1B1K, PUSAT BERTAULIAH JPK JALIN KERJASAMA INSTITUSI DI INDONESIA




Nov 07, 2013-Bogor, Indonesia

Menyedari bahawa tanggungjawab nasional untuk memartabatkan pembangunan latihan kemahiran bukan hanya berkisar di Malaysia, tetapi perlu juga di antarabangsakan agar Malaysia dilihat sebagai terkehadapan dalam soal latihan kemahiran setidak-tidaknya di rantau ASEAN.

Untuk itu, Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) di bawah Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah MBM bersama 3 Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah melakukan beberapa siri diskusi dan kunjungan hormat ke beberapa Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) milik pemerintah Indonesia mahu pun swasta di Indonesia dalam rangka mempromosikan Program INVITE atau International Technical Education and Vocational Training Programme in Malaysia. 

INVITE merupakan inisiatif daripada pihak kerajaan yang direka khusus untuk para pelajar antarabangsa. Matlamat utama program ini dibangunkan adalah untuk melahirkan graduan mahir dan mempunyai pengetahuan yang komprehensif dalam aliran teknikal dan vokasional, dan seterusnya menjadikan mereka pekerja atau usahawan yang berkemahiran.

Setakat ini, sebanyak 6 buah sekolah di Kota Pariaman, Sumatera Barat dan 3 buah sekolah di Bogor bersedia untuk ke arah persijilan antarabangsa menerusi Sijil Kemahiran Malaysia.










Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger