PELUANG KERJASAMA PEMBANGUNAN BELIA BERKEMAHIRAN


Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran 
Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) inisiatif Majlis Belia Malaysia semakin mendapat tempat dan perhatian di kalangan beia yang tidak berpeluang ke IPTA/IPTS ataupun ILKA. Justeru itu, kerjasama dengan ILKS dalam menawarkan program latihan kemahiran amat diperlukan bagi membantu kumpulan sasar tersebut.

1B1K turut mendapat banyak permohonan bagi kurusus-kursus di bawah.

Teknologi Penyelenggaraan Motorsikal
Teknologi Mekanikal (Pemesinan Am)
Teknologi Mekanikal (Kimpalan)
Teknologi Elektronik (Industri)
Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti)
Teknologi Hospitaliti (Pengemasan - Housekeeping)
Teknologi Personal (Perekaan Gaya Rambut)
Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer)
Automasi Industri
Oil & Gas (Jurugegas Gas)
Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (Komersil)
Pramusaji
Pengurusan Kaunter Hadapan
Pendidikan Awal-Kanak-Kanak

Oleh itu, mana-mana ILKS yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan MBM, bolehlah menghantar PROFILE SYARIKAT/PUSAT BERTAULIAH ke alamat di bawah:

Mohammad Rizan Hassan
Exco MBM
Majlis Belia Malaysia
Wisma MBM
No. 1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur

Tarikh tutup tawaran kerjasama ialah pada 06/12/2013. Pertanyaan hubungi RIZAN HASSAN (0137733676). Terima kasih
Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger