan bertanggungjawab. 




Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1B1K - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger