PROGRAM KEM PERKASA SIRI: 6


[POHON HEBAHAN & PENYERTAAN]

PROGRAM KEM PERKASA

Mengupayakan REMAJA Ke Arah Masa Depan Cemerlang


Kem PERKASA@remaja dengan kerjasama Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri merupakan satu program berkonsepkan kem untuk meningkatkan potensi diri remaja terpinggir yang terjebak dalam kumpulan bermotosikal (lumba haram). Pendekatan holistik (pembangunan emosi, spiritual dan kendiri) akan diterapkan secara bersepadu untuk membina insan yang berkualiti. Ianya suatu pendekatan yang boleh mendatangkan kesan yang lebih efektif (dalam jangkamasa tertentu) dengan menggunakan modul yang bersifat 'experiential learning) yang boleh mengubah tingkahlaku, kognitif dan emosi remaja.

TERBUKA KEPADA GOLONGAN REMAJA/BELIA ~
a. berumur 16-24 tahun (lelaki sahaja)
b. suka menunggang motorsikal dalam keadaan berbahaya dan lumba haram
c. pernah dikenakan hukuman kesalahan trafik atau perintah khidmat masyarakat
d. ingin berubah dan memperbaiki cara hidup

TEMPOH PROGRAM
1 bulan (21/11/2013 hingga 14/12/2013)

ELAUN
Disediakan

PENGINAPAN
Disediakan

MAKAN & MINUM
Disediakan

YURAN PENYERTAAN
Percuma

PENDAFTARAN
Sila kirimkan maklumat NAMA, ALAMAT, NO.KAD PENGENALAN, NO.TELEFON DAN EMAIL kepada mdrizanhassan@gmail.com

PERTANYAAN
Saudara Rizan Hassan
Exco Majlis Belia Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah MBM
Tel: 0137733676

FACEBOOK:



Share this article :

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger